Thursday, July 14, 2011

BN YOUTH JOB FAIR 2011 | PAMERAN KERJAYA | PAHANG | MELAKA | SABAH | KUALA LUMPUR

Salam dan Selamat Sejahtera

BN Youth Fair 2011, selepas diadakah di Kedah pada 1-3 Jun yang lepas. Kini pameran kerjaya tersebut akan di adakah di Negeri Pahang.

BN Youth Fair Di Pahang akan diadakan pada 15,16 dan 17 Julai 2011. Pameran kerjaya tersebut akan diadakan di The Zenith Hotel & Sultan Ahmad Shah Convention Center, Kuantan.

Seperti dalam pameran kerjaya yang lepas, BN youth Fair kali ini bakal menyasarkan bilangan pengunjung yang tinggi. Dalam pameran kerjaya tersebut, pelbagai syarikat akan terlibat sama dan pastinya bakal menyajikan pelbagai peluang pekerjaan kepada para pencari kerja.


Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program pameran kerjaya tersebut ialah seperti klinik Resume, Sudut Intership, Ceramah kerjaya dan peluang mendapatkan kerja dengan temuduga secara terus.

Kepada mereka yang ingin menambah pengalaman kerja atau sedang mencari cabaran kerja baru dan para graduan yang mencari kerja, kehadiran anda amatlah digalakkan.

Jadual dan Tempat Untuk BN YOUTH JOB FAIR 2011 yang seterusnya adalah

Melaka
22,23 dan 24 Julai 2011
Melaka International Trade Center

Sabah
29,30,31 Julai 2011
Sabah Trade Center, Likas Bay

Kuala Lumpur
7, 8 dan 9 Oktober 2011
Putra World Trade Center

Untuk pra-pendaftaran ataupun mencari kerja yang ditawarkan secara online, sila klik pautan dibawah :


p/s : Selamat Berjaya. Untuk Tip Interview sila klik sini

4 comments:

  1. @Nasriq : Kalau nak Bolehlah..heheh

    @Aisyah Aina : Sekolah lah dulu..hahaha

    @Nurnajwa : Yap, leh pergi tgk abang-abang ensem :)ngeee ngee ngeee

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.