Sunday, July 24, 2011

TERINGIN! TERINGIN! BUAH D. . . !


Salam, selamat sejahtera dan Hi buat anda!

Kejap, tarik nafas Panjang Dulu ...sudah sekian lama...lama...lamanya Ito tidak menulis sebegini. :P. Termasyuk, dalam pencarian dalam tips-tips dan cara membuat blog lebih mesra seo.

Kata lain, mesra kepada google, yahoo, bing dan orang sekeliling. Lain-lain kata, berada dalam muka surat 1 semasa mencari di enjin carian. Nak promo sikit! Nak tengok blog entri hasil pertapaan mempelajari seo ?

Taip word di bawah di google ;

1. Nuffnang di hack ( sudah jatuh dari tangga 2 kepada tangga 6 dalam top-10) (saingan rendah)
2. Faedah coklat ( tangga 2 dalam top-10) (saingan rendah, senanglah)
3. Tempat untuk ping Blog ( No. 1 Yihahaha!, saingan tinggi tapi macam kurang carian, adehhh!)

Semuanya berada di muka depan bukan? Itulah hasilnya daripada pertapaan gaya silat Seni Enggang Orea (bukan maksud sebenar, saja merapu). Belum cuba? Cer Cuba...cer cuba...

Oleh kerana hanya setakat itu Ilmu, jadi setakat itu lah yang Ito mampu. Tapi, pantang mengalah sebelum mencuba. Bhawawaha...Gambate! Chaiyou! Chaiyou!

Opss! lupakan perihal SEO buat sementara. Teringin pulak nak merasa menulis dengan sedikit bebas terbang...


Buah D...! Sana? Buah D.. sini? Buah D... Sinun? Tidak!!! Tidak!!!

Semalam pergi dan sempat melintasi pasar raya yang serba ramai manusianya. Nama pun sudah pasar, raya pulak tu(raya jauh lagi, tapi puasa dah ganti belum? merapu).


Ditambah hari Sabtu dimana para geng basikal sekolah, satu matlamat, satu keluarga turun bersama untuk 'bershopping', para remaja 'eyes' shopping dah para separa abad window the tingkap shopping. Kamu belah mana satu? :)


Ditambah pula berdekatan dengan Negara Jiran Brunei, makin ramailah pelancong nya.


Tidak juga terlepas Ito, namun ianya banyak memberi kesan kepada Ito, mata merayap tidak tentu hala. Ke kiri salah, kanan salah, bawah salah. Atas? karang tak pasal-pasal terlanggar makcik yang tengah mengoreng cucur, Di simbahnya, naya!


Jiwa mula geram...benar...benar inginkan buah D..! Sememangnya setiap orang tahu ia kasar, tapi lembut di dalam! Kulit mulus, licin, lembut, mengoda! Jangan curi pandang! Cari nahas! Tapi, Jiwa sudah mula bergelora hendak dapatkan juga. Teringin sangat sampai tak boleh fikirkan benda lain selainnya.


Bilalah agaknya Ito dapat merasa. Tidak apa, lupakan dulu dan berjumpa rakan sepejabat untuk pergi makan bersama. Tiba-tiba, aihhh...pun hendak bercerita pasal D... Dasar tak sedar yang temannya seorang ini tengah merana. Haduiyai, sabar adalah jalan terakhir dan terbaik.


Selesai makan iman masih dikuatkan untuk tidak terpengaruh dengan ransangan minda yang tidak pernah mengaku salah. Ditambah dengan rakan yang meracuni otak dan nafsu. Pulang ke rumah, menonton TV dan walaaa! Rancangan TV pun nak saja Ito lempang. Guna kaki nak? Siarkan yang tak patut di tonton ketika ini.


Masalah, masalah, masalah. Terus mengambil kunci dan pandu kereta ke tempat tadi. Terus dengan gigih berjalan dan kali ini, mata tidak akan sekali pun berkelip, takut terlepas mana-mana tempat yang patut.

Mencuba...Sini? tidak ada. Sana? tidak ada juga. Cuba Sinun? tak boleh juga. Tolong! Hendak Ito bawa diri ke dalam hutan? Tidak mungkin juga dapat. Berpusing, pusing dan pusing kalau haji sudah saja Ito naik Haji.


Kenapalah susah sangat dan berapa lama harus menunggu? Siksa sudah ni bah! hahaha. Angkara degil dan tidak percaya kata rakan, akhirnya menyusahkan diri sendiri. Keinginan merasa Buah D...! Sedap kalau dapat merasa detik begini. Huissshhh....mengeluh~~~

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Mengeluh lagi, Kenapa saat ini juga fikirkan buah Durian sedangkan bukan musim.hahaha. Kalau masuk hutan pun tidak mungkin dapat merasa. Sabar sahajalah, terima kenyataan dan tunggu. :) Apa boleh buat, nasib badan~~~

Wahailah Buah Durian, siksa betul daku mencari mu.

p/s : Sengaja buat entri gaya gersang agar menampakkan kegersangan yang melampau :P. Kalau salah tolong tunjukkan.

10 comments:

  1. ermmm... aku baru balik dari sarawak... aku tengok berlambak jea kedai yang jual duyan... miri murah lagi kot dari kuching...

    ReplyDelete
  2. @Nasriq : Miri tak ada durian lagi..

    @Yutaka : Aku juga suka Durian!hek hek hek

    ReplyDelete
  3. buah durian sedappp bha....aku pun cam terliuq bha

    ReplyDelete
  4. Sy igt buah delima td. hehe. Btw x lrt dh kot mkn durian. hehe. Smpai penin kpala d buatnya.

    ReplyDelete
  5. agak dah..buah durian..abgtaliff bukan jenis tuttttttttt,hahahaah..setakat ni la,hahahaha.

    ~sedap,minggu lepas meraa 3 biji tau! hehehehe.

    Ajar lana pasal SEO boleh T____T ehehehehe. SEO tu pun pe tah maksudnya,adeh,ahhhahaha.

    ReplyDelete
  6. @Amir Aizat @ MAMAFAWWAZ : memang Sedap...keh keh keh

    @ Siti Arfah : HUhuhu, buah demila, pernah makan sekali jew

    @Tyntha Lana : Uikzzz....Insya-allah...hehehe...kita sama-sama belajar ehh :)

    ReplyDelete
  7. Sekali je? huhu. Ciannye. Tp mmg sush nk dpt buah delima, then mhl lk tu. huhu

    ReplyDelete
  8. @Siti Arfah : A'a...memang susah sangat nak dapat bender tu

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.