Tuesday, August 16, 2011

GOLDEN CHURN SAH TIDAK HALAL (JAKIM) | SEKIAN LAMANYA?

Salam dan selamat sejahtera

Isu Mentega Golden Churn Pure Creamery Butter yang tidak halal, telah pun disahkan oleh JAKIM.

Isu tidak halal mentega golden churn telah pun timbul apabila Jabatan Agama Islam Sarawak pada 19 Julai, menemui Asid Deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam produk mentega golden churn dan telah di sahkan oleh JKM.

Perbincangan pihak JAKIM, Kementerian Perdagangan dalam Negeri, koperasi dan kepenggunaan, Jabatan Agama Islam Sarawak, Jabatan Agama Islam Johor, Jabatan Kimia Malaysia, Bahagian keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan memutuskan produk keluaran syarikat ballantyne Food PTY, New Zealand tidak halal.


Syarikat tersebut telah dimaklumkan berkaitan isu goldern churn butter, produk keluaran mereka yang tidak halal dan telah bersetuju untuk menarik balik produk tersebut dari pasaran Malaysia.

Menurut JAKIM, bagi mengelakkan orang ramai keliru berkaitan dengan isu halal, bolehlanh melayari laman web www.islam.gov.my

[Sumber : Utusan Malaysia]

Isu halal mentega Goldern Churn Butter pertama sekalinya telah heboh dikatakan apabila Jabatan Agama Islam Sarawak telah mengesahkan penemuan pengunaan babi dalam produk tersebut.

Ito, setelah isu tidak halal produk tersebut berjaya di jejak dan disahkan, terus terlintas difikiran memang terdapat banyak dan ramai ditempat Ito (Sarawak), mengunakan mentega goldern churn untuk membuat sejenis kek. Anda tahu kek tersebut bukan?

Untuk pengetahuan, pengunaan golden churn yang dibungkus dengan tin yang berwarna keemasan sepena namanya telah sekian lama berada dalam pasaran. Kerana Ito sentiasa ingat akan gambar tong kayu sebagai gambar hiasan produk tersebut. Maksudnya, produk tersebut telah pun berada sekian lamanya digunakan oleh para pengunanya dan paling yang Ito tidak suka sebutkan ialah para pemakannya! =.=' Arghhhhh tidak~~~

Lebih menyakitkan hati ialah, sekian lama produk tersebut berlegar-legar di pasaran, kenapa sekarang diketahui statusnya? Aduh... pedih bila memikirkan yang ....(anda sambunglah sendiri ayat tu)

gambar : Antara produk mentega goldern churn

Terfikir pulak dengan pengusaha-pengusaha kek Sarawak. Ito sepasti mungkin, ada tempahan yang telah dibatalkan bukan. Tapi, isu berkaitan halal dan haram baik difikirkan dahulu sebelum dikira kerugiaannya. Pastinya, ada lagi produk mentega yang baik dan halal untuk meneruskan perniagaan.

Tapi bagaimana pula dengan perniagaan-perniagaan kedai lain yang mengeluarkan kek dan biskut? Ini yang sentiasa bermain sekarang difikiran. Adakah kita mengetahui status mentega yang mereka gunakan dalam penghasilan biskut dan kek tersebut? Risau, Risau, risau.

Adakah sama mengikut jejak si Goldern Churn The Non-Halal Butter? bertambah risau. Ini kerana, daripada pemerhatian kebanyakkan produk mentega datangnya dari luar negara dan sahihkah ke"halalan" mereka?

Sediakan payung sebelum DNA babi turun!

p/s : tak larat nak hujah panjang, bila teringat ...rasa nak muntah...tak pasal-pasal batal puasa... :(

6 comments:

  1. lorhh.. sekarang baru tahu kebenaran. kesian kat pengusaha macam kek lapis sarawak tuhh. ish3

    http://hafizilmi.blogspot.com/2011/08/isu-cik-anon-lagi.html

    ReplyDelete
  2. @Mr Right : Bukan pengusaha, sahaja....orang yang makan tu? hadoiii!!!!

    @TK : Muntah Golden Churn? hahaha

    ReplyDelete
  3. tak nak makan kek lapis sudah....:*~~~~~

    haruuuu

    ReplyDelete
  4. @Yutaka : Buat masa sekarang mungkin hold dulu kot, lagi pun banyak sudah kedai yang tidak menggunakan cream butter tersebut.

    ReplyDelete
  5. bahaya betul mende2 yg kita x sedar mcm ni (--")

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.