Wednesday, July 6, 2011

CAKAP SIANG PANDANG-PANDANG, CAKAP MALAM DENGAR-DENGAR, CAKAP BLOG, HENTAM SAJA?

Salam dan Selamat Sejahtera.

Peribahasa yang sememangnya kita semua sudah tahu maksudnya. Nasihat orang lama yang menyarankan kita anak-anak muda supaya menjaga cara dan etika tutur kata. Begitu juga kita bila sudah pun berusia kelak, kerana garam yang lebih banyak kita telan, pengalaman yang sudah cukup banyak dilalui, pastinya kita akan menyarankan anak-anak generasi akan datang supaya lebih berjaga-jaga dalam apa sahaja perlakuan mereka.

Tapi, dalam dunia yang kian memecut ini, masih relevenkah peribahasa tersebut? Masih bolehkah digunakan kata-kata orang lama tadi? Dengan informasi yang bukan hanya bergerak di atas kertas, melalui media suara dan pancaran tv. Ditambah pula dengan kepantasan internet yang bila-bila masa akan menyampaikan berita seluruh dunia secepatnya. Masih lagi releven kata peribahasa itu?

Siapa Blogger?

Apa yang Ito fikirkan, apakah alasan sebenarnya menjadi blogger? Menjadi penyampaikan ilmu? meluahkan idea? melepaskan rasa? berbincang atau menyebarkan fitnah? Ini yang sebenarnya berpusing di dalam kepala Ito sendiri. Baru-baru ini, seperti yang telah kita ketahui, terdapat penulisan blogger yang telah pun mengegarkan dunia realiti kerana penulisannya. Sebab? kerana menghina dan menyebarkan fitnah.

Blogger sememangnya mereka yang cuba untuk menyampaikan atau meluahkan apa yang difikirkan. Tetapi adakah dengan alasan blog adalah sebuah laman peribadi, membenarkan kita untuk menulis apa saja kita inginkan dan menukar cerita sebenar dengan apa yang kita fikirkan?

Menyebar Fitnah dan Menghina

Fitnah lebih teruk daripada membunuh dosanya. Tapi untuk ilmu dan pengajaran kita bersama, katakan kepada Ito adakah menyebar fitnah hanya sah dengan mengunakan mulut yang boleh menuturkan kata? Adakah fitnah tidak termasuk apa yang kita cuba tulisan di dalam dunia realiti dan dunia maya seperti di blog? Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar tapi cakap blog hentam saja?

Lidah lebih tajam daripada sebilah pisau, penulisan tidak mengunakan lidah tetapi jari-jemari, jadi sehingga sekarang tiada perumpamaannya bukan. Adakah sebab tersebut, kita bolehlah menyampaikan apa sahaja yang kita cuba fikirkan dan tulis. Ito tidak menyangkal manusia mempunyai pelbagal karekter yang tidak bisa kita pelajari semuanya.

Ada yang statik tapi tahan seperti batu, ada yang lembut dan nyaman seperti angin tapi ingat ada yang besar dan deras seperti arus air, ada yang panas dan menyakitkan seperti api.

Fikir sebelum segalanya

Tapi cuba kita mentelaah kata orang lama tadi, "cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar", Apa yang kita faham? Berjaga sebelum kita bercakap bukan? Pandang dengan mata sebelum bercakap, dengar dengan telinga sebelum berkata. Tapi bagi penulis seperti kita, Fikir dengan akal sebelum menulis. Betul?

Sebetulnya jika kita mampu mengunakan akal, kita tidak akan tersesat untuk melakukan sesuatu terutamanya dalam media pantas sekarang. Ingat secebis kata dan tulisan kita akan dibaca oleh sesiapa saja. Kalau tidak sudi dibaca, privatekan saja blog kita.

Kata-kata yang salah dan menuduh itu fitnah. Kesan kepada orang yang difitnah adalah teruk. Waraskan akal sebelum meluahkan sesuatu dan menceritakannya. Fitnah boleh hancurkan dunia. Tidak percaya? kenapa ada doa untuk menjauhkan doa fitnah dajjal diajarkan oleh Junjungan Besar kita jika ianya tidak sesuatu yang "besar" dan "Bahaya"?

Fikirkan dan Salam.

6 comments:

  1. manusia ni kdg2 kalo dah dlm keadaan marah..dah x boleh nak pk dengan betul..dah x nampak kesan buruk atau kesan jangka panjang terhadap diri atau org lain..lagipun masa tu jugakla syaitan nak mencucuk..jadi perlu byk bersabar..pk dengan waras sebelum bertindak..^^

    ReplyDelete
  2. hurmm, teringat artis Wardina yang kena fitnah baru2 ini.. tak psl2 je jdi mngsa.. bukanla nak kata dia betul, tapi.. yela, bila difitnah hentam sampai camtu, sikit sbnyk, mengganggu rutin harian hidup..tak rutin kita, ahli keluarga lain pun rasa tak senang..

    ReplyDelete
  3. jari menghiris hati. hahaha

    ReplyDelete
  4. @ Sal Ijou : Sabar separuh dari Iman~~

    @Tyntha Lana : orang mmg suka lepaskan apa dierang fikirkan best....tulah buat cerita sesuka hati tu

    @Epics : hahaha..betul tu, setuju!

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.