Friday, July 1, 2011

KENAIKAN TARIF ASTRO | PERMOHONAN TIDAK DILULUSKAN KABINET

Salam dan selamat sejahtera.

Permohonan kenaikan tarif untuk tarif Astro telah ditolak oleh kabinet. Kabinet tidak membenarkan stesen televesiyen berbayar tersebut untuk menaikkan caj dan harga mereka selagi tidak mendapat kebenaran pihak Suruhanjaya dan Komunikasi Multimedia Malaysia(SKMM).

Menurut kabinet, buat masa ini Astro tidak wajar untuk menaikkan caj perkhidmatan mereka. Kenaikan tarif harga Astro hanya akan berlaku jika mendapat kebenaran pihak SKMM dan mengikut lunas undang-undang.


Buat masa sekarang adalah bagus untuk pihak kabinet membuat keputusan tersebut. Ingat tidak apabila program Maharajalawak tengah rancak dan mendapat sambutan hangat, secara tiba-tiba pihak Astro menukar rancangan tersebut kepada saluran Warna daripada Ceria. Ini telah mengakibatkan penonton secara terpaksa membeli rangkaian tersebut.

Satu lagi, kadang-kadang Siaran Astro akan menjadi tergendala apabila dalam keadaan cuaca yang tidak baik. Mungkin kerana penerimaan pancaran satelit yang tidak berapa baik. Kenapa tidak sahaja cuba mengatasi masalah tersebut, mungkin kenaikan kos boleh diterima pakai.

Mungkin juga kerana monopoli. Ini kerana hanya Astro sahaja penyiar berbayar yang memaparkan rancangan yang bervariasi dan menepati citarasa penonton. Tetapi janganlah sampai berbuat apa saja untuk meningkatkan keuntungan sendiri.

p/s : Astro hanya tengok sukan, berbaloi tak membayar untuk pakej lain? :P

4 comments:

  1. nak boikot pun itu la intan itu la payung itu la gunung meletup... terima jea la...

    ReplyDelete
  2. @Nasriq itulah pasal, nak boikot...adoi....meleleh air mata bini, tipu arr dierang tu

    ReplyDelete
  3. Taliff : amek astro tgk sukan je Taliff? peminat setia sukan la ni ye..kite juz tambah variety & fun je..^^

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dh ditolak. :). Bagus2 .

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.