Saturday, July 16, 2011

TRAFFIK BLOG | CARA DAPATKAN TRAFFIK | KENAPA PERLU ADA?

Menulis Blog kerana apa? Jadikan Ianya sebagai ruangan memberi pendapat? Ruangan mencari kawan? Ruangan mencari "Future-ristik" teman hidup, berniaga, ruangan belajar atau...ada lagi yang saya tidak sebutkan? Namun, Itu semua terpulang kepada diri anda yang sendiri.

Lakukan apa sahaja kerana ianya milik anda. Tapi berpada-pada kerana pasti ada yang tidak suka. Bersedia sahaja.


Apa pun saya tidak mahu hujahkan apakah tujuan untuk berblog. Namun yang difokus hanyalah berkaitan cara untuk dapatkan Traffik Blog. Siapa tidak suka traffik? Eh, sebelum tu, faham tidak apa itu traffik? Bukan Polis traffik tapi Traffik. Alahai cek mek molek, pembaca penulisan andalah. :)

Kalau tidak suka pembaca dan pelawat, kenapa mesti ber'blogwalking' sampai lebam, kenapa nak hantar URL ke laman aggregator dan sebagainya. Melainkan kalau anda selebriti terkenal, ahli politik termasyhur atau yang selalu keluar TV gitu-gitu, mungkin hanya promosi sikit URL sudah membolehkan pelawat bertubi-tubi ke laman sesawang milik anda.

Apa yang cuba saya bincangkan adalah bagaimana cara mendapatkan pelawat atau traffik blog. Dalam internet dan dunia perfileman opsss, dunia blogging terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan. Antara cara untuk menambah pelawat atau pengunjung blog adalah;

1. Blogwalking di Shoutbox

Cara paling mudah untuk anda mendapat kunjungan balas dari para blogger lain. Disamping boleh meninggalkan pesanan atau berbual, kita juga boleh meninggalkan link ditempat kita berkunjung. Selalunya widget yang digunakan adalah Shoutmix atau shoutbox.

2. Komen dan Komentar.

Beza komen dan komentar. Tiada beza, cuma bahasa. :P. Meninggalkan komen pada blog blogger lain boleh mendatangkan traffik ke blog anda. Hampir sama dengan cara di atas, namun akan mendapat link balik apabila membuat komen ke atas entry para blogger lain. Cara ini banyak membuatkan para blogger lain akan gembira dengan anda.

3. Ping!

Ping! Terdapat banyak laman aggregator yang membenarkan anda untuk ping! entri anda secara percuma. seperti Gengblogger, Oh! Blog, Busuk, Innit dan banyak lagi diluar sana. Saya selalunya akan Ping! di Innit dan Busuk. Ada sebabnya dan kenapa? (akan dibincangkan dalam sesi lain :) ) bermaksud anda meninggalkan link entri anda di laman tersebut dan andainya pembaca teruja dan ingin mengetahui cerita anda selanjutnya semestinya mereka akan klik dan itulah traffik! :)

4. Forum Online!

Kenapa berforum? Meluahkan idea dan pendapat disamping mendapatkan sumber info dari pandangan orang lain dan sebagainya. Kenapa forum boleh mendatangkan traffik kepada blog? Ini kerana apabila anda berforum dan berbincang akan ada perserta lain membaca pandangan dan pendapat anda. Jika anda memberikan link anda didalam forum tersebut, pastinya ada yang melihat dan klink dan singgah.

Pastikan apa yang anda bincangkan di laman web atau blog anda dalam niche yang sama dengan topik yang anda bincangkan. Jangan membuat spam link, ini boleh mengakibatkan anda di ban oleh moderator.

5. Laman Sosial

Paling efektif mungkin Twitter kemudian Facebook. Juga dengan cara meningglkan link pada twitter dan facebook, semestinya mereka yang berminat akan klik dan itu bermakna traffik blog. Sebenarnya terdapat banyak lagi sosial media yang boleh digunakan. Terbaru mungkin kita boleh tinggalkan link di 'Google+'. Apa Google+ ? Search di Google. :)

6. Pendekatan Offline

Offline, sama sahaja seperti menjaja link anda dimana-mana tempat diluar web. Letakkan link anda di Kad Kahwin buatan anda, promosikan link di TV atau Radio (kalau berbayar, sememangnya mahal) dan promosikannya di mana sahaja. Apa yang saya pernah nampak, letakkan URL laman blog di cermin kereta. Wow! promosi bergerak dan percuma. :)

7. S.E (SEARCH ENGINE)

Selalu anda akan membaca tentang SEO bukan SE. SEO bermaksud Search Engine Optimizer dan S.E bermaksud Search Enjin. Ya, antara punca yang akan menyebabkan pelawat anda datang 1 ribu, 2 ribu, 10 ribu masakan 100,000 ribu sehari berpunca dari Search Enjin. Sama ada Abang Google, Kakak Yahoo!, Adik Bing, sepupu MSN, dan waktu-waktu yang sama dengannya.

SEO - Ini adalah cara-cara, langkah-langkah atau seni untuk para enjin carian atau Search Enjin untuk mendapatkan blog atau laman anda. Setiap SE mempunyai caranya yang tersendiri, namun lebih ramai fokus kepada Google kerana ia digunakan paling meluas diseluruh negara di dunia kecuali China.

Banyak teknik SEO yang perlu dipelajari untuk membolehkan blog menjadi mesra Search Engine dan didatangi oleh pelancong yang comel-comel belaka. Sebenarnya banyak pakar-pakar seo di Malaysia yang setanding pakar diluar negara. Kalau tidak, tidak mungkin yang menjadi kaya raya dan membuat duit hanya kerana internet. Betul tidak?. Antaranya teknik seo ialah, (bersambung di episod akan datang) :P

Kenapa perlu Traffik atau Pelawat Ramai?

Formula Paling Mudah

SEO ialah Klik,
Klik Ialah Pelawat,
Pelawat ialah Pageviews,
Pageviews ialah Duit!

Sama juga jika diumpamakan dengan Jumlah kedatangan Pelancong ke Negara. Ramai Pelancong Ekonomi Berkembang :) Duit Masuk maaa~~~
Tapi sebelum mendapatkan pelancong, semestinya Negara mempunyai keunikkan untuk menarik mereka untuk sampai ke Negara bukan?

Itulah antara contoh-contoh yang boleh anda gunakan untuk menarik pelawat ke laman blog. Semestinya ada beratus ataupun beribu cara yang boleh digunakan yang tidak saya nyatakan. Hanya memberi sedikit idea dan cara yang boleh digunakan bagi membantu para-para sakura blogger yang inginkan traffik baik, banyak dan sesak (saya pun juga masih belajar tentang SEO)

Selamat mencuba!

cara dapatkan traffik blog | cara seo | promosi blog | tingkatkan traffik blog | tingkatkan pelawat blog

p/s : SEO penting untuk laman syarikat atau laman atau blog perniagaan untuk survival di alam internet yang serba luas dan mendatangkan hasil di alam realiti :)

29 comments:

  1. Sy Menulis blog utk kenal kwn baru, saja suka2 n paling penting utk renungan masa depan~ ^^

    ReplyDelete
  2. ntah... aku berblog untuk mengarut jea...

    ReplyDelete
  3. @mr_right : HEhehehe...bakal dikupas satu-satu...insya-allah

    @Sal Ijou : yap, boleh digunakan untuk kita memuhasabah diri dimasa depan :)

    @Nasriq : Berul, sebab tu nama kau tukang karut :P

    ReplyDelete
  4. tak sabar nak tunggu next entri nih...

    ReplyDelete
  5. @Mr Software Adeh, dah ada peminat rupanya..hahahaha...

    ReplyDelete
  6. Buat blog jadi tempat utk share pasal my life. Kira macam online diary. :)

    Anyway, great advice.

    ReplyDelete
  7. @JacksonJohn Owhh, every people doing blog as their own diary but it can be change for Yours pocket money as well. :) Thank You :P

    ReplyDelete
  8. Abg talif ni..gaya macam bnyk tahu.. tapi gaya macam tak buat...hurmmm..ke salah lana teka ni? hahahaha. Oh..camtu ya..nak lgi smbngnnya, cepat2. Banyak benda tak tau ni *__*.

    ~Abg talif, pasal entry "sush ajk kearah kebaikn" tu, takda apa2 la,hehhe. tu cuma slh stu teknik promote. Lana guna entry tu tok promote entry "jumaat pnghulu hri" tu. Undirectly..saja nak cuba..nk tgk mcmna hasilnya.. :)

    ReplyDelete
  9. iema skrng malas nk bw dah..
    balas2 yang orng komen jerk..
    hihi

    ReplyDelete
  10. @lana : hehehehe...ade yang buat...ade yang tak buat :P

    @iema ackles : hehehehehe...balas komen pun ok :P

    ReplyDelete
  11. @Aisyah Aina Huhuhuhu..its ok, no problem...nanti tahulah ape keperluan die.. :P

    ReplyDelete
  12. ade beberapa je yg ikot..dulu rajen jugak ping dkt innit..tp sekarang dh mls..hihi

    ReplyDelete
  13. yang ni banyak nak kene belajo..haha tapi 1st nak enjoy2 je berblog ni..nice info

    ReplyDelete
  14. @syaz@rozelt : hehehe..takper....masing2 ade cara masing2 kan..

    @Ezay Hadry : Yap...enjot your blog :P thank anyway

    ReplyDelete
  15. 1 dan 2 menjadi pilihan saye,hehe

    ReplyDelete
  16. @amir aizat : yap...saya juga memilih 1 dan 2 tapi mempelajari SEO sendiri

    @sop : thank you, harap boleh belajar dari anda :)

    @putra baruna : thank you veru much :)

    ReplyDelete
  17. Perkongsian tips yang menarik dan bagus!

    Cuma apa yg saya nampak skrg , pengaruh Facebook betul2 kuat, terutamanya yang ada FAN PAGE dengan bilangan pengeLIKE berpuluh ribu orang. Maka dalam sekali post ke page, beratus2 orang akan ONLINE dalam satu2 masa di blog yg dishare tu

    Apalagi kalau TAJUK lg panas, maka lagi ramai lah pendatang tak haram

    Macam x aci je caranya, tp itulah hakikatnya kan huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, semakin panas satu cerita...semakin cepat akan mendapat klik. Facebook juga adalah salah satu medium untuk mendapatkan pengunjung tak haram tadi. Thank

      Delete
  18. Terima kasih ito....

    Satu info yg menarik utk diamalkan,
    Pasti ramai yg akan pratikkan,
    Untuk lebih dikenali ramai bukan,
    Ini boleh meninggikan PR kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara sebab kita perlukan traffik adalah untuk visitor. Tapi untuk PR kita perlu dapatkan backlink yang banyak dan berkualiti.

      Delete
  19. Berkunjung lagi di blog anda,
    Hendak memahami lagi tajuk di atas,
    Terima kasih banyak2 buat sahabat ya,
    Sangat bermakna apa yg diulas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh...sesasi2020 datang lagi. Terima sebab datang :). Moga akan cepat memahami apa yang dicari.

      Delete
  20. syukran.......
    alhamdulillah...sangat membantu....yang baru dalam dunia blog.....
    hehehe..cam....akak

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.