Monday, August 8, 2011

(VIDEO GOL)KEPUTUSAN PERLAWANAN MAN UTD VS MAN CITY | PIALA KOMUNITI

Keputusan perlawanan antara Manchester United (Man Utd) vs Manchester City (Man City) berkesudahan dengan 3-2, dalam Piala Komuniti yang dilangsungkan pada 8 Ogos 2011, untuk pembukaan liga perdana english musim 2011/2012 di Stadium Wembley.

Dalam perlawanan Man utd vs Man city, piala komuniti 2011, The Red Devils telah dikejutkan dengan gol awal daripada tandukan pemain pertahanan Man City, J. Lescott bermula daripada hantaran David Silva.

Selang 7 minit kemudian, Sekali lagi, Man Utd dikejutkan dengan gol dari jarak jauh dengan rembatan kencang E. Dzeko yang menewaskan penjaga gol baru dan berprofile tinggi, David De Gea.


Namun, pada babak kedua, Manchester united telah membuat beberapa pertukaran pemain dan ianya ternyata berhasil. Keputusan Sir Alex, memasukan Jonny Evans, Phil Jones dan Tom Cleverly telah berjaya mengubah rentak permainan. Walaupun telah ketinggalan 2 gol, pemain manchester united terus menunjukan permainan yang baik dengan melancarkan serangan yang bertali arus ke arah pintu gol Manchester City.

Gol pertama manchester united muncul pada separuh masa kedua apabila Chris Smalling menyambut hantaran volley daripada hantaran cantik Ashley Young.

Nani menyudahkan satu gol berpasukan yang cantik. Gol itu, terhasil daripada rangkaian hantaran pendek dalam kotak penalti antara Rooney, Cleverly dan Nani Sendiri.

Pada masa tambahan, perlawanan antara Man Utd dan Man City seolah-olah akan ditentukan dengan sepakan penalti, Namun pemain terbaik perlawanan, Nani Muncul Wira United apabila berjaya melepasi pertahanan Man City, Vincent Kompany dan memperdayakan penjaga Gol lawan untuk menyumbat gol ketiga United.

Statistik dalam perlawanan Man Utd vs Man City tersebut, Manchester United telah menguasai 56% perlawanan dan mendapatkan 21 percubaan berbanding Manchester City hanya 8.

Penjaring gol dan minit gol perlawanan
Manchester City vs Manchester United

Minit 38 - Gol Tandukan Joleon Lescott (Man City)
Minit 45 - Gol Rembatan Eric Dzeko (Man City)

Minit 52 - Gol sentuhan Chris Smalling (Man United)
Minit 57 - Gol Nani daripada hantaran pendek pasukan (Man United)
Minit 90 + 4 - Gol Nani setelah mengalahkan Pertahanan dan memperdaya penjaga gol (Man united)


Keputusan penuh Perlawanan Manchester United vs Manchester City
Community Shield 2011 | 8 Ogos 2011

Manchester United vs Manchester City [ 3 -2 ]

Video Highlight Gol perlawanan antara
Manchester United vs Manchester City
8/8/2011, Piala Komuniti 2011


p/s : Glory Glory Man Utd! :P Semboyan Telah Berbunyi.....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda.