Wednesday, August 3, 2011

APA ITU SEO? KENAPA SEO? BAGAIMANA SEO? APA TIPS NYA?

Salam dan Selamat Sejahtera.

Apa itu SEO? Itulah antara soalan yang pernah juga dulu bermain dikepala. Namun, apa yang mendorong kepada berkenalannya saya dengan SEO apabila mula aktif dalam menjalankan aktiviti blogwalking antara satu blog ke satu blog yang lain.

Semestinya dari satu blog ke satu blog lain, mempunyai kelainnan masing-masing. Tapi, apa yang mengambil perhatian pada masa itu ialah pelawat atau traffik blog.

Search Enjin Optimizer | Gambar : Google

Terdapat blog yang sunyi sepi, terdapat juga blog yang boleh tahan ramai pelawatnya dan yang mencuri pandangan mata apabila dalam satu-satu masa terdapat berpuluh-pulah malahan beratus-ratus pelawat, sesak dalam satu laman blog. Setelah diperhatikan, rupa-rupanya ialah penangan SEO kepada laman tersebut. Hey, apa itu SEO?


SEO adalah perkataan singkat kepada Search Engine Optimizer. Seperti pernah di katakan dalam post ini. Ianya satu teknik, cara-cara, seni, permainan atau kaedah untuk memanipulasi atau membolehkan engin carian seperti Google, Yahoo!, Bing!, Aol, MSN dan banyak lagi menemui blog kita dalam carian.

Dunia internet, kita sememangnya tidak sendirian. Ianya melibatkan berjuta, malahan berbillion manusia pengguna serata dunia. Berbillion pengguna yang mahukan berjuta macam infomasi. Jadi, jika kita adalah salah satu pembekal infomasi dan inginkan infomasi kita samada dibaca, dilihat, digunakan atau dibeli sememangnya kita hendak mencapai pengguna kita bukan?

Untuk mencapai lebih banyak pengguna tersebut, antara satu cara, kaedah dan teknik membuatkan blog atau laman muncul didepan mereka apabila diperlukan.

Plingg~~~ Macam Magik Si Ahli Silap Mata?

Ya, lebih kurang sahaja kerana silap mata atau magik punyai tekniknya, begitu juga blog dan laman web, punyai teknik untuk membuatkan laman kita ditemui, dan salah satunya adalah teknik atau kaedah SEO.


1. Bagaimana Teknik SEO membantu traffik blog?

Teknik SEO akan membantu traffik dengan meletakkan laman web pada ranking tertinggi dalam engine carian. Ringkasnya, pada muka halaman top 10 apabila orang menekan "enter" pada carian mereka. Daripada berjuta-juta laman yang memberikan Informasi yang sama, anda yang teratas! Dan lihatlah laman anda bakal menjadi sesak dengan pelawat.


2. Bagaimana SEO berfungsi atau bertindak balas kepada enjin carian?

Engine carian akan bergerak atau beroperasi seperti carta aliran dibawah;

crawling - indexing - processing - calculating relevency - retrieving

Justeru, setelah mengetahui aktiviti spider/crawler enjin carian, disinilah fungsinya SEO yang akan bertindak balas dan memberitahu kepada mana-mana enjin carian untuk memilih laman anda dahulu berbanding laman-laman lain dalam data laman web. :)

Dengan mencari informasi, meng"index"kan laman yang telah dikumpul, memproses data yang telah diperolehi, mengira adakah ianya releven atau tidak dan akhirnya mengeluarkan hasilnya.

Jika, blog kita telah diindex, seterusnya releven dan tepat sepeti yang dicari, tidak mustahil laman akan menjadi pilihan si pakcik enjin carian dan dipersembahkan kepada pengguna.

Semakin "Organic" laman kepada enjin carian, semakin mesra seo sebuah blog, semakin tinggilah kedudukan pada Google dan enjin carian lain.

3. Kenapa Mesti Enjin Carian berbuat demikian?

Kerana Pengguna selalunya betul "Customer Always Right". Andaikan Google memberikan carian yang teruk, tidak releven apabila bertindak balas kepada carian anda. Tidak mustahil pengguna akan beralih kepada enjin carian lain. Sedangkan Google adalah enjin carian yang mempunyai market terbesar dalam dunia internet. Mereka pun tidak mahu meng"bankrup"kan bisnis mereka bukan. :P

Google akan sentiasa memberikan maklumat releven dan terbaik untuk para pengguna mereka. Seperti juga kita memberikan servis dan layanan kepada pelanggan kita.

Justeru, dengan berdasarkan aktiviti enjin carian tadi, disinilah bermulanya teknik SEO. Membenarkan Si Spider crawler untuk menjejak blog, mengindexkan kandungan blog, membuat entri-entri yang releven dan akhirnya mendapatkan traffik untuk blog! waaalaaa!

4. Apakah cara ringkas, penting dan mudah untuk membuatkan blog mesra SEO?

Sini saya akan nyatakan secara ringkas sahaja (yang saya lakukan) untuk menjadikan blog lebih mesra SEO ialah

1. Isi kandungan itu Raja
2. Kata Kunci Itu Permaisuri
3. Update Blog itu Penasihat
4. Backlink Itu Kuda

Banyak lagi cara yang digunakan, seperti melakukan sedikit perubahan pada coding blog, blogwalking, hantar blog ke laman aggregator, blog directory dan... ingin serba sedikit mengetahuinya? Klik Sini :P.

Kesimpulannya, diharapkan penerangan ringkas ini dapat menjawab persoalan apakah itu SEO? SEO penting untuk survival blog/laman seperti kata saya sebelum ini. Tapi, percayalah belajar SEO dan mendalaminya amat membosankan, memenatkan, menyedihkan tapi amat menguntungkan. Lebih-lebih yang ingin berniaga Online.

Cuba dulu jika tidak percaya dan lihatlah kesannya :)

Selamat Berjaya!

24 comments:

  1. Wowww..rasanya..entry ni paling mudah lana nak paham..berbading entry2 sebelum ni..heh3.. ok2..sekarang,makin nampak.. hurmm..pe nak kata ea..memang lana makin jelas..tu je mampu dikata.. ^___^

    ~ cepat giler abgtaliff update entry..org gurau jela tdi..huhuuu

    ReplyDelete
  2. @Lana : wahahaha...demi lana... :)

    ReplyDelete
  3. abgtaliff ni..org tanya je kot pasal kurma cicah..kot2 la ada?hak3..takdak ek? lana yakin ada! cuma susah nak jumpa! ahhaahah

    ~ terima kasih..hee..salu tnya blogger pemes, jawapan depa pasal SEO ni, "taipla sendiri" hurmm..bukan soal taip ke tidak..kadang2 dah taip, print out pun.. rasa tak syok baca..skema semacam..bila ad org explain, ibarat cikgu bersungguh2 ajar ank murid..jd..skrg en taliff cikgu, sy ank murid,hak3

    ReplyDelete
  4. @Lana : Wakakakaka...bukan2...anggap kita sama2 belajar ok :). Taliff pun bukan hebat sangat. Ini yang taliff faham :) Selamat belajar :p

    ReplyDelete
  5. pergh tq bro atas perkongsiannya :)
    baru aku jelas tentag SEO tu :)

    ReplyDelete
  6. ni skandal dengan lana ke ni? SEO...apa2 je la... hoho... aku macam ni gak...

    ReplyDelete
  7. membantu juga untuk mengetahui ape itu SEO akhirnye (:

    ReplyDelete
  8. thanks for the info broo :)

    ReplyDelete
  9. tq bro..bru tau serba bnyk..bukn serba sdikit..hehe..:D

    ReplyDelete
  10. @Alif Haris : Tak sangka banyak yang faham...bagus2 :) Syukur..

    @Nasriq : hahahaha...scandal....keh3...

    @mr_right : hehehehe....syukur

    @MN : Welcome

    @ Luqeem : Bagus3x

    ReplyDelete
  11. tahu lah sikit² pasal seo., tapi malas nak ambil tahu sangat.. :D

    ReplyDelete
  12. @Botak : Yap, selamat berjaya :) selalu nyer orang yang kata sikit2 tu yang tahu banyak2...hehehe

    ReplyDelete
  13. ape pasal semua orang paham..aku masih lagi tak paham...aigoooo...:)

    ehh..saje jer melawak

    ReplyDelete
  14. @Yutaka : wakakakaka..ker memang betul tak faham? hahahaha

    ReplyDelete
  15. naik kuda sambil mengucapkan TQ atas perkongsian ini.. :)

    ReplyDelete
  16. @Aj : Hehehehe...okm, naik kuda pergi pasar, sama-sama :)

    ReplyDelete
  17. memang straight to the point je ... simple tapi power, memang menarik perkongsian ini

    ReplyDelete
  18. Blogwalking sini! ♛MrIx♂ kata ║ Baru nak berkenalan dengan SEO ni ║.....
    ✓│Review Kopitiam Cina Muslim
    ✓│Dakwah Versi K-Pop

    ReplyDelete
  19. thanks talif, baru ler faham sikit pasal seo nih..huhu

    ReplyDelete
  20. terima kasih pasal info ..ianya berguna bagi yang cetek tentang seo ini

    ReplyDelete
  21. info yg sangat bagus dan sangat bermanfaat bagi saya,, kunjungi balik gan www.ankurniawan.blogspot.com

    ReplyDelete
  22. Terima kasih pasal seo nie....entry nie sungguh bermanfaat...
    sharing is caring....

    mselim3

    ReplyDelete
  23. memang terbaik blog Thaliff..banyak informasi ..baru baca pasal seo..ianya satu teknik..mybe kena kreatif juga kalau nak berblog ni...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.