Thursday, July 28, 2011

MALAYSIA VS SINGAPURA PUSINGAN KE-2 | SOKONGAN TIDAK BERBELAH BAHAGI

Salam dan selamat Sejahtera Semua

Malaysia vs Singapura , perlawanan timbal balik perlawanan ke-2, pusingan ke-2 kelayakan piala dunia zon asia akan berlangsung malam ini di Stadium Bukit Jalil. Perlawananan ke-2 antara Singapura vs Malaysia tersebut akan bermula dari pukul 8.30malam ini.

Perlawanan Malaysia vs Singapura akan di siarkan secara langsung di RTM, TV1.

SOKONGAN TANPA BERBELAH BAHAGI

Walaupun Malaysia telah tewas dengan pasukan Singapura dalam perlawanan pertama dengan jaringan [ 3-5] dan menyaksikan Malaysia ketinggalan dengan 2 gol defisit. Justeru menyaksikan Malaysia malam ini 28 Julai 2011, bertarung untuk mendapatkan 2 gol dengan tidak melepaskan apa-apa gol untuk Singapura. Dengan 2 gol tersebut, Pasukan Malaysia akan mara dengan jaringan di tempat lawan.


Sejumlah 85, 000 tiket perlawanan antara Malaysia dan Singapura telah habis di jual sejak ianya di buka untuk jualan. Rakyat Malaysia dengan keyakinan tinggi pasukan harimau Malaya akan berjaya menembusi gawang Singapura. Yakin akan menembusi gol Singapura dengan 2 jaringan.

Walaupun dengan ketiadaan inspirasi kapten dari bahagian tengah, Safiq Rahim yang mendapat kad merah dalam pertarungan pertama yang lepas, pertarungan masih perlu diteruskan untuk membaham Singapura malam ini. Safee Sali sekali lagi menjadi sandaran untuk mendapatkan gol untuk pasukan Malaysia dengan Kunalan diharapkan untuk terus memecah benteng Singapura.

Juga menjadi teka teki ialah penjaga gawang pasukan Malaysia. Adakah Salbini Alwi atau tugas tersebut bakal di galas oleh Khairul Fahmi Che Mat@Apex? selepas melepaskan 5 gol dalam perlawanan pertama di Singapura, kemungkinan kita akan menyaksikan perubahan dalam posisi penjaga gol malam ini.

Semangat dan sokongan tanpa berbelah bahagi yang telah ditunjukkan oleh rakyat Malaysia sememangnya amat mengagumkan. Hey, Ito juga, yakin Malaysia akan menunjukan persembahan yang baik dan mara ke pusingan seterusnya. Diharapkan Pasukan Malaysia tidak akan menghancurkan harapan tinggi seluruh rakyat Malaysia malam ini.

p/s : Tak Sabar nak sorak sampai keluar suara..hahaha

2 comments:

Terima kasih atas komen anda.