Saturday, July 23, 2011

SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN MALAYSIA VS SINGAPURA | 23 JULAI 2011

Salam dan Selamat Sejahtera

Tonton siaran langsung perlawanan pusingan ke-2 antara Malaysia vs Singapura untuk kempen kelayakan Piala Dunia Brazil 2014, di Stadium Jalan besar Singapura pada 23 Julai 2011.

Siaran langsung perlawanan akan disiarkan di TV2 dan Astro Arena, dimana perlawanan antara Malaysia dan Singapura, pusingan ke dua kelayakan Piala Dunia 2014 bakal ditayangkan lebih kurang pukul 7.30pm waktu Malaysia.

Klik pautan di bawah untuk menonton perlawanan Malaysia vs Singapura secara live online.






Streaming Live by Ustrea
Malaysia Vs Singapura | Perlawanan Pusingan Ke-2

Pasukan Malaysia, setelah menunjukkan persembahan yang baik dalam dua perlawanan persahabatan ketika menentang Arsenal dan Liverpool, akan sekali lagi mengharapkan jentera serangan menembusi pertahanan Singapura dan menjaringkan gol. Diharapkan pasukan Malaysia akan mengunakan pengalaman semasa menentang dua pasukan liga perdana English tersebut sebagai pedoman ketika berada di padang.

Kita pastinya juga mengharapkan pertahanan pasukan Malaysia tidak melakukan kesilapan yang boleh membawa padah, lebih-lebih lagi malam ini skuad Harimau Malaya bermain di Singapura. Diharapkan Kapten Pasukan Malaysia, Syafiq Rahim sekali lagi menjadi tunjang kepada skuad Malaysia hari ini dan penyerang Shafee Sali menambahkan rekod gol beliau dalam perlawanan tersebut.

p/s : Ito meramalkan keputusan perlawanan Malaysia vs Singapura [2-0].

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda.