Monday, September 12, 2011

DENGAR LAGU JEPUN, HENTAM JE LABU!

Siapa yang tak suka dengar lagu? Siapa yang tak minat langsung dengar lagu atau musik? Ada tak spesis pupus macam ini dimuka bumi? Rasanya setiap hari kita masih bernafas, akan terdengarlah alunan musik-musik.

Sama ada lagu yang kita dengar dari corong radio pagi-pagi ketika sedang membawa kereta, lagu yang kita dengar tengah hari buta ketika melintasnya sebuah kereta yang selalu ITO dan rakan katakan sebagai "menjual kaset bergerak".

Mana tidaknya sebelumnya ada sebatu lagi sampainya kereta di tempat kejadian sudah terdengar bunyi lagu yang sangat kuat. Marketing strategi yang baik! :)

Ataupun kita mendengar lagu dari suara jiran tetangga yang melalak berkaraoke sampai ke malam? Tidak sedar sekelilingnya manusia yang inginkan ketenangan ketika kepenatan. Tidak apalah, mungkin hendak "test power" masuk Akademi yang tidak Fantasia sangat. Sabar pilihan terakhir. Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya.

Tapi, apa yang ITO sebenarnya baru terperasan, ketika sedang enak ber"packing" pakaian (untuk travelling lagi) sambil mendengar lagu yang disimpan dalam PC kesayangan. Asyik - asyik tangan mencari tetikus untuk mendengar lagu JEPUN.  Selesai satu lagu, dengar lagi lagu jepun yang lain. Adakah kerana terkena simptom kejepunan si MAT JEPUN ? hahaha

Walaupun tidak sepatah haram perkataan melainkan "Mirai'e(Future)" dan beberapa perkataan lain ITO faham, terus asyik dilayan irama musik jepun dan bahasanya. Best sangatkah lagu jepun ? Best sangat ke bahasa Jepun? Apakah beza sebenar lagu jepun daripada lagu melayu terutamanya dan lagu bahasa-bahasa lain?

Sejak mengenali anime di bangku universiti, semenjak itu ITO mengemari lagu-lagu jepun yang dimainkan sebagai soundtrack. Ada sahaja resepi lagu dan irama yang membuatkan telinga dan hati mengemari lagu negara matahari terbit itu.

Lagu Si Gaban pun ITO masih lagi ingat sampai sekarang! adeh!

Wakatau Wakatau Gaban!! 

p/s : menaip sambil dengar lagu jepun. Lagu Gundam, tapi langsung tidak memahami maksudnya. Hentam Jelah labu

8 comments:

  1. hhahah...seb bek aku tak boh lirik lagu jepun dalam belog aku....silap2 takder saper yang paham...:)

    ReplyDelete
  2. mat jepun tu perasan je jepun... padahal makan budu ngan sambal belacam macam makan ayam goreng je...

    ReplyDelete
  3. aku tak makan budy lah weh..TK...belacan pun dah terpaksa dikurangkan.....hehehhe

    :)

    ReplyDelete
  4. haha.. aku minat ayumi hamasaki...

    ReplyDelete
  5. kalau lagu jepun diorang tau mcm mana nak cipta muzik yg betul2 best dan ada maksud yg tertentu.aq minat lagu jgak especially group AKB48-River.lagu 2 psal smeangat yg mengalir x henti2 mcm sungai.bukan mcm lagu korea.penuh ngan lagu cinta je.... pening:p

    ReplyDelete
  6. kalau lagu jepun diorang tau mcm mana nak cipta muzik yg betul2 best dan ada maksud yg tertentu.aq minat lagu jgak especially group AKB48-River.lagu 2 psal smeangat yg mengalir x henti2 mcm sungai.bukan mcm lagu korea.penuh ngan lagu cinta je.... pening:p

    ReplyDelete
  7. aku nak tahu,lagu jepun ni ade campur owg puteh ckit...ape tajuknye ye..penyanyinye pompuan..camni lgunye...
    sa i to mo,ki sua taba,ko no emoi na iteru ogame,nai teru ma na aaaa...
    ana tada na i teru ungga,ana tada ungkara,nai teru mana a,omo teru,na aaaaa...
    yeahhhh...you are always gonna be myheart in su gaaa.......
    hihi...yang slanjutnye aku dah lupe...ni pon main entam je nyanyi,,

    ReplyDelete
  8. huhuhu....tak boleh terfikir pulak...lagu apa tu eh...tapi saya ada 1 cara. cuba taip lirik tu dekat google then tengok apa result...mana tau dpt carik...gud luck

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.