Friday, July 1, 2011

MACAM-MACAM JAK! WANITA SERANG POLIS DENGAN SUSU BADAN!

Stephie Robinette, 30 telah didakwa atas tuduhan kerana menyembur polis dengan susu badan!. Dia juga menghadapi tuduhan berkelakuan tidak senonoh, keganasan rumah tangga, melakukan serangan dan melawan apabila ditangkap.

Ini bermula apabila pihak polis telah menerima satu panggilan tentang satu pertelingkahan rumah tangga. Suami kepada Stephie telah meminta bantuan polis apabila isterinya yang mabuk telah memukulnya dan kemudian mengunci dirinya sendiri di dalam kereta setelah pulang menghadiri satu majlis perkahwinan.

Menurut pegawai polis, Sheriff Walter L. Davis III, apabila pihak polis menghampiri kereta Stephanie, dia telah memarahi dan menengking pihak polis. Dia enggan keluar. Namun, pihak polis terus berusaha untuk memujuknya keluar dari kereta.

Stephie ingkar dan memberitahu pihak polis dia adalah seorang Ibu yang masih menyusukan anak. Sejurus selepas itu, dia mengeluarkan payu dara kanannya dan menyembur pihak polis dengan susu badan.

Beberapa ketika kemudian, Stephie berjaya ditahan.

[sumber : dailychili.com]

p/s : Macam-macam, akal sudah tidak ada apabila Mabuk.

10 comments:

  1. zruuupppp... lazat tu... huhu...

    ReplyDelete
  2. @Nasriq wakakakak..serang raksasa gorgon!!! wahahaha

    ReplyDelete
  3. dia sembur sebelah ke dua dua tu...he he he he... mabuk macam ni pun ada juga ye...he he he he

    ReplyDelete
  4. Ni mst otak die cetek ni --'

    Moral : Tamo minum~~ Haha

    ReplyDelete
  5. @Mr Iz : Dia Guna sebelah jer kot..wakakaka

    @NorHalizah : Memang pelik3x

    @Nurnajwa : ahakz! Jangan sekali mencuba untuk meminum! keh keh keh keh

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.