Saturday, August 20, 2011

BILA MENEGUR ORANG TUA

Salam dan selamat sejahtera...

Rasanya anda semua pernah dengar tentang kata-kata ini bukan, "Yang tua kita hormati, yang muda kita sayangi", bukan bukan bukan?

Antara contoh menghormati orang tua adalah seperti tidak meninggikan suara kepada mereka, mendahulukan pekerjaan untuk mereka dan tidak menyakitkan hati mereka. Tapi, pernah tidak anda menghadapi situasi terpaksa menegur seseorang yang lebih tua dariapada kita?

Jika Ibu bapa, mungkin kita akan merasa sedikit lebih selesa? Namun, bagaimana pula sekiranya menegur orang teman sekerja yang lebih berusia? atau kata lain lebih tua?

hek eleh , muda lagi nak tegur aku...
fuh! kurang ajar mak bapak tak ajarlah nie, nak tegur orang tua...

Itu mungkin antara anggapan sesetengah mereka kepada kita yang lebih muda. Tidak pun, kita akan menghadapi situasi di mana orang tua mengungkit apa sahaja kerja-kerja dahulu ataupun sejarah yang pada masa kini, pada pandangan tidak alagi memberikan impak atau kesan.

Tidak dinafikan, memang sukar untuk menegur orang yang lebih berumur daripada usia sendiri, terutamanya apabila mereka mempunyai anak yang umurnya lebih kurang sama usia kita. Nampak sepertinya mereka tidak akan pernah suka, untuk menerima teguran daripada insan yang pada anggapan mereka masih kurang makan garam.

Tapi, andaikata perlakuan dan tindakan mereka sememangnya salah, adalah lebih baik menegur daripada membiarkan perlakuan atau kerja yang salah tersebut menjadi parah dan berlarutan. Namun macam mana nak menegur? Sememangnya satu delima untuk seorang yang amat mengamalkan budaya ketimuran yang saling menghormati.

Tambahan, sudah menjadi lumrah atau gaya kehidupan seorang manusia dimana bukan senang untuk mengakui kesilapan sendiri. Berhadapan dengan seorang manusia yang umur yang lebih senior dan susah untuk menerima teguran, menambahkan delima dalam dalam diri. Tegur atau tidak....

Cubit Tiup ?

Ajaran ayanda Ito semasa mula menjejak kaki dalam dunia kerja. Apa itu Cubit Tiup? Mari buat sedikit eksperimen, cuba cubit tangan anda lepas itu tiup pada kawasan yang sama. Sakit setelah dicubit namun sejuk setelah ditiupkan.

Petuanya, tegur sahaja kesalahan orang tua yang telah melakukan kesilapan tersebut, tapi pada masa yang sama anda haruslah bersabar dengan apa sahaja provokasi yang bakal mereka lontarkan.

Kemarahan pasti akan tercetus pada proses tersebut, teruskan fokus kepada penyampaian teguran dan objektif. Biarkan sahaja helah atau cara mereka menegakkan benang yang basah.

Berhemah ketika menegur

Tetapi, selepas menegur pastikan tiada apa lagi dendam atau rasa yang tidak berpuas hati di dada. JANGAN! menegur dan mengaitkan perkara yang agak peribadi. Tumpuan hanya kepada pekerjaan sahaja.

Doa dan tawakkal akan keberkesanan teguran tersebut. Pastikan kita memberikan tawaran untuk membantu jika mereka berada dalam masalah atau kesukaran. Banyak keuntungannya untuk saling membantu :)

Insya-allah, cara tersebut dapat mendatangkan situasi "menang-menang" antara kedua-dua pihak. Samada kepada pemimpin mahupun yang dipimpin.

Sesetengah pendapat akan memikirkan untuk membiarkan sahajalah orang melakukan kesalahan. Buat apa hendak diambil peduli. Betul, tapi apa pula situasinya jika anda adalah ketua kepada organisasi? Sanggup anda melihat kapal yang dinaiki tenggelam kerana membutakan mata atas kesalahan perbuatan orang lain yang membocorkan kapal tersebut.

Sehingga sekarang, memang itu adalah salah satu kaedah yang Ito sendiri praktik dan ianya serba menampakkan kesan baik dan positif. Berkesannya kaedah tersebut kerana ianya juga tunjuk ajar dan petua datang daripada orang tua. :)

p/s : memang sukar menegur...Haishhhh!!!

6 comments:

  1. @Sal ijou : hehehehe...orang tua yang ajarkan

    ReplyDelete
  2. ni aku nak tegur kau ni...

    Lama dah aku menyirap dengan kau ni...

    Eiii... Kecik jea aku tengok kau...

    Aku nak tegur ni...

    "hai"... ok... dah tegur dah...

    ReplyDelete
  3. @Nasriq : hahahaha...adeh , keno tegur sudah..keh keh keh

    ReplyDelete
  4. emm..aku punyer teguran ala Zhuge liang...sila cepat tangkap okeh...woohaaa..

    bertegurlah secare berstrategi...:)

    ReplyDelete
  5. nasib ler cubit tiup...kalau cubit tarik kan naya !! hahaha..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.