Saturday, August 6, 2011

CABARAN KERJA DI BULAN RAMADAN | SEBUAH PEPERANGAN

Pejam, Celik, Pejam, Celik...sudah beberapa hari kita berada dalam bulan Ramadan Al-Mubarak. Bulan penuh kerahmatan dan Kemuliaan. Syukur kerana kita sekali lagi diketemukan dengan keberkatan bulan Mulia Ini.


Sememangnya cabaran berkerja tidak akan pernah putus. Apatah lagi, berkerja dalam bulan ramadan. Kadang-kadang rasa menjadi seperti lain macam. Pening, penat, loya dan seperti sahaja hendak pitam. Itulah ragam bulan puasa. Ada juga yang tinggi paras kemarahannya. Pantang ditegur, pasti melenting.

Sedangkan bulan ramadan adalah untuk belajar tentang kesabaran. Bukan sahaja, dari menahan lapar dahaga. Juga menahan diri dari perkara lara'. Mengumpat, mengata, melihat perkara yang tidak baik, mendengar perkara keji, menipu, menahan marah dan banyak lagi perkara yang negatif amat ditegah dalam Bulan Ramadan.

Pengalaman

Teringat dahulu semasa Ito, berkerja ditapak bina. Berada di dalam hutan, terlibat dengan kerja-kerja pembinaan sebuah jambatan merentasi sungai di Sarawak, (kini jambatan terpanjang di Sarawak. (Cubalah Google). Keadaan hanya dikelilingi oleh habuk-habuk pasir dan keadaan panas. Berkerja di tapak, kasut safety sepasang sudah mencecah 1 kilogram. Cuba tanya si encik Tukang Karut dan Si Mr. Jepun :), berapa jumlah berat kasut safety yang meraka gunakan di tapak bina. Berjalan dari hujung ke hujung untuk menguruskan apa sahaja kerja-kerja berkaitan di tapak bina.

Terkadang tergoda dan teringin sahaja untuk meninggalkan puasa, namun itu kewajipan. Kewajipan yang hanya akan datang sekali dalam setahun. Tidak mungkin hanya kerana keadaan panas, penat, dahaga dan membawa tambahan berat yang hanya hampir 1kilo setengah sudah mengalah. Kewajipan berkerja mesti ditunai, apatah lagi kewajipan sebagai seorang muslim.

Tapi, apa yang hanya saya mampu fikirkan semasa keadaan pemikiran semakin meruncing hanyalah satu dan menjadi motivasi kerja dan menghadapi cabaran puasa ketika itu adalah Perang. Kenapa berperang?

Peperangan

Ya, peperangan di Zaman Nabi Muhammah s.a.w. Perang Badar. Perang umat islam yang berlaku dalam bulan Ramadan. Dengan membawa pedang yang berat, berada tepat di bawah sinaran matahari dan pasir kering yang panas. Umat Islam yang sama rasanya seperti kita berpuasa sekarang, mampu mengharungi peperangan tersebut.

Sememangnya, mereka berada dalam keadaan yang juga lapar,dahaga, penat dan letih. Ditambah pula dengan bilangan askar pihak musuh yang lebih banyak dari umat Islam yang berperang ketika itu. Namun, Nabi Muhammad s.a.w dan umat islam lain, berjaya dan memenangi peperangan tersebut.

Tanya pada diri, adakah perperangan perkara ringan dan perkara yang boleh dipandang enteng ketika menghadapinya?

Tapi, adakah Nabi Muhammad s.aw dan orang islam ketika itu meninggalkan syariat berpuasa walau seserius mana pun sebuah peperangan? Adakah mereka menjadikan alasan pedang yang berat dan panas untuk meninggalkan puasa?

Beza keadaan dan Situasi

Bezakan keadaan dan situasi kita sekarang, sejarah mengajar kepenatan dan kudrat untuk berperang bukan alasan untuk meninggalkan puasa. Sekarang, lebih lagi berada keadaan kita yang serba aman dan mungkin berkerja di dalam keadaan yang amat selesa. Adakah masih ada lagi, alasan yang diambil untuk menidakkan kewajipan berpuasa ramadhan?

Marilah bersama mengambil motivasi dan kekuatan daripada sejarah Perang Badar untuk meningkatkan motivasi diri ketika dalam menghadapi cabaran berpuasa. Mengawal bersungguh- sungguh, nafsu daripada menyebabkan kita mengalah kepada kehendaknya adalah juga sebuah peperangan.

Jauhi menjadikan penat berkerja seharian sebagai satu alasan untuk tidak berpuasa. Ambil iktibar daripada tauladan cerita peperangan Badar dan cuba sedaya upaya walaupun seberat mana perkerjaan tersebut.

Allah swt tidak menjadikan sesuatu kejadian hanya sebagai suatu kejadian, selain untuk memberi contoh kebaikkan dan tauladan didalamnya.

Salam dan selamat berkerja dan menunaikan Ibadah Puasa.

p/s : Hairan macam-macam penyakit timbul apabila tibanya bulan puasa di pejabat.

6 comments:

  1. slmt bpuasa..
    moga tersu istiqomah dlm bekerja

    tp betul la bila puasa ni mcm2 pyakit timbul.ni bl ngajar.lpas je 1jm ngajar knk2 istimewa..pergh, rs nk minum air je.tekak kering.hehehehe

    ReplyDelete
  2. errr... aku pakai selipar jepun je masa jaga site dulu...

    masa jaga site bulan puasa ni sangat sangat sangat la mecabar...

    dengan panasnya...
    Dengan dugaan mat mat indon bangla tak puasa...

    ReplyDelete
  3. @Titisan Hujan : Selamat berpuasa Cikgu :)

    @Nasriq : Hahahaha...biaq betul kaw!! ahahahaha...marahlah nanti si encik jepun tu~~~ :) Ko pakai selipar die....

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.