Tuesday, July 19, 2011

MOTIVASI DIRI DI TEMPAT KERJA

Motivasi diri di tempat kerja sememangnya amat diperlukan dalam dunia kerja yang kian pantas dan mencabar sekarang. Sama ada berkerja di pejabat atau diluar semuanya memerlukan motivasi. Bukan hanya kepada sektor perkerja swasta tetapi ianya juga kepada perkerja sektor kerajaan juga.


Dengan cabaran yang kian meningkat dan tekanan untuk mencapai objektif yang ditetapkan, sudah tentunya tekanan kerja akan menyebabkan motivasi diri menurun dan ini boleh mempengaruhi produktiviti seorang perkerja. Ditambah pula dengan persekitaran pejabat yang memungkinkan penurunan motivasi diri.

Jika motivasi kerja merosot dan menurun, ianya boleh mengakibatkan semangat kerja berpasukan menurun dan mungkin menimbulkan tekanan dan dikuatiri ianya mendatangkan masalah peribadi atau tekanan kepada diri sendiri.

Pernah sebelum ini saya, tuliskan satu entri berkaitan kerja-kerja yang berisiko tinggi mendapat kemurungan yang disebabkan oleh tekanan "stress". Tetapi, sebelum perkara tersebut berlaku, sememangnya kita sebagai manusia biasa memerlukan motivasi diri untuk terus bersemangat sebagai pemangkin dalam menempuh dunia kerjaya ini.

Justeru, beberapa tips motivasi kerja ingin dikongsikan dimana ianya munkin boleh membantu untuk menjadi pendorong diri atau penambah semangat semasa berkerja;


MOTIVASI DIRI DI TEMPAT KERJA


1. Momentum Awal dan Fokus

Ciptakan momentum awal dalam kerja seharian. Ianya penting untuk kekuatan seharian dan semangat. Semangat berkerja sememangnya akan pudar apabila dilewat petang kerana fizikal dan mental seorang manusia. Momentum ini dapat membantu untuk memberi fokus dan keazaman untuk menyiapkan kerja yang telah dirancang.

Memotivasikan diri seawalnya dapat membangkitkan semangat untuk menempuh tempoh masa dalam menyelesaikan kerja-kerja yang ditanggung seharian.


2. Fikirkan Gaji

Tidak dapat dinafikan gaji boleh manjadi salah satu pemangkin kepada motivasi kerja di pejabat. Sebagai seorang Islam, jika difikirkan gaji sememangnya kita akan berkerja kerana Allah dan Ibadah kerana kita ingin mendapatkan gaji bukan dari hasil curi tulang bukan?. Kita wajib mencari keberkatan dari segala kerja yan kita lakukan. Jika berkerja dengan tidak Ikhlas, semestinya gaji yang diperolehi mungkin kurang keberkatannya juga.

Berkerja sebagai jurujual contohnya, mungkin dengan memikirkan gaji akan membuatkan semangat untuk mendapatkan jumlah jualan yang banyak dan pastinya ia membantu dalam meningkatkan motivasi diri semasa berkerja.


3. Cita - Cita Jangka Masa Panjang

Tidak salah untuk bercita-cita dan bercita-citalah untuk peningkatan karrier di masa depan. Setiap orang mempunyai hasrat untuk menjadi lebih baik. Tidak mungkin hanya duduk ditakuk yang lama. Bercita-cita, membantu dalam meningkatkan motivasi diri di tempat kerja atau pejabat. Cita-cita akan menjadi pendorong atau pemangkin untuk terus berusaha.

Pastinya kita masih ingat bagaimana semasa masih seorang pelajar, kita berusaha keras demi mengejar cita-cita walaupun ketika itu masih berada di bangku sekolah dan di universiti bukan?

Aplikasikan ia dan anda akan nampak betapa fokusnya kita dan gigihnya kita untuk mendaki ketinggian cita-cita dan peningkatan diri pada suatu hari nanti.


4. Bersaing dengan Rakan Sepejabat

Sememangnya kita sentiasa mendengar tentang persaingan sihat. Namun siapakan persaing dalam kerjaya kita seharian?. Dalam pekerjaan sememangnya rakan-rakan seperjuangan adalah rakan untuk bersaing. Tapi, bukan bersaing untuk menjatuhkan tapi untuk meningkatan motivasi diri dan peningkatan bersama.

Jadikan apa yang rakan sekerja lakukan sebagai batu aras untuk kita mencapai sesuatu yang lebih baik. Persaingan boleh mendatangkan pencapaian yang baik dalam kerja dan memberi faedah baik kepada kita.


5. Bercakap dan bertindak Positif

Sememangnya mulut manusia tidak akan dapat dikawal kata-katanya. Dirumah, taman, pasar raya dan tidak terlepas di tempat kerja atau pejabat. Bercakap buruk atau negatif tentang apa sahaja sepertinya adalah lumrah kepada seseorang manusia. Kesannya, jika terdengar oleh pekerja-pekerja lain, ianya boleh menurunkan semangat untuk berkerja dan motivasi rakan-rakan kerja. Antara salah satu contoh perkara negatif adalah bergosip di pejabat atau tempat kerja.

Jadi, bercakap dan berbincang hanya perkara positif di pejabat. Jadikan ianya motivasi diri sendiri untuk terus berfikiran positif dan berkelakuan positif. Jadikan ianya perlakuan seharian. Jauhi perkara yang tidak mendatangkan hasil dalam produktiviti di pejabat dan fokus kepada perkara yang positif sahaja.

Nota : Bergossip adalah salah satu sifat yang boleh memusnahkan manusia seperti yang telah dibuktikan melalui kajian sains.


6. Pencapaian Peribadi

Berasa puas setelah melakukan kerja dengan penuh tekun adalah kesan daripada kerja keras yang telah dilakukan. Jadikan kerja anda sebagai salah satu kebanggaan diri dan jadikan pencapaian di tempat kerja sebagai salah satu pencapaian peribadi. Jadikan pencapaian tersebut sebagai salah satu motivasi diri. Kerja sememangnya kerana tujuannya dan fokus sebaiknya dalam mencapai tujuan tersebut.

Seharusnya anda ingin dikenali kerana menjadi asset penting di tempat kerja dan bukan parasit yang hanya menumpang. Kita sememangnya ingin dikenali sebagai orang yang berkerja keras, bercita-cita tinggi, berprestasi baik dan bukan hanya pengampu dan tidak mempunyai hala tujuan bukan?


Kesimpulannya, pegang pekerjaan seperti anda tengah berjuang kerananya untuk kemenangan demi mencapai objektif kerja tersebut. Pasti ianya akan kebanggaan dan kepuasan diri sendiri nanti. Sebagai manusia, pastinya kita ingin berjaya dan inginkan kejayaan.

Justeru, kita harus terus bersemangat dan tanamkan budaya kerja cemerlang dengan bermotivasi tinggi dalam diri untuk kerja-kerja yang kita tempuhi seharian di pejabat dan dalam hidup kita! Selamat berkerja!

Question : Punya Langkah lain untuk memotivasikan diri semasa berkerja? Tinggalkan cadangan anda dalam ruangan komen untuk perkongsian bersama.

9 comments:

  1. @Tukang Karut Hahahaha....adeh, kalau rotibasi, sakit perutlah maksudnya..hahaha

    ReplyDelete
  2. motivasi kerja sya ialah

    hnya mahu diorang mngenal abc 123

    ReplyDelete
  3. bestnya jadi orang yang dah kerja ni :)

    ReplyDelete
  4. @Titisan hujan : Fuh, terbaik....banggakan kalau melihat anak didik bangsa berjaya.

    @Aisyah Aina : Aper? Best? hak hak hak....muntah owhhhh~~~~ :)

    ReplyDelete
  5. Ketam Jalan SengetJanuary 11, 2012 at 9:16 PM

    buat kerja masing masing..hahaha jgn buat rotibasi kat pejabat sudah !!...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.