Tuesday, July 12, 2011

FORMAT BARU LIGA MALAYSIA MUSIM 2012 | 2 PEMAIN IMPORT DAN SYARAT | KEPUTUSAN MESYUARAT FAM 12 JULAI 2011

Salam dan Selamat Sejahtera

Hari ini 12 Julai 2011, dalam mesyuarat EXCO, FAM telah memutuskan format baru untuk Liga Malaysia yang akan datang.

Dalam keputusan mesyuarat tersebut, 2 pemain import adalah dibenarkan untuk mana-mana pasukan yang bertanding di dalam Liga Super Malaysia musim depan.

Syarat Kemasukan Pemain Import

Syarat untuk 2 pemain import tersebut adalah seorang pemain mestilah berasal daripada ASEAN yang bernaung dibawah Konfidefasi Bola Sepak Asia (AFC) dan seorang lagi adalah pemain berasal daripada Eropah, Amerika Latin dan Afrika.


Untuk Pemain import ASEAN, pemain tersebut hendaklah pemain daripada pemain divisyen satu dan pemain import lain hendaklah sekurang-kurangnya dari divisyen dua (2). Pemain import yang bermain dari Singapura, indonesia dan Thailand tidak dibenarkan dalam tempoh 2 tahun ini.

Manakala, dalam mesyuarat tersebut juga, pasukan Pahang dan Perlis yang menduduki tangga bawahan dalam Liga Super musim lepas akan diturunkan dan beraksi dalam liga perdana musim hadapan.

PKNS dan Sarawak yang merupakan Juara dan Naib Juara Dalam Liga Premier pula telah dinaikkan dan akan bertanding dalam Liga Super 2012. Bermakna persoalan sama ada jumlah pasukan yang akan bertanding di dalam Liga Super Malaysia musim 2012 telah pun terjawab.

Keputusan mesyuarat tersebut juga, pemain import adalah tidak wajib dan terbuka kepada persatuan yang mempunyai kewangan yang baik dan kukuh sahaja

[sumber : Utusan Malaysia]

Dengan keputusan FAM, untuk mengunakan pemain import bagi musim baru Liga Super 2012. Adakah ianya akan menaikkan lagi prestasi pasukan negara yang sekarang boleh dianggap baik? Dengan keputusan tersebut juga, pastinya akan menimbulkan pelbagai reaksi daripada peminat bola sepak tanah air. Adakah kebergantungan jurulatih kepada pemain import akan sekali lagi menurunkan semangat pemain tempatan dalam Liga Super?


Reaksi dan Pendapat

Dengan format baru yang telah diumumkan oleh FAM, secara positifnya diharapkan pemain tempatan akan berjuang untuk tempat dan kedudukan dalam kesebelasan utama pasukan masing-masing. Dengan kemasukan pemain luar negara ini juga, diharap ianya akan menaikkan standard atau aras pemainan pemain Malaysia dan memberi kesan yang lebih baik dan positif.

Apa yang Ito harapkan adalah, pemain yang telah menunjukkan prestasi baik dalam Liga Super Musim 2010/2011 akan meneruskan prestasi mereka dan mengambil peluang ini untuk meningkatkan prestasi masing-masing.

p/s : Yang peliknya bila ada pemain Import, prestasi negara merudum. Bila Tiada pemain Import, Naik pulak. Pelik???

9 comments:

  1. ermmm... lalang... confirm dua tahun lagi tukar lagi polisi!

    ReplyDelete
  2. @Nasriq hahahaha...kita tunggu dan lihat :)

    ReplyDelete
  3. Pahang jatuh jugak akhirnya..huhu

    ReplyDelete
  4. format baru ke..
    format laptop ke.
    cek xamek tau sangat hal2 bola sepak malaysia ni..
    hihi

    ReplyDelete
  5. @ïêmå å¢klê§ Ahakz!!!! Format Laptop! wakakakaka...format baru bola sepak Malaysia :)

    ReplyDelete
  6. biar je la stadium kosong, biar jelah xde org nk sokong, biarje lah xde org pun nk tgk... ada player import pun bukan negara yg untung...buat masa ni, aku rasa x sesuai ag...sbb aku tgk bnyk player bgos2 , muda2 dah banyak, bbanding masa import dlu... ko tgk, ko ckp je nk lwn siapa, backup budak2 muda bnyk beb...boleh bntu budak senior...bagi player kita maju dlu, jgn nk cepat...mesti amek masa cket... stakat nk sorak2 player import, nk tgk gol2 cntek, player msia pun boleh buat...cuma mereka x bgos dr control ball... aku yakin 150% lg 3-4 thun akan dtg, FAM akn tukar rule lagi... bnyk politik... ckp player x profsional, tp adakah mereka semua yg dlm pgurusan FAM tu profesional? anda tnya diri anda....salam..

    ReplyDelete
  7. Ubahlah kepimpinan FAM tu,beri nafas baru.Menguruskan skuad kebangsaan,divisen dua dan FAM shj.Utk liga tempatan,bagi pada satu badan koperat seperti astro utk mengurus penganjuran,perundangan dll.Kerajaan negeri hanya perlu menyediakan,menyelia prasarana sukan mengikut standart yg di tetapkan.Harga tiket sama mcm sekarang utk pendapatan kerajaan negeri.Hadiah satu musim sgt lumayan.Ianya akan menarik pelabur club2 sukan bolasepak dunia utk bertapak di sini.Kerajaan akan mengenakan cukai pemain import dll.Jumah pemain import mesti mengikut standart antarabangsa(7 orang pemain) dan berumur kurang dari 25 tahun.40% adalah di kalangan pemain tempatan utk bersaing di liga tempatan.Badan koperat akan melebarkan sayap penyiaran,hak jersi,pengiklanan model pemain tempatan,pemegang saham club bolasepak,penajaan dll.Walaupun ia menampakkan kerugian tetapi boleh di imbang pada perdagangan dua hala dgn negara2 eropah,amerika selatan dan afrika.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insight dan cadangan yang patut di ambil kira. Dan, sangat betul. Untuk mengembangkan kemajuan bola sepak negara kita (lain-lain pun sama) campur tangan politik dalam bidang tersebut harus diketepikan.

      Biarkan ia menjadi satu sukan memberi kepuasan.

      Delete

Terima kasih atas komen anda.