Saturday, July 23, 2011

NUFFNANG DI HACK | 23 JULAI 2011

Salam dan selamat sejahtera

Nuffnang di hack? adakah betul Nuffnang kena hack?
Nuffnang adalah syarikat pengiklanan blog pertama di Asia Pasifik. Nuffnang mempunyai platform untuk syarikat-syarikat untuk mengiklankan jenama mereka di blog-blog yang berdaftar dengan Nuffnang. Kini syarikat tersebut mempunyai lebih kurang 180,000 penguna (termasuk Ito) :P

Namun, setelah Ito berjalan-jalan, berblogwalking seperti biasa dan membaca artikel rakan-rakan blogger. Terkejut pula apabila mendapati terdapat beberapa laman blog tengah menceritakan syarikat pengiklanan tersebut, Nuffnang kena Hack! Siapa yang hack nuffnang? dan apa sebab Nuffnang di hack?


Kumpulan pengodam atau hacker yang bertanggungjwab melakukan hack ke atas Nuffnang adalah Kumpulah GaySec dari Malaysia. Mereka telah mengeluarkan kenyataan terhadapa perbuatan mereka. Antara sebab kumpulan GaySec melakukan perbuatan tersebut adalah kerana ;

1. Kumpulan GaySec tersebut mendapati laman Nuffnang tidak berada dalam keadaan selamat
2. Kumpulan tersebut risau akan ada hacker lain akan memecah masuk dan memanipulasi servis dan melepaskan virus melalui iklan yang disiarkan. (bahaya tu!)
3. Kumpulan itu risau Nuffnang menjadi agen seperti virus koobface tersebar melalui facebook.
4. Kumpulan GaySec ingin memberi kesedaran kepada admin dan web master Nuffnang tentang keselamatan laman web mereka.
5. Kumpulan GaySec menyarankan pihak Nuffnang mengupah sesiapa sahaja untuk mendapatkan "Security Pentest" bagi meningkatkan keselamatan laman web tersebut.

Itulah antara ringkasan daripada artikel pihak pengodam atau hacker GaySec yang telah melakukan hack ke atas Syarikat Nuffnang. baca artikel penuh di aliffcullen.

Kumpulan tersebut melakukan hack, sekadar untuk peringatan dan kesedaran Nuffnang. Nuffnang umpama sebuah perlabuhan kepada para blogger yang mendaftar untuk menyiarkan iklan dan menjana pendapatan mahupun datang untuk mendapatkan traffik di Innit. Justeru, jika berlaku apa-apa boleh mendatangkan masalah kepada kebanyakkan blog yang mengunakan servis pihak Nuffnang tersebut.

nota : Pastikan kombinasi password adalah pada tahap yang susah dan pastikan password tidak sama di setiap akaun dalam dunia internet ini.

p/s : Kepada sesiapa yang mendapati terdapat pop-up yang berlaku kerana laman gengblogger, buang dulu widget laman tersebut dan tunggu sehingga laman tersebut sudah stabil untuk meletak kembali.

The pop-Up is annoying Yo! (sepiking London :P)

4 comments:

  1. gengblogger ya ng slalu keluar pop up..ng menganggu jak..bgs juak niat hacker ya..kekke

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas info ni bro.thank for posting this.

    ReplyDelete
  3. @ Vivilicious : Hahahaha...betul3x...buang dolok widget gengblogger ya...kelak oklah ya

    @ Tip Blogging Terbaik : Sekadar berkongsi info (^^)

    ReplyDelete
  4. aduhai.. bnyknye web yg kne hack skrg niee..
    Bahye tol..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.