Saturday, July 30, 2011

KADAR ZAKAT FITRAH DI SARAWAK 2011 | RM6.20 SEORANG

Salam dan Selamat Sejahtera

Kadar Zakat fitrah di Sarawak untuk Bulan Ramadhan Tahun 2011 ini adalah pada kadar RM6.20 seorang. Kadar zakat fitrah tersebut telah pun ditetapkan oleh Majlis Islam Sarawak(MIS).

Nilai kadar zakat fitrah di Sarawak, ditentukan dengan nilai purata jenis beras yang dimakan oleh kebanyakkan masyarakat islam negeri untuk satu gantang Baghdad yang bersamaan 2.7 kilogram, menurut Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak (TBS).


Masyarakat Islam di Sarawak, dinasihatkan untuk membayar zakat fitrah masing-masing dan tanggungan kepada Amil Zakat Fitrah yang di Tauliahkan oleh MIS atau kaunter Tabung Baitulmal Sarawak.

Sementara itu, umat islam yang memenuhi syarat menunaikan zakat harta boleh menunaikannya di mana-mana cawangan Tabung Baitulmal di seluruh negeri.

Agen TBS untuk kutipan zakat harta adalah bank RHB, Bank Simpanan Nasional, Public Bank, Agro Bank, Ambank, Bank Islam, Bank Muamalat, Bank Rakyat, Maybank, HSBC dan Pos Malaysia di seluruh Negeri.

[sumber : mysarawak.org]

Pengumuman tarikh mula puasa Ramadhan 2011, akan dilakukan Pada malam, 31 Julai 2011 yang akan dilangsungkan melalui TV dan Radio.


Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah

Berikut dibawah adalah waktu untuk membayar zakat fitrah bagi selurah umat islam.

- Wajib : Mulai terbenam matahari Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya

- Afdal : Sebelum sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri

- Sunat : Sepanjang Bulan Ramadhan

- Makruh : Selepas sembahyang hari raya aidilftri sehingga terbenam matahari 1 syawal

- Haram : Selepas terbenam matahari 1 syawal.

Selamat menunaikan zakat fitrah masing-masing dan selamat menunaikan Puasa Ramadhan untuk seluruh Umat Islam.

4 comments:

Terima kasih atas komen anda.