Monday, July 11, 2011

TIPS TEMUDUGA KERJA (INTERVIEW)

Tips temuduga kerja, pastinya ramai para graduan mahupun pencari kerja memerlukan sebelum menghadiri sesi temuduga. Bagi yang memohon jawatan kosong samada sebagai guru, polis,pramugari, sektor kerajaan dan swasta semuanya perlu ditemuduga sebelum terpilih untuk kerja dan menyertai satu-satu organisasi tersebut.

Temuduga | Gambar : Google
Setelah berjaya disenarai pendekkan untuk pemilihan bagi sesuatu jawatan, semestinya anda akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga kerja yang telah dipilih.

DEBARAN DAN RAGAM

Saya juga pernah melalui banyak sesi temuduga kerja sebelum mendapat pekerjaan. Perbagai jenis ragam penemuduga yang telah ditemui. Lelaki, perempuan, pengurus, ketua jabatan mahupun pengarah dan pemilik syarikat. Tidak dinafikan pernah ditolak mentah-mentah sebelum habisnya sesi tersebut, agak malang bukan. 

Namun, kerana pengalaman yang sudah ditimba, mulai itu, saya serba mengetahui keperluan untuk sesi temuduga dan menemukan beberapa tips temuduga kerja berguna.


Jadi, disini ingin dikongsikan bersama TIPS UNTUK MENGHADAPI TEMUDUGA KERJA bagi persediaan menghadapinya bagi yang telah dijemput untuk menghadiri sesi temuduga kerja untuk sektor kerajaan mahupun swasta.

TIPS TEMUDUGA KERJA

1. Ketahui Latar Belakang Syarikat/Organisasi
Ketahui latar belakang syarikat yang menjemput anda ke sesi temuduga kerja tersebut. Selidik tentang fungsi dan misi syarikat sebelum temuduga. Anda sendiri ingin berkerja dan berada di dalam organisasi tersebut bukan? Dengan ini, ianya menunjukkan minat mendalam anda untuk menyertai organisasi yang telah anda pohon tersebut.


2. Datang awal
Masa itu Emas. Seperti yang telah diceritakan , para penemuduga adalah orang yang bukan calang-calang orangnya. Semestinya mereka terpaksa berkorban masa dan membiarkan sementara kerja mereka untuk sesi temuduga kerja tersebut. Jadi datang awal untuk menghadiri sesi temuduga. Jangan sia-siakan masa mereka kerana ia adalah petunjuk kepada sikap dan sifat anda. Mungkin anda boleh gagal kerananya.


3. Pemilihan Pakaian dan Warna.
Bagi lelaki, pilih pakaian kerja, kemas dan bertali leher untuk menghadiri sesi temuduga. Bagi perempuan, gunakan baju kurung atau pakaian pejabat(skirt panjang/seluar). Ianya menyerlahkan kreabiliti anda dan pakaian sememangnya dapatmenambahkan keyakinan.

Pilih warna yang sesuai. Pendapat saya, bagi lelaki gunakan warna baju yang lembut dan seluar 'sleek' hitam. Tali leher yang warnanya sedikit berlawanan dengan warna baju. Perempuan pula, gunakan baju yang warnanya sama dengan warna seluar atau kain.

Contoh, jika baju anda berwarna biru, gunakan tali leher yang berwarna hitam. Jika warna baju dan tali leher sama, akan menenggelamkan pengunaan tali leher anda.

ELAKKAN mengunakan Jeans dan T-Shirt!

Pengalaman saya : Pernah seorang calon temuduga datang untuk sesi temuduga, tetapi telah ditolak awal-awal kerana pemilihan warna pakaian beliau. Baju berwarna hitam dan kain berwarna hijau terang. Apa lagi saya boleh jelaskan?


4. Penampilan Diri.
Pastikan rambut kemas dan pendek bagi lelaki dalam persiapan menghadiri temuduga. Perempuan pula, jika berambut panjang dan tidak bertudung, pastikan rambut diikat dengan kemas dan bertudung dengan cara yang baik dan betul. Bagi yang berambaut panjang, pastikan rambut kemas dan terurus.

Biarkan rambut anda mengurai tidak terurus?

Bayangkan hantu mak limah datang temuduga. :) Ke mana anda jika anda seorang penemuduga?


5. Jangan Gelojoh dan jadi Tetamu.
Anda datang untuk sesi temuduga di tempat orang lain bukan? Jadilah tetamu. Ketuk pintu sebelum masuk, duduk setelah dipelawa, salam kepada tuan rumah dan ucapkan terima kasih setelah selesai sesi tersebut. Jaga tatasusila dan cara semasa anda sedang di temuduga.

Bayangkan tetamu datang ke rumah anda terus masuk dan duduk. Apa perasaan anda?


6. Bercakap Benar dan Yakin.
Ini sangat penting dalam sesi temuduga kerja tersebut. Kerana ingin mengenali kita, perbagai soalan akan diutarakan. Contohnya tentang latar belakang, pengalaman kerja dan pandangan. Dengarlah soalan mereka dengan baik dan tekun. Berkomunikasi seperti biasa, tarik nafas dan yakin.

Berterus terang dan bercakap benar penting. Jangan terlalu meninggi diri sehingga ke langit dan jangan terlalu merendah diri sehingga menyembah bumi.

Contoh, apakah jawapan anda jika sememangnya anda tidak mengetahui sesuatu perkara yang disoal penemuduga?

Tips Temuduga : Katakan sahaja tidak tahu dan minta maaf sambil memberi jaminan untuk mencuba mengenal atau mengetahui perkara tersebut.


7. Beri Pandangan dan Cadangan
Syarikat perlukan pekerja yang mampu untuk memberi dan bukan pasif dalam sesuatu tindakan dan cara berfikir. Berfikir dan memberi pendapat adalah salah satu contoh anda adalah aktif. Saya amat yakin akan ada soalan yang bertanyakan tentang pendapat atau cadangan anda dalam sesi temuduga.

Berikan pandangan dan cadangan anda berdasarkan apa yang anda fikir memberi faedah dan pulangan kepada syarikat. Berikan cadangan yang berkaitan dan pastikan ianya tidak jauh dari Ilmu semasa anda belajar. Ini adalah peluang baik untuk membuktikan kesan anda kepada syarikat dan membuka peluang anda untuk mendapatkan kerja.

Tips Temuduga : Banyakkan membaca kerana ianya bakal menambah pengetahuan. Sebagai orang baru dalam bidang kerja, disebabkan kekurangkan pengalaman, tidak dinafikan kita akan kurang mampu untuk merancang atau memberi pendapat bernas. Tapi, pengetahuan yang kita perolehi daripada pembacaan adalah sumber baik bagi menimbulkan pandangan dan mematangkan pemikiran.

Apa yang hendak dibaca? Bacalah tentang bidang yang anda ingin ceburi.


8. Tanya Soalan yang Berkaitan
Pernah dengar '2 ways communication' ? Komunikasi dua arah. Bertanya soalan penting tidak? Kenapa perlu bertanya soalan?

Baiklah, apakah anda lakukan jika anda faham akan sesuatu topik dan rasa ingin tahu? Tapi apa pula, jika anda tidak faham langsung dan tengah keliru. Mampukan anda untuk bertanya meskipun satu soalan?

Itulah kepentingan bertanya soalan. Menunjukkan kematangan kita untuk menyatakan hasrat terhadap sesuatu perkara walaupun dalam sesi temuduga yang mungkin singkat tersebut. Tanyalah apa yang ingin anda ketahui tentang syarikat tersebut, tetapi hadkan pertanyaan anda. Mungkin hanya 1 sehingga 3 soalan sahaja. Lakukan persiapan awal tentang soalan yang anda ingin utarakan sebelum menghadiri sesi tersebut.


9. Soalan Gaji dan Permintaan
Terdapat pelbagai pandangan tentang soal gaji. Pada pandangan saya sendiri, adalah baik bagi anda untuk mengetahui purata gaji untuk kerja yang anda pohon. Sumbernya mudah, dapatkan daripada saudara atau rakan terdekat.

Tips Temuduga kerja : Jika anda baru sahaja lepasan daripada institusi(graduan) pastikan gaji yang dipohon adalah tidak terlalu tinggi atau tidak terlalu rendah. Kerana jika terlalu tinggi adalah tidak setaraf dengan pengalaman, namun jika terlalu rendah sudah pasti anda tidak berpuas hati dengan gaji anda andainya terpilih nanti.

Pengalaman saya : Bagi graduan baru, berkerja untuk pengalaman dahulu baru fikirkan gaji. Dalam masa 2- 3 tahun berkerja, adakah masih tidak cukup pengalaman untuk mendapatkan gaji yang lebih baik? Jadikan anda sendiri asset syarikat dan lihat apa akan syarikat berikan kepada kita.


10. Doa, Tawakkal dan Terus Berusaha
Setelah selesai, berdoa dan bertawakkal selepas temuduga kerja kepada yang Maha Besar supaya apa yang anda lakukan membuahkan hasilnya kelak. Yakin akan apa yang anda lakukan adalah yang terbaik.

Tetapi, jika anda gagal dalam sesi temuduga tersebut. Jangan mengalah dan teruskan berusaha. Jadikan pengalaman dalam mana-mana temuduga yang gagal sebagai pedoman dan perbaiki kelemahan yang telah kita lakukan. Lakukan lebih banyak persiapan sebelum temuduga lain dan pelajari cara dan amalkan tips temuduga dengan betul untuk berjaya.

Selamat Berjaya

Itu sahaja antara tips temuduga kerja yang dapat dikongsikan. Samada anda ditemuduga sebagai guru, jurutera,polis, sektor awam, swasta dan di mana sahaja, yang penting, Yakin bahawa anda dapat menghadapi temuduga tersebut dan semoga berjaya dalam perjuangan kita.

p/s : Jika anda mempunyai Tips temuduga kerja yang lain dan baik, mari kongsikan bersama disini untuk kebaikkan bersama.

19 comments:

  1. bagus tips ni.. terima kasih share

    ReplyDelete
  2. @Freaky Sama-sama,semoga menjadi panduan yang berguna :). Tapi, kalau hang ada tips, boleh sharekan sekali :)

    ReplyDelete
  3. Kite pun penah lalui byk sesi temuduga =) nak share jugak ^^..
    >perlu bersedia dgn soalan provokasi..& soalan yg memerlukan critical thinking..
    >kalau yg pernah ada experience kerja, make sure arif tentang bidang kerja sebelumnya..sgt membantu bila ditanya tentang pengalaman lalu..
    >jika ditanya tentang kelemahan..tukarkan kelemahan itu kpd sesuatu yg menampakkan anda bagus..cth : sy x tahan tempat kerja yg kotor (menunjukkan anda seorang yg mementingkan kebersihan )..
    kalau ikutkan byk lagi tp rasanya cukupla kot ;p

    ReplyDelete
  4. @~SaL IjOu~ Fuhh!!! NIce!!! TY FOR THE TIPS!!!! Thank You Very Much!

    ReplyDelete
  5. Ni memang kena dengan lana entry nih..tima kasih sgt abg talif :)

    ReplyDelete
  6. hoho... ada yang boleh pakai ada yang tak...

    ReplyDelete
  7. @Lana : Sekadar berkongsi, semoga mendapat manfaat bersama

    @Nasriq : hohohoho...berikan Idea kalau ader yang kurang :)Cuma sedikti perkongsian :)

    ReplyDelete
  8. yeahh..sy sentiasa kemas pg interview..haha..
    (puji diri sdri)

    ReplyDelete
  9. @echaRierie Ahakz....cubalah kalau tak kemaz, pak guard pun mungkin halang...jangan kata nak orang lain..hahahaha

    ReplyDelete
  10. tips yg bergune..tips nk ngorat ade ta?? :D

    ReplyDelete
  11. tips nak kawen ada tak??? tak sabar nak kawen dengan Botak (juvana) nih.... keh3x

    ReplyDelete
  12. Taliff ! Lma x ziarah sini. Slm ziarah. :). Em tips yg menarik. Tq utk tips ini, :D

    ReplyDelete
  13. @Siti Arfah Salam, hehehehe...yap...semoga bermanfaat untuk bersama :)

    ReplyDelete
  14. Diharapkan persediaan untuk temuduga kerja ni berjalan lancer. Maklumlah persaingan nak cari kerja sekarang bukannya mudah, tambahan pula dengan keadaan ekonomi yang tak menetu sekarang ni. Lagilah orang berebut-rebut nak cari kerja.
    Kalau nak tau sumber-sumber yang dapat memantapkan lagi persediaan kita untuk menghadiri temuduga, bolehlah juaga layari laman web ini
    http://hafizlidin.jomniaga.com/go/kamarul68

    ReplyDelete
  15. salam

    macam mana nak jawab soalan penemuduga jika dorang tanya “kenapa mohon jawatan ni (contoh production asst.)?” sedangkan tak dek kaitan dengan bidang yang kita belajar masa kat U?

    mohon feedback segera. terima kasih:)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.