Saturday, July 2, 2011

DAVID DE GEA | PEMBELIAN BARU | BAKAL PENJAGA GOL NO.1 MU?

Salam dan Selamat Sejahtera.

David De Gea adalah salah satu antara pembelian untuk menghadapi Musim Baru 2011/2012 liga perdana english. Pasukan kuat lain seperti Chelsea, Arsenal, Manchester City dan pencabar yang sedang meningkat naik Tottenham juga sedang rancak untuk memperkuatkan pasukan mereka.

David De Gea | Gambar : Google
Manchester United yang telah memenangi liga Perdana English dalam musim 2010/2011 dan ke-19 kini telah proses untuk mengisi benteng akhir pasukan tersebut. Ini adalah kerana Van Der Sar yang telah pun bersara daripada arena bola sepak.

Mampukah David De Gea menjadi Penjaga gol no.1 United dan menempa nama dengan segera dalam Liga Perdana English? Bagi peminat Manchester United, adalah amat difahami kelab tersebut mempunyai masalah untuk menenpatkan penjaga gol yang boleh mengisi kekosongan
pertahan terakhir itu.

Masalah Penjaga Gawang Manchester United

Selepas perginya Peter Schmiceal, penjaga gol untuk Manchester United telah bertukar beberapa kali dan gagal sehingga digantikan oleh Fabian Barthez. Namun, itu juga sementara dan kemudian masalah tersebut berulang sehingga digantikan oleh Edwin Van Der Sar.

Tetapi dengan pemergian Van Der Sar, yang merupakan penjaga gol cemerlang MU. Mampukah penjaga gol yang sudah sedia ada sekarang seperti Ben Foster, Kuszack, Lindegaard dan yang terbaru De Gea memikul beban tugas tersebut?

Pandangan pastinya akan terarah kepada Penjaga gol baru Manchester Lindegaard yang juga baru dibeli. Mampukah dia untuk tugas tersebut namun adakah David De Gea yang baru sahaja berusia 20 tahun menjadi penganti Van Der Sar?

Statistik Bola yang Diselamatkan

Ini adalah statistik bola yang diselamatkan oleh Van Der Sar dan David De Gea dalam liga 2010/2011 dalam kotak penalti.



Bagaimana? Hanya berumur 20tahun semasa berada dalam La Liga dan statistik sudah hampir sama dengan Van Der Sar. Apa anda fikir dia bakal penjaga gol No.1 Manchester Musim Ini?


Saksikan Video David De Gea


Bakal penganti Van Der Sar? Nantikan saja aksi Si De Gea

p/s : Tak cukup tinggi untuk jadi penjaga gol :P

8 comments:

  1. de gea akan menyerlah di man utd

    ReplyDelete
  2. @nohoho =) Yap! Bakal Menghangatkan Old Trafford!

    ReplyDelete
  3. ermm... hamba zaman moden... jual beli manusia...

    ReplyDelete
  4. memang hebat dia ni.. tapi sayang masuk man utd la pulak..

    -------------------------------------------
    nak ajak join komuniti blogger Malaysia di http://www.ohbelog.com/
    join dan dapatkan traffik FREE...

    ReplyDelete
  5. @Nasriq : Eh eh...macam betul, baru terperasan...Jual Manusia lebih untung daripda jual unta..hik hik hik

    @Oh Blog : hehehehe...adeh~~~ok, nanti join

    @Mas Amira : De GEa dari clun, atlentico madrid

    ReplyDelete
  6. Atletico Madrid la dari liga spain

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'a..dia datang dari Atlentico Madrid

      Delete

Terima kasih atas komen anda.