Sunday, August 7, 2011

KHASIAT KURMA

Khasiat Kurma? Apakah memakan kurma dikalangan kita hanya akan berlaku apabila menjelangnya ramadan sahaja. Seolah-olah satu buah kurma sangat sinonim kepada tibanya ramadan. Terlihatlah kita akan ada bungkusan yang menjual buah tersebut sama ada dibazaar ramadan mahupun di pasar raya.

Kurma | Gambar : Google
Dalam resepi masakan, resepi masakan kurma juga amat popular. Mungkin kerana rasa manis dan rasa yang sesuai dalam penyediaan rasa masakan tersebut.

Pernah kita terfikir kenapa kita memakan kurma pada bulan ramadan? Namun, apakah khasiat kurma yang diberikan kepada tubuh badan?


KURMA

Kurma adalah sejenis tumbuhan (palma) yang berbuah dan boleh dimakan. Kurma mempunyai berpuluh-puluh jenis yang kebanyakannya tumbuh di negara Arab. Kurma mempunyai rasa yang manis, tahan dan tidak perlu dimasak. Kurma juga merupakan makanan utama orang arab dan merupakan makanan Nabi Muhammad s.a.w.


KURMA DI AL-QURAN, HADITH DAN
SEJARAH ISLAM

Terdapat sehingga 21 ayat didalam al-quran dan 263 ayat hadith yang menyebut tentang khasiat kurma.

Antara contohnya seperti difirmankan oleh Allah swt dalam surah Al-mukminah ayat-19 yang bermaksud;

"kemudian kami tumbuhkan kerananya kebuh kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu akan memperoleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan".

Sejarah khasiat kurma, Maryam as telah dibantu oleh Allah swt ketika hendak melahirkan Nabi Isa a.s seperti dalam firman-Nya dalam surah maryam ayat 25 dan 26 yang bermaksud ;

"...dan gegarkan ke arahmu batang kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yangh masak. Maka makan dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan"


KANDUNGAN KURMA

Kurma mengandungi protein 1.8% - 2.0% protein, serat 2.0-4.0%, 50-57% glukosa (gula)


KHASIAT KURMA KEPADA KESIHATAN

Dengan tersebutnya kurma di dalam Al-Quran dan hadith disamping penggunaan buah tersebut. Tidak dapat dinafikan kurma sememangnya adalah buah yang istimewa. Justeru, sememangnya khasiat dan kelebihan kurma adalah banyak. Khasiat dengan memakan kurma seperti ;


1. Pembekal Tenaga Segera

Seperti peratusan zat yang seperti pecahan di atas, kandungan terbesar buah kurma adalah gula glukasa yang mempunyai fungsi untuk membekalkan tenaga kepada badan. Glukosa, adalah satu gula yang diserap terus oleh badan.

Oleh kerana itu, kurma amat digalakkan oleh Nabi Muhammad s.a.w untuk berbuka puasa. Khasiat Kurma, ia membekal tenaga secara serta merta untuk mengantikan tenaga yang amat diperlukan oleh badan setelah berpuasa dan membantu kita dalam menjalankan ibadat dalam bulan ramadan.


2. Kandungan Serat dan Pottasium

Kurma di makan secara terus tanpa membuang kulitnya. Kulit kurma mempunyai serat untuk mencegah kanser usus kerana ia berfungsi untuk melawas. Sistem saraf tubuh badan memerlukan pottasium dan kurma mempunyai kandungan tersebut seperti yang diperlukan oleh tubuh. Pengambilan pottasium yang banyak tidak akan meninggalkan toksik dalam badan.


3. Menguatkan Ingatan

Ramai yang beranggapan kismis adalah makan terbaik untuk menuatkan ingatan. Kurma sebenarnya setanding khasiatnya dalam membentuk ingatan yang baik.

Kurma juga, membantu dalam proses tumbesaran kanak-kanak, justeru ia dapat membantu dalam meningkatkan daya ingatan. Kurma yang mengandungi zat besi dan kalsium membantu dalam tumbesaran tulang dan darah kanak-kanak.


4. Kebaikkan untuk Ibu mengandung

Seperti firman Allah swt dalam surah maryam, Maryam as telah diarahkan oleh Allah swt melalui Jibril untuk makan buah kurma ketika hendak melahirkan Nabi Isa as. Daripada sejarah tersebut, ia telah membuntikan bahawa kandungan dan zat kurma sebenarnya dapat membantu wanita hamil apabila melahirkan anak.

Jus kurma membantu dalam mencengkaman rahim semasa proses kelahiran dan menguatkan urat-urat di saat akhir kehamilan. Unsur zat besi dan kalsium dalam kurma, membantu dalam pembentukan kandungan susu para ibu.


5. Kurma Mengurangkan Risiko penyakit Strok

Kurama yang diambil 5biji sehari dapat menguratkan 40 % risiko penyakit strok. Kandungan kalium dalam kurma membantu dalam meredahkan tekanan darah dan membekalkan tenaga untuk mencegah strok secara langsung.

Kurma yang mempunyai kandungan salisilat atau aspirin semulajadi yang tinggi. Ianya membantu dalam rawatan pencegahan daripada kesan penyakit. Kurma juga amat membantu dalam mencegah penyakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis, mengurangkan kesan amenia dan pucat tubuh badan.


Itulah antara serba sedikit khasiat kurma dan kelebihannya. Sunnah Rasulallah s.a.w, untuk kita mengambil kurma ketika bersahur dan berbuka di bulan Ramadan, adalah sangat bertepatan kerana ianya membantu dalam memberikan tenaga bagi menjalankan ibadah selepas berpuasa.

Tapi, khasiat kurma bukan sekadar memberikan tenaga sahaja. Ia juga mempunyai keistimewaan lain dan khasiat yang sangat baik kepada tubuh badan. Justeru, jadikan kurma untuk menjadi makanan penambah kesihatan dan bukan hanya mengingat kurma tatkala di bulan Ramadan sahaja.

sumber penulisan : FaizalRiduan.com (kenapa kurma?)

p/s : Nak pergi beli kurma yang selalu di iklankan di televisyen tu :)

5 comments:

  1. Kte ske kurma, yayyy! Ahaha, terliur la plak ;P

    ReplyDelete
  2. alamak... kurma aku dah abis la pulak!

    ReplyDelete
  3. nk mkn kurma sekarang jugak ! :D

    ReplyDelete
  4. Ye la..kang bukak puasa ti, makan sekotak kurma..eh, larat ke?hak3.

    alah..tapi..susah nk msuk lam mulut,huk3. Tapi, kenapa kurma asyik dikaitkan dengan bulan posa je..napa tak jadik makanan rutin eh..hurmm..

    ~abgtaliff nk pi beli yg mana?yusuf taiyob tu ke?hehehe

    ReplyDelete
  5. @Nurnajwa : Jom makan murma sekotak! hehehe

    @Tukang Karut : Hahahah..pergi beli cepat

    @Alif Haris : Jangan time puasa makan sudah...hehehe

    @Lana : Betul kan, asyikbulan puasa saja...yap..pergi beli Yusof Tayoob... :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.