Tuesday, August 2, 2011

INI BUKAN PERUT LAPAR! INI HATI LAPAR! KATA RAKAN BUKAN MUSLIMKU

Bazaar Ramadhan, seperti biasa akan muncullah bazaar di seluruh Malaysia. Mungkin di seluruh dunia agaknya. Sama sahaja ditempat Ito.

Jadi bermulalah Operasi menjelajah Bazaar Ramadhan yang wow! Sudah Namanya bazaar mestilah satu yang besar dan grand. Kuih-Muih, lauk-pauk, dan macam-macamlah lagi yang ada.

Dari mata, tengok-tengok kuih muih, lauk-lauk, orang orang, opsss...puasa....
Dari hidung yang tercium pelbagai bau wangi yang mencabar minda dan perasaan untuk terus menerus membuka wallet yang duitnya ada ......hahaha...sendiri kiralah :)

Terus menjerumuskan diri dalam keadaan panorama sesak sebuah bazaar ramadhan. Tapi, apa yang baiknya kali ini, pergi ke bazaar bersama seorang insan bukan muslim. Rakan sekerja yang teringin bersama melihat bazaar tadi.

Sebaik tiba di tempat yang sememangnya mengoda dan daboom...

"kak, yang ini! kak, Yang Itu!"
"Dik! ambik ni! Dik, Tambah sikit yang itu!
"Abang, bagi yang sedap...kasi kaw ehhh"

Kawan mula berbunyi dan bertanya ringkas

Mr. M : Oitt, banyak~~~larat makan?

Ito : Nampak Sedap..belilah sikit-sikit.

Mr.M : Lama-lama jadi bukit ingat.

Ito : Er...Ok, ingat...

Selesai marathon membeli belah dengan gayanya dan mula menyusur pulang. Kemudian, si kawan bertanya

Mr. M : Puasa memang tak boleh makan siang hari untuk muslim eh?

Ito : Yap, memang mengikut suruhan dan ini wajib.

Mr. M : Memang Puasa untuk berlapar?

Ito : Tidaklah...banyak kebaikkan. Banyak pahala (menjawab ringkas). Lagi pun, dalam bulan ramadan, Syaitan yang selalu mengoda nafsu dah kena kurung. Jadi, Nafsu perlu di ajar untuk mendengar perintah (menerangkan dengan gaya seorang ustaz)

Mr. M : Oooo...bagus ye...

Diam seketika...( otak mula tertanya kenapa rakan mula bersuara, mungkin ingin tahu..)

Kereta terus menyusur terus ke jalan yang hampir menghampiri rumah, sambil mendengar lagu Tilu Diam-Diam dan ~~~

Mr. M : (Berkata semula) Tapi kenapa, nampak orang tadi beli banyak-banyak ehh...sampai jari tangan pun penuh dengan pelbagai juadah.

Ito : Ohhh...ramai kot warga rumah...mungkin nak cuba-cuba rasa kuih muih yang tak pernah mereka nampak....kot...(cuba berfikiran positif terhadap orang lain)

Mr. M : hurmm...tapi, kalau dah terlampau banyak tu, bukan perut yang lapar, itu hati yang lapar tu..hahaha (gelak kecil)

Ito : Errr...betullah kot (terasa macam batang hidung kena patuk.. :P).....adesssssss~~~~~


Moral Of The Story pada Ito

Sedangkan mereka bukan muslim boleh mentelaah perbuatan yang membeli terlalu banyak, mengikut kehendak adalah kerana angkara perasaan yang diracuni oleh nafsu yang tidak akan tunduk.

Apatah lagi kita yang diberi pendidikan Islam dari kecil hingga dewasa tentang nafsu. Berlapar setengah hari tetapi membeli bagaikan makanan untuk 5hari. Perbelanjaan untuk makan juga sehari juga sudah melebihi perbelanjaan hari-hari biasa. Tetapi, disebaliknya, kita disarankan untuk belajar berjimat di Bulan Baik ini.

Jadi? adakah puasa kita adalah pada landasan betul? Atau, berpuasa hanya mendapat mendapat lapar dan dahaga tanpa apa-apa keuntungan?

Sama-sama kita fikirkan. Salam :)

p/s : Betul-betul terasa hingga ke benak sanubari! Argghhhh...dushhh!!!

12 comments:

  1. hoho... aku belanja tak lebih 5 ringgit tuk ke bazar... kalau bawak lebih, memang nahas la...

    ReplyDelete
  2. Hahahaha...itulah pasal tu, macam2 ada kt bazaar tu...hadoiiii~~~

    ReplyDelete
  3. heehehe.. bila lapar suma nak, bila dh berbuka, ckit jer mkn.. nafsu lapar..

    ReplyDelete
  4. @Eva : Hahahaha...semua jadik sedap...nafsu makan membuak2...dan kenyang...hadoi....pandang pun tak hinggin :)

    ReplyDelete
  5. taim lapar klo boleh sume nak beli.klo jln mase kenyang xdenye nak beli mcm2.hu3

    ReplyDelete
  6. mehh,lana bagi dusshhh lagi..

    wachaaaa!! dushhh! dusshhh! iyarkhhhh! haahahahahah. Eh, terlebih sudah..tak pasal2..pengsan 3 hari abgtaliff,hek3. TK tipu tuh..tak caya ah 5 hengget je,haahahaha

    ~~ salu bertanya pd diri sndiri..kenapa eh,buln posa..juadah2 tu bukn sedap pun,tgk rupa pun leh pengsan (ok, melampau..gasak je lah,ahahaha).. tapi.. kita msti beli jugak. Memg ia berkait dgn nafsu bla bla bla mcm yg salu kita dgr..tp takda yg nak kaji dri sudut saintifik ke abgtaliff..

    jawab, jgn tak jawab..kalau tak..wachaaaa! hahahahah

    ReplyDelete
  7. @aleen aiden : betul tu

    @Lana : dah pengsan cmner nak jawab nih...hahahaha....

    sudut saintifik senang je : perut dh lapar....hhahhaah...hah apa lagi..melantaklah

    ReplyDelete
  8. hati lapar eh...terbaek bro. gua mmg stuju ngn kata2 ko nieyh...bila nafsu menguasai diri...lupa segalanya

    ReplyDelete
  9. @Mr Ej : Hehehehe...thank You :)

    ReplyDelete
  10. kene standby duit sikit la baru tak beli banyak..
    bile lapar tu macam2 nak..

    ReplyDelete
  11. "ramai yang berpuasa di bulan ramadhan, tetapi sebenarnya puasanya hanya mendapat lapar dan dahaga"..

    sekarang ni non muslim pun bebas untuk tanya itu ini tentang apa yang kita buat terutama dalam aspek ibadat..

    dia tegur untuk kebaikkan tu, bukan senang nak dapat kawan non muslim macam dia

    ReplyDelete
  12. @Ezay Hadry : Betul tu, kawal perbelanjaan kita..hahaha..tips nya..bawak 5 hingget je dalam poket time2 pergi bazaar nih..huhuhu

    @sabree hussin : yap, dia tegur sebab heran dengan perbuatan pelik yang hanya menurut nafsu lapar tadi...anyway thank you for the advise :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.