Friday, July 15, 2011

MEJA BULAT 1MALAYSIA | ISU JULY 2011 | BUDGET FOR SUSTAINABLE GROWTH

Salam dan Selamat Sejahtera.

Meja Bulat 1Malaysia untuk kali ini adalah membincangkan tentang buget untuk pertumbuhan mampan negara.

Menurut Perdana Menteri, untuk buget 2010 dan 2011, beliau telah mendapatkan input penduduk Malaysia dan mempelawa semua untuk memberikan pendapat dan cadangan menerusi blog beliau. Antara hasil yang diperolehi ialah cadangan ke atas dasar gaji minimun, skim bantuan kewangan untuk golongan muda dan berkeluarga dan mengunakan teknologi hijau.


Namun, menurut Perdana Menteri lagi dalam pembentangan bujet untuk 2012, ia akan tertumpu kepada satu fenomena global seperti kos petrol dan makanan yang meningkat. Peningkatan penduduk dunia yang pantas dan peningkatan pelbagai negara dalam mencapai kemajuan dalam perindustrian telah banyak menyumbang kepada peningkatan permintaan makanan dan bahan bakar.

Disamping para pengedar bergelut untuk memenuhi permintaan tersebut disamping dipengaruhi oleh perubahan iklim dunia yang tidak menentu.

Dunia masih bergelut dengan pemulihan selepas krisis ekonomi global pada 2008 dan Malaysia kini dalam rancangan untuk menjadi Negara yang berpendapatan tinggi dengan pendapatan USD15,000 perkapita.

Antara Soalan untuk Meja Bulat 1Malaysia Kali Ini ialah.

1. Apakah Bidang yang atau golongan rakyat yang perlu diberi perhatian dalam Bujet 2012 yang boleh menjamin pertumbuhan jangkamasa panjang dan berdaya kekal?

2. Adakah bujet 2012 wajar tertumpu kepada kebajikan rakyat dan pembangunan ekonomi? Kebaikan jangka pendek atau jangka panjang?

3. Bagaimana Kerajaan boleh meningkatkan lagi ketelusan dan akauntabiliti dalam perlaksanaan buget ini?

Ingin terlibat sama dalam perbincangan Meja Bulat 1Malaysia di blog Perdana Menteri dan ingin melontarkan pandangan dan idea yang anda rasakan boleh memberi manfaat kepada Malaysia.

Klik pautan dibawah untuk melontarkan pendapat dan cadangan anda.

5 comments:

  1. nak mintak naik gaji jea tok jib... tak pun bonus hujung tahun... cukup la tu... tak perlu dah yang lain...

    ReplyDelete
  2. @Nasriq a'a..akun ingat nak mintak bonus jer...cukuplah...wei, jom komen kt blog dia...hehehe :)

    ReplyDelete
  3. nak mintak keadilan sejagat..heheh~ ;p

    ReplyDelete
  4. kena adil kan semua sekarang nii

    ReplyDelete
  5. mesti laksanakan apa yang telah dijanjikan bkn seperti anjing menyalak bukit sahaja.. byak benda yang dijanjikan tetapi blum dilaksanakan lagi..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.