Sunday, July 3, 2011

MALAYSIA VS TAIWAN | KEPUTUSAN PERLAWANAN KEDUA 2 JULAI | PENJARING GOL | STATISTIK PERLAWANAN

Salam dan Selamat sejahtera.

Malaysia pada perlawanan ke dua (2) yang telah pun selesai menyaksikan Malaysia telah tewas kepada Taiwan(China Taipei) dengan keputusan

MALAYSIA vs TAIWAN [ 2 -3 ]

Walaupun tewas kepada Taiwan dalam perlawanan ke dua di tempat lawan, Malaysia telah melayakkan diri dalam pusingan kedua kelayakan piala dunia yang bakal menyaksikan Malaysia akan bertembung dengan Singapura hujung bulan ini kelak di Singapura.


Malaysia telah mendahului sebanyak dua kali dengan jaringan Aidil Zafwan pada awal minit ke-7 dengan rembatan cantik daripada tendangan percuma. Kemudian, pemain Chan Han telah menyamakan kedudukan pada minit ke 32. Syafiq Rahim kemudian telah meletakkan Malaysia sekali dihadapan juga daripada tendangan percuma cantik beliau. Namun, pada minit akhir perlawanan separuh masa pertama, kerana kekasaran Mahali kepada pemain Taiwan dalam kotak penalti telah mengakibatkan Taiwan memperoleh penalti. Tendangan penalti telah disempurnakan oleh pemain Chen Po Liang dan separuh pertama permainan telah tamat dengan keputusan 2-2.

Pada separuh masa kedua, pasukan Malaysia dan Taiwan telah sama-sama melancarkan gerakan menarik untuk terus memburu gol. Tetapi, sekali lagi kekasaran pemain Malaysia telah mengakibatkan satu tendangan penalti diberikan oleh pengadil perlawanan. Namun, penalti yang diambil sekali lagi oleh Chen Po Liang telah berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Malaysia Salbini Alwi.

Penalti ke Tiga dan Kemenangan Taiwan

Kemudian, oleh kerana asakan bertali arus Taiwan, ianya telah banyak membuatkan kekacauan di dalam kotak penalti Malaysia sehingga mengakibatkan penalti ketiga dalam perlawanan tersebut apabila kali ini, Salbini Alwi pula telah melakukan kekasaran kepada pemain Taiwan. Penalti ketiga pada minit ke-75, telah disempurnakan oleh Xavier Tsen dan menyebabkan Malaysia ketinggalan buat kali pertama dengan kedudukan gol adalah 2 Malaysia dan 3 Taiwan.

Tiada jaringan gol berjaya diperolehi oleh kedua-dua pasukan selepas itu, namun ianya menyaksikan kedua-dua pasukan terus menyerang. Malaysia tewas dalam perlawanan tersebut namun telah mara kerana kelebihan gol ditempat lawan dengan aggregate 4-4.


Statistik Perlawanan antara Malaysia dan Taiwan

MALAYSIA - TAIWAN

Gol : 2 - 3
Rembatan Ke arah Gol : 12 - 12
Rembatan Tepat : 9 - 7
Kad kuning : 3 -1
Kad Merah : 0 -0

Sekali lagi, kerapuhan pertahanan dan ketumpulan serangan mengakibatkan Malaysia hampir terkeluar awal dalam kelayakan piala dunia kali ini. Jika Malaysia terus bermain seperti ini, adalah tidak mustahil untuk menyaksikan kita terpaksa menunggu piala dunia yang seterusnya untuk mencuba nasib.

Diharapkan Pasukan bimbangan Datuk K. Rajagopal dapat memperbaiki persembahan mereka yang seterusnya. Tenang, tersusun dan rajin seperti yang mereka tunjukkan semasa memenangi Piala Suzuki. Biarlah tidak memenagi piala dunia asalkan dapat menjadi finalis kejohanan besar tersebut, itu pun sudah mencukupi! Kalau menang lagi bagus :)

p/s : Kecewa dengan kekalahan Malaysia walaupun layak ke pusingan seterusnya.

6 comments:

  1. smoga menang ngn singapura pasni~^^!

    ReplyDelete
  2. @senyumSOYA Terus ke Piala Dunia...jgn Berundur lagi..hehehe

    ReplyDelete
  3. agak teruk jugakla permainan diorang semalam.... dan agak tak puas hati dengan pengadil... hahaha

    ReplyDelete
  4. bukan salah malaysia kot....ref tu yang mongoksss kot..hehe..no pendapat saya lah

    ReplyDelete
  5. Xpe, pape pn malaysia tetap terbaikk dan terhebattt. :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.