Friday, July 8, 2011

PEMIMPIN | DEFINISI | SIAPA DAN APAKAH TUJUAN MEREKA?

Dalam beberapa hari ini sangat asyik dengan tugasan seperti biasa. Penat tapi gembira, mana lagi cara untuk membesarkan dan menjauhkan pandangan selain pengalaman.

Pengalaman yang merupakan aset penting dan tidak mungkin dapat diturunkan dengan hanya berpindah dari tapak tangan. Sebagai contoh kita di masa anak kecil, kita terjatuh, terjatuh dan terjatuh kerana naluri ingin berjalan. Adakah setelah mengalami sakit, hanya terus meniarap dan mengalah untuk berjalan?

Tidak bukan. Kita yang sempurna, sihat dan mampu berjalan adalah kerana usaha naluri ketika di masa kecil yang ingin mencapai tujuan untuk berjalan. Itulah pengalaman. Tetapi, setelah dewasa dan mampu mengunakan akal, adakah masih kita tidak mampu untuk meneruskan kehidupan? Kerana sedikit sakit, tinggalkan sahaja tujuan untuk elakkan masalah berbangkit.

Siapa Pemimpin?

Kembali kepada tajuk entri kita, adakah kita tahu siapakah pemimpin? Kenapa ada pemimpin dalam satu organisasi dan struktur? Kenapa perlu ada? Bagaimana mereka ada di sana?

Pemimpin secara ringkas seringkasnya adalah seorang kepala kepada sesuatu kumpulan. Boleh juga kita panggil sebagai seorang ketua. Dalam sesuatu organisasi, pemimpin bolehlah dikatakan seorang yang mempunyai posisi atas di dalam carta.

Dalam satu definasi lain, pemimpin adalah salah seorang yang mengetuai atau menginspirasikan sesuatu kumpulan untuk mencapai objektif kumpulan.

Bertujuan untuk mencapai objektif adalah peranan utama yang perlu dipegang oleh seorang pemimpin atau ketua. Jika, kapal layar mengharungi lautan dengan daya tolakan hasil tiupan angin, dapatkah ianya sampai tujuan tanpa kemudinya?

Sumber Inspirasi

Seperti definisi tadi, ketua atau pemimpin adalah sumber inspirasi kepada para pengikutnya. Itulah sebab utama sama ada kejayaan atau kegagalan untuk mencapai satu-satu objektif adalah bergantung kepada seorang ketua. Biar pun Misi dan Visi untuk sesuatu organisasi telah diletakkan pada satu tanda aras, tetapi adakah seorang pemimpin bersama pengikutnya mampu mengharungi halangan bagi mencapai objektif organisasi tersebut?

Bagaimana pula jika pemimpinnya sendiri kehilangan inspirasi untuk terus mencari jalan dan hala tuju kumpulanya? Justeru, seorang pemimpin mestilah mempunyai daya pengaruh yang amat kuat untuk menyakinkan pengikutnya bagi bergerak bersama untuk merealisasikan tujuan mereka.

Pengikut sering akan bertukar pendapat, hilang arah dan kehilangan motivasi apabila tujuan yang difikirkan wujud mula pudar pada pandangan mereka. Ini akan mengakibatkan gangguan kepada fokus dan daya usaha. Jadi disinilah peranan besar seorang pemimpin untuk terus mempengaruhi, menyakinkan dan memotivasikan semangat mereka.

Ringkasan dan Bayangkan

Pemimpin adalah salah seorang daripada kalangan kumpulan manusia yang mampu untuk menunjukkan hala tuju. Menjadi penerang apabila dalam gelap dan menjadi penunjuk apabila sesat. Begitulah juga didalam sesuatu syarikat, organisasi punyai tujuan, pekerja adalah sumber untuk tujuan tersebut, namun pemimpin akan menjadi penunjuk arah untuk mencapai tujuan tersebut.

Menjadi pemimpin yang hebat bukanlah dengan tiba-tiba. Usaha, ilmu dan pengalaman adalah utama untuk menjadikan kita pemimpin matang. Teringat satu ayat yang telah dikatakan oleh seorang rakan blogger, Cik Sal Ijou. "Jika kita dapat bayangkan gambaran sebenar satu Puzzle Jigsaw, ianya memudahkan kita untuk menyelesaikan puzzle tersebut". Saya sendiri amat suka akan ayat tersebut dan kaitannya?

Dengan Kita mampu untuk membayangkan Objektif dan Tujuan kita, adalah mudah untuk merangka langkah bagi mencapainya. Betul bukan? Dengan memberi gambaran jelas kepada pekerja ianya akan menjadi sumber kepercayaan bagi mencapai objektif organisasi kita.

Fikirkan dan selamat menjadi pemimpin cemerlang. Salam

p/s : Pimpin ke jalan yang benar, bukan pimpin ke jalan.

10 comments:

  1. Pemimpin. Berat tanggungjawab. Tp sejauh manakah pemimpin2 zmn skg mnjalankan amanahnya dgn ikhlas? :) .

    ReplyDelete
  2. @Siti Arfah Terpulang kepada arah yang mereka tuju. Jalan dunia Atau jalan akhirat. Mereka pilih

    ReplyDelete
  3. pemimpin benar diikut, pemimpin sesat disanggah... di tangan ada satu kuasa... undi yang betul...

    ReplyDelete
  4. @Nasriq Betul tu...pilih yang salah...menyilaplah kita selalu

    ReplyDelete
  5. Tapi abg Taliff..zaman zkrg..semua cam sibuk nak jadi pemimpin..dapat pemimpin baik, pengikutnya pulak yg buat hal T___T

    ~~menci org dewasa..eh,aku pn dah dewasa gak,hak3.

    Lana akui,susah menjadi seorg ketua,lbh2 lagi dizaman kini..peranan sebg ketua batch masa zmn bljr pun cukp buat org rasa rimas..menci2..Abg taliff ketua kt tmpt kerja ke?hehe

    Mungkin salah satu faktor susah nak jadi pemimpin yg baik dizaman skrg mngkin sbb pengikut/org bawahan kdg2 lebih berilmu dan berpengalaman..kadang2 sama level pun ada.. Keadaan jadi lebih buruk bila, pemimpin pula tak mengamalkan sikap merendah diri..

    Eh, sblm lana ckp lbh bnyk tnpa henti..lana stop dsini..sekian..dari cik lana, tuwink tuwink *_* hehe

    ReplyDelete
  6. @TYNTHA LANA Hahahaha....itulah perlunya Ilmu sebagai seorang yang bergelar ketua :)

    ReplyDelete
  7. macam-macam skrng ni.. semakin menuju kehancuran sebenarnya. 2 2 tak leh pakai.. yang penting kita sendiri buat apa yang terbaik untuk kite.

    Jom Klik Sini..
    jom bunuh syaitan
    kemaluan hasilkan bunyi bising
    jangan lupa komen k..
    Kalau suke, silalah follow.. ^^

    ReplyDelete
  8. @KeTaM_BaTu Ahakz...betul tu...tapi pastikan kita menjadi pemimpin yang adil.... :)

    ReplyDelete
  9. saya mendefinisikan PEMIMPIN memiliki beberapa tingkatan contohnya terendah adalah PEMIMPIN yang andal, kemudian PEMIMPIN yang menjadi bahagian dalam kumpulan, lalu PEMIMPIN yang memiliki visi, tingkat yang paling tinggi adalah PEMIMPIN yang bekerja bukan berdasarkan ego pribadi, tetapi untuk kebaikan organisasi dan orang bawahannya...:)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.