Thursday, July 28, 2011

KEPUTUSAN MALAYSIA VS SINGAPURA | SELAMAT TINGGAL PIALA DUNIA 2014

Keputusan perlawanan Malaysia vs Singapura 28 Julai 2011, telah pun berakhir dengan seri 1-1. Dengan ini, Singapura telah pun mara untuk pusingan seterusnya setelah mengalahkan Malaysia dengan aggregate 6-4. Dengan keputusan ini juga, Pasukan Malaysia dan rakyat malaysia, terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Piala Dunia 2014 di Brazil.

Pasukan Malaysia pada awal permainan telah pun mencuba untuk mencari gol awal. Tapi hantaran - hantaran pemain Malaysia nampaknya sedikit terjejas. Ini mungkin kerana Malaysia terlalu ghairah dalam mencari gol.

Dalam perlawanan tersebut, momentum pemain Malaysia juga banyak terjejas kerana permain pasukan Singapura yang banyak melengahkan permainan seperti kecederaan seperti yang telah di jelaskan oleh jurulatih Negara, Datuk K. Rajagopal.

Perlawanan ke-2, Malaysia vs Singapura tersebut, Ito sendiri ingin menghamburkan pujian kepada semua pemain Malaysia yang terus menerus berlari dan mencari ruang untuk merealisasikan impian seluruh rakyat Malaysia. Khairul Fahmi penjaga gol Malaysia, menjadi pemain terbaik yang memberikan inspirasi kepada pemain Malaysia kali ini. Tidak melakukan kesilapan dalam menghalang serangan Singapura satu persatu.

Memang tidak dapat disangkal, keputusan Malaysia vs Singapura, satu yang amat mengecewakan untuk seluruh warga negara Malaysia. Tapi kita tetap berbangga kerana pemain-pemain muda ini telah menunjukan satu permainan yang memberansangkan.

Satu yang yang Ito bangga, rakyat Malaysia yang terus optimis dan Yakin dengan keupayaan pasukan kebanggaan, Harimau Malaya. Apa pun, diharapkan Juara baru Piala AFF 2010 ini, akan terus menunjukkan peningkatan dan realisasikan impian seluruh Rakyat Malaysia.

p/s : Kecewa tapi bangga. Tapi wawasan perlu di teruskan

2 comments:

  1. walaupon kalah... wlpun persembahan permainan agak mengecewakan.. tapi rsa bangga sbb pemain malaysia 100% original.. xde import mcm singapore.. dan pemain kita x mengada2 mcm singapore.. jatuh sikit..guling lebih2 mengalahkan citer hindustan... hahaha

    ReplyDelete
  2. tuelah...apabila menonton secara live semalam...tergambar semangat rakyat malaysia bersatu menyokong pasukan negara....bangga

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.