Saturday, July 30, 2011

MOTIVASI KERJA | CONTOH MOTIVASI KERJA | PEKERJA KABEL ELEKTRIK

Berkerja dan mengekalkan daya momentum motivasi kerja sememangnya sukar. Lebih lagi untuk mengekalkan semangat yang tinggi dalam mana-mana perkerjaan setelah menghadapi pelbagai rintangan sukar dan terkadang berhadapan kerja yang hampir tidak masuk akal.

Kejayaan | Gambar : Google

Tidak dapat dinafikan kita akan merasa bosan dengan kerja harian yang dilakukan. Contohnya kerja yang dilakukan berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan malah bertahun-tahun melakukan perkerjaan yang sama dan berulang-ulang. Perasaan muak pasti akan menyelubungi.

Tanpa motivasi diri dan kerja yang baik dan fikiran positif, akan timbul dan terdengarlah pelbagai rungutan dan tindak balas yang boleh menjejaskan semangat diri sendiri, malah ianya dapat memberi kesan kepada orang sekeliling ditempat kerja.

Pernah anda terlihat atau berhadapan satu contoh rakan sejawat ataupun pekerja yang benar-benar membuatkan semangat atau motivasi kerja meningkat? Dengan hanya melihat cara, tingkah laku, perwatakan dan gaya kerja mereka?

Jadi disini, Ingin Ito kongsikan bersama bahan dari internet yang dirasakan antara contoh motivasi kerja yang baik.

PEKERJA KABEL ELEKTRIK | SENSASI INTERNET TERBARU

China, seorang pekerja menarik kabel elektrik telah menjadi sensasi terbaru media internet apabila gambarnya sedang membaiki kabel elektrik di hantar ke dalam media internet.

Lelaki tersebut, Liu Yue Qing telah dihantar bersama 6 orang yang lain ke Hanzheng Street. Menurut syarikat kuasa elektrik di Wuhan, mereka dihantar untuk mengenalpasti dan membetulkan masalah gangguan elektrik di bangunan komersil di kawasan tersebut.

Liu Yue Qing membetulkan kabel Elektrik

Setelah 30minit membuat semakan, Liu dan rakannya mengenal pasti punca masalah adalah kerana kabel elektrik bawah tanah. Kabel rosak tersebut terletak didalam parit yang juga mengandungi sisa kumbahan/buangan.

Namun, Liu 48tahun, tanpa menghiraukan keadaan tersebut dan dengan hanya mengunakan seluar dalam, masuk ke dalam parit yang kotor dan berbau dan meneruskan kerja mereka.

Terus membaik pulih kabel dalam keadaan yang tidak selesa

Dengan keadaan yang berbau, dipenuhi lalat, nyamuk dan terpaksa memasukkan badan sehingga paras dada, Liu terus berkerja untuk membaik pulih kabel elektrik tersebut.

Sehingga ada orang yang lalu lalang di kawasan tersebut, telah mengambil gambar Liu dan telah memasukkan nya di internet. Gambar tersebut telah dilihat sebanyak 130,000 kali sebaik sahaja dimasukkan dan ramai telah memuji Liu sebagai Hero dan memuji etika kerja beliau.

Apabila ditemui, Liu telah mengatakan, kerja tersebut adalah normal. Menurutnya, ini adalah kali pertama di terpaksa berkerja dalam keadaan yang menjijikkan. Tetapi, asalkan orang ramai mendapat bekalan elektrik mereka secepat mungkin, dia tidak menghiraukan berkerja walaupun didalam keadaan yang sedemikian.

[sumber : dailychilli.com]

CONTOH MOTIVASI KERJA

Membetulkan kabel elektrik dalam parit yang dipenuhi sisa kumbahan. Apa yang hanya Liu harapkan adalah agar semua orang mendapat bekalan elektrik mereka secepat mungkin. Bagi Liu, kerja dalam keadaan tersebut tidak menjadi masalah untuk dirinya asalkan objektifnya tercapai.

Pada pendapat Ito, itulah antara contoh motivasi diri, motivasi kerja dan etika kerja yang baik untuk didalami. Kenal pada tugasan, fungsi sendiri dan akhirnya sumbangan kepada masyarakat dan komuniti adalah contoh terbaik cara-cara untuk meningkatkan motivasi semasa kerja. Ini juga adalah salah satu tips untuk menjadi pekerja cemerlang.

Jika kita tidak menjalankan tugasan dan tanggungjawab sebagai pekerja, sebenarnya kita bukan hanya memberi kesan kepada sendiri, tempat kerja dan organisasi. Kesannya juga berlaku kepada masyakat di luar. Fikirkan sesuatu yang besar seperti Liu lakukan, dapatkan dan pelajari daripada contoh motivasi kerja beliau. Berikan sumbangan terbaik yang termampu walaupun berhadapan pelbagai rintangan.

Soalan : Fikirkan apa akan terjadi jika pengutip sampah tidak menjalankan tugas mereka??

p/s : Pernah dulu terima surat dari "Pen Pal" dan tertulis dibelakang surat "Terima Kasih Postmen". Pasti tersenyum lebar 'Si Abang Posto' kerana dihargai walaupun dengan tulisan ringkas tersebut :)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Soalan : Jika anda mempunyai cerita motivasi, atau pengalaman sendiri, kongsikan bersama di sini dan tinggalkan dalam ruangan komen.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda.