Friday, September 16, 2011

SELAMAT HARI MALAYSIA | FIKIRAN DIJAJAH BUKAN PENJAJAH?

16 September 2011, Menyaksikan satu lagi tambahan hari cuti dalam kalender Malaysia (Bagi yang suka cuti) atau menyaksikan tertubuhnya Malaysia dengan penyatuan Tanah Malaya, Sabah dan Sarawak secara sejarahnya. Merdeka pada bulan Ogos, menyaksikan penjajah British yang pada ketika itu menyerahkan pentadbiran sebuah negara kepada penduduk negara itu sendiri.

PENDIRIAN DAN SI LEMBU

Namun, setelah setengah abad dalam kemerdekaan dan memiliki tanah yang diperintah sendiri, tidak dijajah dengan mana-mana kuasa lain, adakah kita sanggup melihat negara sendiri, digegarkan dan musnah binasa oleh diri sendiri? Membuka apa saja pekung di dada kepada pihak yang akan sentiasa mengambil kesempatan dalam kesempitan?

Sekarang, lihat sendiri, pendirian peribadi terutamanya, menjadi satu senjata permainan untuk menganggu pemikiran-pemikiran yang lain. Syukur, jika seseorang masih mampu untuk menilai tahap kebenaran atau sahih satu pandangan. Tidak cepat melenting dan membuat keputusan. Apa pula kisahnya, jika hanya kepada yang angguk angguk, geleng geleng. Atau paling "sopan", seperti lembu ditarik tali yang terikat dihidungnya. Bila dilabelkan LEMBU, melenting marah.

Tarik hulu, hulu perginya, tarik hilir, hilir perginya. Mengiyakan sahaja kata tuan pengembala yang membawanya. Nasib sahaja lembu tidak mampu berfikir, tiada anugerah akal. Kalau ada, pastinya Si Lembu akan mengatakan yang tuannya akan sentiasa yang terbaik dan terpuji. Sudah namanya akal si lembu, fikirkan sendiri jauh mana perginya.


KEPUTUSAN

Dengan itu, buatlah keputusan dengan bijak dan waspada. Buat keputusan bukan dengan "hidung yang ditarik " kerana ia akan memberatkan keputusan. Jika ditarik hidungnya, itu bukan membuat keputusan, itu hanya menyokong kata-kata dan perbuatan.

Kebanyakkan yang mengatakan mereka telah membuat pilihan dan keputusan kepada pilihan mereka. Tapi yang sebenarnya mereka hanya membuat keputusan kerana satu pengaruh dan hanya satu pilihan atau paling penting atas kepentingan sendiri.

Setengah abad Malaysia terlepas dari perintah jajahan dan tidak lagi ditarik hidung oleh orang luar.Sedihnya masih ada yang memuja-muja "orang luar" , memutar sejarah dan masih adakah yang membenarkan pemikiran itu?

Tepuk dada, tanya selera dan tanya akal...masihkan kita dijajah?

p/s : Pening dengan pandangan mereka yang pening...SELAMAT HARI MALAYSIA semua.

2 comments:

  1. nampaknya masih ada yg belum bebas dari penjajah..penjajah minda~ goyah..

    mereka2 itu perlu tepuk dada tanya minda~

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.