Saturday, September 17, 2011

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI | PUNCA GEMENTAR

Pernah merasa, melalui atau berpengalaman untuk bercakap dikhalayak ramai atau Public Speaking? Pastinya ada segelintir yang akan berasa gembira untuk berhadapan ramai dan memberi pendapat.

Tapi kebanyakkan akan berasa kurang selesa atau gementar untuk berdiri dihadapan, menjadi tumpuan setiap mata dan memberi cadangan, pendapat dan pengalaman.

Gementar adalah Perasaan Lumrah tapi dapat di atasi | Gambar : Google

Perasaan gementar sememangnya akan hadir kepada setiap orang yang menjadi tumpuan. Dalam mesyuarat mahupun majlis-majlis keramaian.

Sehinggakan ada yang akan bergegar suara apabila terpaksa memberi ucapan, ada yang akan mengucapkan perkara yang sama dan berulang dan ada juga yang akan tunduk sambil bercakap. Paling kritikal akan kehilangan sepenuhnya idea untuk bercakap seterusnya diam membisu.

Audience atau penonton dalam sesi ceramah, dialog, mesyuarat dan seumpanya hadir dalam satu-satu sesi sebenarnya teruja dan ingin mengetahui pendapat orang lain terhadap sesuatu perkara. Ada yang datang ingin mendapat tahu, adakah pendapat mereka dengan pendapat mereka yang lain ada persamaan mahupun perbezaan. Ada yang datang kerana perasaan ingin tahu kepada sesuatu perkara.


Jadi, adakah kita, jika terpilih untuk menjadi peserta dialog atau ceramah akan membiarkan audience/penonton yang datang pulang dengan perasaan kecewa. Tapi apakah punca perasaan gementar yang datang dalam sesi bercakap dikhalayak ramai atau Public Speaking.

Beberapa Punca Gementar untuk Berucap di Khalayak ;

1. Malu
2. Takut akan pendapat tidak disokong
3. Tidak Biasa dengan keadaan berdiri dihadapan ramai
4. Tiada Keyakinan diri
5. Tidak menpunyai idea/ pandangan dengan tajuk pembincangan
6. Terpaksa!

Justeru, dengan mengetahui punca gementar bagi menghadapi sesi bercakap dikhalayak ramai tersebut, insya-allah ianya akan serba sedikit membantu dalam membina keyakinan dan melancarkan kita dalam memberi pandangan dan pendapat seterusnya memberi manfaat kepada para pendengar.

Dalam menyampaikan sesuatu, membawa bersama para penonton kepada objektif utama ucapan kita adalah satu perkara yang amat penting. Justeru, cuba tanamkan keyakinan untuk memberi yang terbaik kepada penonton atau pendengar apa yang mahu kita sampaikan. Nescaya, ianya akan dapat mengurangkan perasaan gementar dalam diri. 

p/s : Terkadang kaki pun boleh bergetar-getar ketika berucap. :)

Soalan : Adakah anda punyai Tips atau cara tersendiri untuk mengurangkan gementar dalam diri? Tinggalkan dalam ruangan komen untuk perkongsian dan manfaat bersama.

11 comments:

  1. hmm..dh tbiasa dgn audiens
    jd xda sgt la gementar tu cuma2 awal2 je.


    yg penting kna yakin dan senyum

    ReplyDelete
  2. ermmm... aku paling tak suka berucap... tapi dah kerja aku cam ni, nak tak nak kena la berucap...

    ReplyDelete
  3. memag neves giler.. bkn masa nak berucap, masa nk wat presentation asgmnt.. huhu.. suara pon bergetar.. xtau caner nak elak,, brapa kali present pon cmtu jugak..:P

    ReplyDelete
  4. Nice entri taliff,, :). Sy la tu gmentar ble ckp cpn org rmai. Tp trpkse wt2 x gmentar,, cover2. hehe

    ReplyDelete
  5. kalau pertama kali sure gementar..lama-lama dah Ok. Tapi preparation kena buat walau pun u dah terer...
    Lagi satu kalau persentation kau tu penuh pembohongan data..sure gementar..nak tipu ..kekekeke

    ReplyDelete
  6. emm..den pulak....haaa..aku malas nak desribe....taliff dah kenal dan masak dgn den...woohaaaa....

    boleh komen gitu???

    ReplyDelete
  7. kurang idea & isi..sbb tu gementar..kalo da prepare bagai..InsyaAllah ok~ =)

    ReplyDelete
  8. selalunya aku kalo kat belakang pentas ada banyak benda nak cakap... naik je pentas... padam semua... satu habok pon tak ingat... haha sedihhh

    ReplyDelete
  9. huhu... x mau berucap dpn org ramai lg... neves gila.. =.=

    ReplyDelete
  10. Saya memang paling tak suka berucap dpn org ramai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya Mula-mula pun tidak suka, tapi hanya menerima cabaran. Terima juga untuk melaksanakannya.

      Delete

Terima kasih atas komen anda.