Wednesday, July 27, 2011

TARIKH DAN TEMPAT MELIHAT ANAK BULAN RAMADHAN 2011

Salam dan Selamat Sejahtera.

Untuk menentukan tarikh permulaan puasa bagi tahun 2011 di Malaysia, anak bulan Ramadhan akan di adakan pada petang Ahad, 31 Julai 2011 bersamaan 29 Syaaban 1432 hijrah.

Manakala tempat untuk melihat anak bulan ramadhan bagi tahun 2011 seluruh negeri di Malaysia, menurut Penyimpan mohor Besar Raja - raja Malaysia adalah ;

di Johor - Pontian Kecil,

di Melaka - Kompleks Falak Al-Kawarizmi, Tanjung Bidara,

di Negeri Sembilan - Teluk Kemang

di Selangor - Bukit Melawati, Pulau Angsa, Bukit Jugra, Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam

di Perak - Pantai Pasir Putih

di Pulau Pinang - Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh

di Kedah - Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Menara Alor Star

di Terengganu - Bukit Besar(Kuala Terengganu), Bukit Kemuning(Kemaman), Pulau Perhentian, Balai Cerap KUSZA(setiu)

di Kelantan - Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai, Menara Bangunan SEDC(Kota Baharu)

di Sarawak - Tanjung Lubang Miri, Teluk Bandung Kuching, Tanjung Batu Bintulu,

di Sabah - Balai Cerap Al-Biruni Putatan,

di Pahang - Bukit Tanjung Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highland, Bukit Pelindung Kuantan

di Labuan - Menara universiti Malaysia Sabah

di Kuala Lumpur - Menara Kuala Lumpur

di Putra Jaya - Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

di Perlis - Simpang Empat

Penentuan tarikh bermula puasa Ramadhan akan mengunakan Rukyah dan Hisab dan pengumuman tarikh bermula puasa Ramadhan 2011, akan di langsungkan pada 31 Julai 2011 melalui TV dan Radio

[sumber : Utusan Malaysia]

Syukur kerana masih lagi diberi peluang ditemukan dengan Bulan Ramadhan, Bulan Penuh kerahmatan. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk melipatkan gandakan amalan.

Dengan rezeki dan rahmat yang dijanjikan dalam bulan ramadhan, kita pastinya tidak mahu terlepas untuk menunaikan segala macam amalan yang hanya boleh dilakukan pada bulan Ramadhan terutamanya solat tarawih.

Selamat Berpuasa bulan Ramadan dan selamat beramal.

p/s : Jauhi amalan boros semasa berada dalam bulan ramadhan. :P

3 comments:

  1. jauhi juga amalan memboros masa dengan blog,ahahahaha.

    ~abgtalif,selamat menyambut Ramadhan ya! ^__^

    ReplyDelete
  2. @TYNTHA LANA Arghhhh!!! memboros dengan bLog, betul tu..wakakakaka...kurangkan masa di depan komputer :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah Ramadhan dtg lagi~

    Selamat menyambut puasa yg bakal tiba~ =)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.