Friday, September 9, 2011

RAMADAN MENGAJAR NAFSU, SYAWAL MENGAJAR?

Salam dan selamat sejahtera

Agak-agaknya "Mood Raya" mungkin masih bergantung dalam sanubari masing-masing. Tidak ada? Kalau tidak kenapa masih ramai lagi yang menyebut raya sebulan, masih terdapat acara-acara open house, beramah ramah aidilfitri dan macam-macam lagi acara simbolik yang berkait rapat dengan hari raya.

Mungkin agak-agaknya setelah berpuasa ramadan dilakukan selama sebulan , menahan diri dari dahaga, lapar, mengurangkan segala macam permintaaan nafsu, dan perayaan Aidilfitri juga mesti dilakukan dalam masa sebulan?

ITO terlintas fikir satu perkara yang sebenarnya amat merungsingkan. Apabila berbalik kepada faedah dan pengajaran yang dibawa oleh bulan ramadan kepada umat manusia. Ramadan mengajar setiap individu atau personal bagi mendidik nafsu daripada apa sahaja perkara yang membatalkan dan menjauhi amalan "setan".

Bermula daripada menahan diri daripada makan, minum dan  juga termasuk mengalah tingkah laku yang membazir dan tidak langsung bermanfaat. Disini, ITO fokuskan kepada berbelanja. Terlalu berbelanja mengikut perasaan juga dikatakan mengikut nafsu bukan?

Namun, apa yang agak tidak betul pada pandangan ITO, pernah tersiar dimuka depan satu surat khabar dengan tajuk yang agak-agaki berbunyi "BERHUTANG UNTUK BERAYA". Adakah amalan berpuasa yang mengajar sifat kesederhaan dan bersyukur dengan apa yang ada, tidak boleh dilakukan dalam menyambut Syawal, mahupun bulan-bulan yang lain?

Raya sakan? Raya selama sebulan? Open House besar-besaran? Apakah sambutan raya yang dilakukan selama beberapa hari masih tidak cukup lagi memuaskan hati untuk beraya? Terus terang ITO katakan, ini kini menjadi satu trend yang sebenarnya amat membazir.Trend yang menjadi ikutan dari satu sudut ke sudut yang lain.

Dari satu sudut, yang positifnya beramah mesra mengumpul sanak saudara adalah amalan baik untuk mengeratkan silatulrahim, namun adakah sudut berbelanja hanya untuk berkumpul, berbelanja besar, beraya sebulan-bulan dianggap positif apabila ianya hanya membazirkan? Sehinggakan yang terikut-ikut trend ada sanggup yang berhutang.

Takbir raya di Masjid juga tidak dilakukan selama sebulan.

Ramadan mengajar tentang bersederhana, membuat amalan, menjauhi amalan yang tidak baik. Tapi janganlah amalan itu hanya dilakukan sebulan dan sebaik habisnya Puasa tiada apa pengertiaan dan pengajaran yang dibawa. Amat memenatkan dan merugikan.

Ramadan mengajar mengawal nafsu, Syawal pelajari pengajaran daripada Ramadan.

Salam.

p/s : Pengajaran untuk diri sendiri. Bersederhana.


3 comments:

  1. Ye ke? Aku rasa setan dah menari keriangan la sekarang ni di bulan syawal...

    ReplyDelete
  2. setan da kembali bergambung dengan kroninya, 'setan berupa manusia'..sbb tu jadi mcm tu~

    ReplyDelete
  3. syawal mengajar 'makan selagi ada ruang di perut'....

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.