Thursday, July 14, 2011

KEPUTUSAN PERLAWANAN MALAYSIA VS ARSENAL | 13 JULAI 2011 | PENJARING DAN VIDEO GOL

Salam dan Selamat sejahtera.

Keputusan perlawanan persahabatan antara Malaysia XI melawan Arsenal semalam di Stadium Bukit Jalil telah menyaksikan Malaysia tewas kepada Arsenal 0 - 4.

MALAYSIA VS ARSENAL [ 0 - 4 ]

Penjaring gol untuk perlawanan Malaysia melawan Arsenal adalah Aaron Ramsey, minit ke 5 melalui sepakan penalti selepas Wilshere di kasari oleh pertahan negara Aidil Zafuan. Gol kedua menyusul melalui sepakan lambung Theo Wilcott setelah menerima hantaran cantik daripada Aaron Ramsey pada minit ke-36.


Gol ketiga pula dijaringkan oleh Charlos Vela pada minit ke-57 yang berjaya mengalahkan pertahanan tengah negara dan mengalahkan penjaga gol Malaysia juga dengan sepakan lambung cantik. Gol terakhir dan ke-4 Arsenal diperolehi setelah Arshavin memecah masuk pertahanan Malaysia daripada sayap dan membuat hantaran cantik dan disudahkan dengan tandukan Rosicky, minit ke 90.

Video (Full) Gol Arsenal vs Malaysia XI | 13 Julai 2011


Malaysia XI selepas ini akan berhadapan dengan satu lagi pasukan gergasi Liga Perdana English iaitu Liverpool pada hari Sabtu minggu ini, 16 Julai 2011.

Daripada statistik perlawanan tersebut, diharap pemain Malaysia akan menjadikannya satu motivasi dan pengalaman bagi meningkatan dan membaiki pemainan. Pasukan bimbingan Datuk K. Rajagopal sepanjang permainan memberikan tentangan. Contohnya seperti S. Kunanlan, menunjukkan permainan baik apabila sering melepasi kekangan pertahanan Arsenal. Gandingan penyerangan Malaysia pula menampakan rentak agresif untuk terus memburu gol

Permainan pantas dan hantaran tepat Arsenal telah banyak mengucar-kacirkan pasukan negara. Apapun, diharapkan ianya sebagai bekalan memantapkan lagi motivasi pasukan untuk menentang Singapura dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2014. Pertahanan Negara semestinya lebih fokus dalam mengawal kubu Malaysia jika tidak ingin melihat Malaysia hanya berputih mata dalam kelayakan Piala Dunia di Brasil kelak.

5 comments:

  1. semoga perlawanan untuk 16 hari bulan nie MAlaysia dpt melakukan yg terbaik..incya-Allah

    ReplyDelete
  2. huhu..x amek port pon pesal game nie..thanks for ur info bro~

    p/s: x mnyempat nak terjah blog nih..sorg blogger telah review anda sebagai blogger otai..hihi

    ReplyDelete
  3. @cucu umie : yap, kalau kalah satu kosong pun cukuplah kot :)

    @amir aizat : betul, tapi harapkan boleh diperbaiki

    @iMBobo : Go For More Glory!

    @syaz@rozelt : Welcome :) ehem ehem ehem..hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.