Tuesday, July 5, 2011

PR1MA | PROGRAM PERUMAHAN 1MALAYSIA | SYARAT PEMBELI | SAIZ RUMAH

Salam dan Selamat Sejahtera

Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA), adalah satu program perumahan khusus untuk warganegara yang berpendapatan sederhana dengan gaji bulanan tidak lebih daripada RM6,000 sebulan. Program tersebut adaah untuk perkerja kerajaan dan perkerja swasta. Dibawah program PR1MA, setem duti juga akan dikecualikan bagi pembelinya.


Pembeli boleh mendapatkan pinjaman sehingga 105% untuk menampung kos insuran dan yuran guaman dengan tempoh bayaran sehingga 30tahun. Keluasan bilik untuk rumah tersebut adalah dari 800 sehingga 1400 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan 2 bilik mandi.

Untuk membeli rumah tersebut, pembeli boleh mendapatkan sebahagian wang daripada wang KWSP atau mendapatkan nilai pinjaman yang lebih tinggi daripada institusi kewangan.

Untuk syarat pembeli program PR1MA, mereka adalah pembeli pertama rumah tersebut dan perlu mendiami rumah tersebut. Pembeli yang berjaya mendapatkan rumah tersebut adalah tidak dibenarkan untuk menjualnya dalam tempoh 1otahun untuk mengelakkan aktiviti spekulasi. Rumah PR1MA akan dijual pada harga diskaun daripada RM50,000 sehingga RM300,000 harga sama kepada bumiputera dan bukan bumiputera.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan rumah dibawah program PR1MA, mereka dijangka boleh mendaftar selepas Perbadanan PR1MA ditubuhkan. Perbadanan PR1MA, berperanan untuk merancang dan menyelaras pembinaan PR1MA serta membuat pengagihan rumah akan ditubuhkan selepas satu akta khas mengenainya diluluskan dalam sesi parlimen kelak.

Program perintis PR1MA telah dilancarkan di Prisent 11 yang membabitkan 560unit pangsapuri yang akan dijual dengan harga RM120,000 seunit. Disekitar Lembah Klang, sekitar 20 lokasi telah dikenal pasti. Fasa pertama di Presint 11, bakal menyaksikan 42,000 unit rumah bakal dibina.

7 comments:

  1. perghh...
    ingt gaji 6k 2 dah kaya,,
    rupanya still sederhana erk..

    ReplyDelete
  2. har..masa tgk kat biter..lorrr..gaji minimum rm2500 tak silap..perghhh,lepasan dgree pun, gaji start 1800 - 2ribu hengget je.. skim ke, program ke, tetap mahal jugok..huhuhu

    ReplyDelete
  3. harga rumah dah macam nak beli helicopter sebijik...

    ReplyDelete
  4. hahahhah...ko jual lah rumah kat serawak kat aku seketul...woohaa...;)

    ReplyDelete
  5. @iema ackles : a'a...mungkin kt saner kot..kalau kt sarawak, yang tu dah kaya raya....

    @Tyntha Lana : owhhh....ini sumber dari utusan..luper pulak nak bagi link tadi....nanti cek balik, macam 6k tu tinggi sangat ehhh :P

    @Nasriq : ahakZ...baik beli Helikopter satu :]

    @Yutaka Mushimura : Tak bolehlah pulak, ko kawen ngn orang sarawak dan kau akan dapat rumah sarawak sebijik..ngeee ngee ngee

    ReplyDelete
  6. hehe, la..abg talif.. entry tu memg tajuk blogger otai, tapi..lain org lain persepsi kan. Bagi orang, semua pun otai sebab ada cara masing2.. ^_^

    ReplyDelete
  7. @TYNTHA : Betul3x....setiap orang ada idola tersendiri kan... :P hehehee

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.