Wednesday, July 13, 2011

VIDEO HINA LAGU 'NEGARAKU' | KEMANA HILANG TANAH TUMPAH DARAHKU, DARAHMU?

Salam dan Selamat Sejahtera.

Video menghina lagu Negaraku. Telah berkali kita dengar lagu Negara dipersendakan dan dipermainankan. Sepertinya lagu Malaysia boleh sahaja diubah-ubah mengikut lirik sendiri. Tapi apa yang menyakitkan hati lagu tersebut datang dengan pakej mengejek, mengata dan menghina Negara. dem!!

Sedarkah mereka dengan perbuatan tersebut? Ya, sudah tentu sedar dan mereka tahu mereka sedang menghina negara tempat asal mereka sendiri.

Namun, apa yang Ito perhatikan kebanyakkan "manusia yang kenang budi dan jasa" tersebut, munculnya mereka dari laman media seperti Youtube dan sekarang Facebook, menyuarakan 'rasa sayang' dengan jayanya. Ada irama rap, raggae, balada, irama slow-slow. Aduhai...Hina lagi, hentam lagi, ejek lagi.


Oh, mungkin Ito tersalah agaknya. Negara Malaysia, negara yang bebas bersuara. Bolehlah lakukan apa sahaja. Biarlah, ikut yang anda suka bukan? Tapi, adakah dengan kebebasan tersebut bolehlah sebebas-bebasnya menghina? Mengutuk dan mempersenda? Tidak pernah pula Ito pandang burung yang bebas di angkasa terbang tak turun-turun ke pokok dan jejak tanah di dunia.

MANA HILANG TANAH TUMPAH DARAHKU, DARAHMU?

Bebas tidak pula sama maksud dengan suka-suka. Bebas tidak juga sama maksud dengan menghina. Tidak pernah juga sama dengan Hentam sahaja lah Labu~~~. Entah, pergi mananya tempat akal untuk mencari maksud bebas sebenarnya. Waras? adakah cukup matang dan waras mereka yang membuka pekong didada?

Semua ada batas wahai tuan hamba. Seperti apa yang hamba selalu kata, gunakan akal sebelum bicara, kayuh beca pun perlu akal ketahui berat muatan dan kekuatan kayuhan. Apatah lagi tuan hamba ingin melepaskan kata dari lidah sehebat senjata.

Terjun sahaja? Tidak apa kalau landing nya sempurna, tapi kalau Tersembam Terjun-am? Rasakan kerana kita diberikan akal untuk mengira.Tinggi rendah langit dari dunia.

Mana hilang 'tanah tumpah darah' yang sedia dipertahankan bila kita sendiri persendakan??

p/s : Baik Ito layan Arsenal vs Malaysia. Malaysia Kalah? Oitt! Pantang Menyerah Sebelum Sepak Mula..haha... Adios! Gudluck Malaysia!

9 comments:

  1. tak kisah la apa pegangan parti politik korang.. tp seyes, aku mang benci orang yang hina Malaysia..

    ReplyDelete
  2. saya bangga jadi rakyat Malaysia

    ReplyDelete
  3. Love this one abg taliff:

    Bebas tidak pula sama maksud dengan suka-suka.

    Rasanya bukn dlm konteks lagu Negaraku sja..dalam semua perkara..ramai yang tak tahu apa maksud bebas..sering disalahguna..kebanyakkan juga lupa, dalam apa jua perkara, perlu ada batas,sempadan, dan sederhana..termasuklah juga soal bebas ni..

    ReplyDelete
  4. @KetamBatu : yap, Aku Paling Benci Orang Hina Malaysia

    @MAMAFAWWAZ : Saya juga bangga :)

    @Lana : Yap, Dierang ingat bebas tu maksud die bebas sesuka hatilah kot..mengong kan....

    @Syrupmasin : Saya anak kelahiran Malaysia :)

    ReplyDelete
  5. mana nak campak orang cam ni? kandang singa atau kolam buaya?

    ReplyDelete
  6. @Nasriq Aku rasa, buaya ngn singa pun tak nak makan tu..hahaha..sampah

    ReplyDelete
  7. x salah pun kalau de sifat sayangkan negara...cuma mungkin sesetengah orang menzahirkan sayangnya tu dengan kelemahan akalnya utk berfikir kot.huhu...

    ReplyDelete
  8. hhrrmm.. ape masalah dorang ekk..?? x de keje laen kerr..??

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.