Saturday, July 23, 2011

KEPUTUSAN PERLAWANAN MALAYSIA VS SINGAPURA | 23 JULAI 2011

Salam dan Selamat Sejahtera!

Keputusan perlawanan Malaysia vs Singapura pada 23 Julai 2011 untuk perlawanan pra-kelayakan Piala Dunia 2014, Zon Asia telah berakhir dengan

Malaysia [3] - Singapura [5]

Penjaring Gol untuk perlawanan Malaysia vs Singapura tersebut bagi pasukan Malaysia ialah

Safee Sali [ 1' dan 70'], Hadi Yahya [69']

manakala untuk pasukan Singapura pula ialah
Alexander Jurich [7' dan 80'], Qiu Li[21'], Mustafiq [43'] dan Xia Yi [ 45'].

Perlawanan kedua antara Malaysia dan Singapura akan dilangsungkan pada 28 Julai 2011, Stadium Bukit Jalil, Malaysia.


Statistik perlawanan Malaysia vs Singapura perlawanan pertama, pusingan kedua

Malaysia | Singapura

Goal - 3 | 5
Shot - 12 | 13
Shot On Target - 7 | 7
Card
Yellow - 1 | 3
Red - 1 | 1
Corner - 2 | 5


Ulasan Ringkas perlawanan Singapura menentang Malaysia

Separuh Masa Pertama

Minit 1" - Rembatan susulan Safee Sali, setelah rembatan pertama diselamatkan penjaga gol Singapura telah menghasilkan Gol pertama perlawanan

Minit 7 " - Alexander Jurich melakukan sentuhan sepakan percuma Qiu li dan terus menerjah Gol untuk Gol pertama Singapura

Minit 21" - Gol cantik daripada tendangan percuma Qiu li berhampiran kotak penalti dan merupakan gol kedua Singapura.

Minit 35" - Ismail Faruqi terlepas peluang menjaringkan gol untuk Malaysia setelah tendangan di selamatkan oleh penjaga Gol Singapura dalam situasi 1 lawan 1

Minit 43" - Gol ke-3 Singapura setelah gerakan yang dimulakan oleh Mustafiq di akhiri dengan Gol olehnya sendiri.

Minit 45" - Kealpaan Benteng pertahanan membiarkan Xia Yi bergerak telah mengakibatkan beliau pantas menolak bola hantaran dari sisi padang.

Separuh Masa Kedua

Minit 49" - Syariq Rahim yang merupakan kapten Pasukan Malaysia diarah keluar padang setelah mengasari pemain Singapura.

Minit 53" - Giliran pemain Singapura, Ismail Yunos diarah keluar padang setelah menerima kad kunig kedua

Minit 60" - Jurich menjaringkan gol tetapi dibatalkan kerana Offside

Minit 69" - Hadi Yahya menjaringkan gol kedua Pasukan Malaysia apabila menyudahkan hantaran dari Mahali

Minit 70" - Jaringan pantas untuk Gol ke-tiga pasukan Malaysia daripada rembatan cantik Safee Sali yang menerima hantaran daripada Kunalan

Minit 80" - Jurich menjaringkan Gol ke-lima Singapura dan terakhir perlawanan setelah memperdaya pertahanan Pasukan Malaysia.

Minit 90' - Tamat perlawanan dengan jaringan Malaysia, 3 dan Singapura,5

Dalam perlawanan kedua antara Malaysia vs Singapura, Malaysia bakal menyaksikan tugasan berat dengan mencari sekurang-kurangnya 2 gol untuk mara ke pusingan seterusnya dengan tidak melepaskan sebarang gol.

Permainan terbaik dalam perlawanan kedua dengan corak tersusun seharusnya ditunjukkan. Sekali lagi kekebalan pasukan Malaysia haruslah ditingkatkan sekiranya Pasukan Malaysia tidak ingin terlepas peluang untuk mara.

Video Highlight Penjaring Gol perlawanan Malaysia vs Singapura


p/s : Semput melihat pasukan Malaysia melepaskan sehingga 5 gol!

4 comments:

  1. defence macam tauge... lembik sangat...

    ReplyDelete
  2. ok la tuuu... 90 minit lagi menanti malaysia... pulun lebih ckit... mantapkan pertahanan...

    ( jom klik )( jom klik )
    ( jom klik )( jom klik )
    ( jom klik )

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.