Tuesday, September 13, 2011

TERIMA DAN HADAPI CABARAN | KERANA IA BEGITU BERHARGA

Perkara yang sememangnya penting untuk terus berganjak maju. Meningkatkan keupayaan, kematangan diri dan kejayaan peribadi adalah dengan menerima cabaran baru. Tanpa berani untuk menerima sebarang cabaran, agak sukar untuk terus melangkah meninggalkan takuk lama pencapaian kendiri.

Takuk lama pencapaian jika terlalu diduduki akan memberikan satu perasaan selesa. Perasaan selesa yang memungkinkan langkah maju kehadapan bertambah berat. Berada dalam zon selesa mungkin memberi hanya sedikit ruang kemajuan.

Hadapi Dengan Sabar | Gambar : Google


HADAPI CABARAN

Sememangnya agak sukar untuk menghadapi cabaran-cabaran. Cabaran amat memeningkan, memberi tekanan ,memenatkan fizikan dan mental. Terutamanya cabaran baru yang tidak diketahui risiko sebenar dan kesannya. Justeru dengan mengetahui kesannya, membantutkan perasaan untuk mencuba dan apatah lagi menghadapinya.

Sebenarnya dengan menghadapi cabaran, ia akan memberikan pengalaman baru dalam menguruskan sesuatu perkara atau masalah. Ia umpama satu pakej yang sedia untuk dibuka dan dapatkan kandungan nya. Hadapi cabaran keranaia  akan lebih mematangkan cara peribadi dalam membuat keputusan, memberi cadangan, berfikiran kritikal dan memahami risiko dengan lebih baik kesan daripadanya.

Saya sendiri,  pernah terdengar satu ucapan yang mengatakan "Jika takut membuat keputusan, bagaimana harus kita maju dan seterusnya mencapai kejayaan dalam diri?" Ilhamnya, takutnya kita membuat keputusan adalah punca daripada kurangnya pengetahuan atau pengalaman tentang sesuatu perkara. Tapi, jika terus takut untuk menghadapi cabaran, bagaimana untuk menimba pengalaman dan mempelajari sesuatu yang baru?

GURU TERBAIK

Selalunya kita bangga melihat seseorang yang tampak yakin, mampu memberikan cadangan, pandangan kreatif, mampan dan mampu menyelesaikan masalah. Kepandaian dan ilmu yang mereka ada, pastinya tidak didapati begitu sahaja tanpa menerima dan menghadapi sesuatu perkara dan cabarannya. 

Pengalaman adalah guru terbaik setiap manusia bukan? Pengalaman mengajar seribu satu perkara dan memberi pelajaran yang terbaik dalam apa juga situasi dan cabaran yang dihadapi. Bersyukur dengan cabaran dan kepayahan yang dihadapai kerana ianya memberikan pengalaman yang amat tidak ternilai harganya.

Hadapilah cabaran yang datang. Sama ada datang atas pilihan sendiri atau atas arahan, positifkan diri untuk berhadapan dengannya.  Pasti akan ada pengajaran dan pelajaran baru yang bakal menjadi aset dalam berjaya dalam kehidupan. Insya-allah dan selamat berjaya.

p/s : Segala tindakan ada risiko dan kesannya. Fikirkan yang terbaik untuk diri sendiri.

Soalan : Adakah anda Berani menghadapi Cabaran? atau hanya mengelaknya? Ingin berkongsi, tulis dalam ruangan komen.

4 comments:

  1. cabaran diperlukan bila berada di zon selesa!

    ReplyDelete
  2. da beberapa kali challenge diri.dulu blaja amek course english lit, tp sekali kije lam bidang banking..xyakin ngn diri tp cuba sahut cabaran..tonggang tebalik nak adapt..pastu g pulak bidang hr..huru hara jadinya..tp bila toleh balik ke belakang, mmg sgt puas hati bile berjaya harungi sume tu..kita xkan tahu selagi x cuba..walopun utk mulakan agak ragu2..harus berani!~ ^^

    ReplyDelete
  3. @Nasriq : hahahah..BEtul tu.....Perlukan cabaran untuk kehadapan

    @Sal Ijou : Yap, kalau tak berani susah nak berjaya

    ReplyDelete
  4. Sy seorang yg tdk berani utk mnrima cabaran..bgaimana utk mengatasinya?

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.