Thursday, July 7, 2011

PROGRAM MENU 1MALAYSIA | HARGA SILING RM2 DAN RM4 | SENARAI KEDAI YANG TERLIBAT

Salam Dan Selamat sejahtera.

Program Menu 1Malaysia adalah program dimana rakyat Malaysia Boleh menikmati sarapan pagi pada harga siling hanya pada kadar RM2 dan set juadah tengahari hanya pada harga RM4. Sebanyak 728premis makanan di Semenanjung Malaysia telah mengambil bahagian dalam Program "Menu 1Malaysia".

Program tersebut adalah bertujuan untuk meringkan beban rakyat yang pada masa sekarang mempunyai trend untuk makan diluar. Justeru untuk pakej yang telah dilancarkan didalam Program tersebut, Kita hanya membelanjakan sebanyak RM6 untuk sarapan dan makan tengahari.


Menu untuk sarapan dan set makanan tengahari bagi premis yang menyertai program tersebut adalah terpulang kepada mereka sendiri. Namun, mereka tidak boleh melebihi harga siling RM2 untuk sarapan dan RM4 untuk set makan tengahari.

Jumlah premis tersebut dijangka akan meningkat kepada 1,000 termasuk penyertaan dari Sabah dan Sarawak sebelum hujung tahun 2011.

Bagi mereka yang ingin menyertai program tersebut, bolehlah menghubungi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi danKepenggunaan negeri.

Senarai kedai Makanan yang menyertai Program Menu 1Malaysia di seluruh Malaysia

Untuk mengetahui senarai kedai makanan yang terlibat ditempat anda, klik pautan di bawah untuk menyemak dan melawati kedai yang menyertai Program Menu 1Malaysia tersebut


Kunjungi Premis-premis makanan terdekat anda sekarang dan mula berjimat. Senarai yang diberikan adalah sekali dengan Menu sarapan dan Set makanan Tengahari yang boleh anda dapatkan dengan harga RM2 dan RM4.

Selamat menikmati Jamuan :)

p/s : Macam nie bolehlah buat bujet dan berjimat. Tapi Ito harapkan Set hidangan janganlah sama untuk sepanjang tahun. Betul tidak ?

10 comments:

  1. mesti tak sedap ni...hahahaha XD

    ReplyDelete
  2. cam tu bagus... leh jimat...

    ReplyDelete
  3. @Muhammad Burn Yap, tapi nak carik senarai kedai tadi tak dapat pulak

    ReplyDelete
  4. bagusnye..dptla nak berjimat sket~

    ReplyDelete
  5. abih...rugi la dah masak kat umah ni....

    ReplyDelete
  6. @Sal Ijou :Betul-betul, boleh buat Bujet untuk tiap2 bulan :)

    @O'gosh : Hahahahaha....takper esok boleh cuba makanan Menu 1Malaysia Tu..huhuhu

    ReplyDelete
  7. Ya, betul2 . Em mmg boleh brjimatlah ye pasni. Tq ya taliff utk info ni. hehe

    ReplyDelete
  8. @Siti Arfah No problem :) Sama-sama...selamat menjamu selera :)

    ReplyDelete
  9. Abg talif..kesimpulannya..leh belanja lana RM6 tiap2 hari kan? kan? kan? hahahha.

    Bukan2,tipu je tuh,hehe. Satu je soalan lana, boleh cukup kenyang, sedap ke dgn pagi RM2? Tngri RM4?

    Lana rasa rakyat malaysia umumnya tak cukup kenyang ngan sedap ni..sebab, dah terlebih macam makanan kat malaysia bumu bertuah ni *_*

    Moga kedai2 yang terlibat menyediakan makanan dengan bertanggungjawab..dengan kadar harga brg2 yg asyk naik..naik sampai nak tertembus bumi (oh tipunyerr)..tertanya2..sejauh mana kempen ini mampu pergi jauh...

    Ok, berjimatlah untuk negara! hahahaha

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.