Tuesday, September 27, 2011

VOKASIONAL, SECOND CLASS ?

Pendidikan vokasional untuk anak-anak pelajar, masih adakah yang menganggapnya sebagai "Second Class" sekarang? Masihkah ada pendapat yang mengatakan pelajar vokasional adalah orang yang datang dari kalangan yang bermasalah, malas belajar dan tidak boleh berjaya?

Tetapi, hakikatnya sekarang semua tanggapan-tanggapan begini adalah melencong dan mungkin sudah ketinggalan zaman.

Kemahiran Vokasional | Gambar : Google

Jika sesebuah negara ingin menjadi negara maju dan berjaya, ia amat memerlukan tenaga-tenaga yang mempunyai kemahiran, sama ada separuh mahir dan mahir.


TENAGA MAHIR

Dengan industri yang kian membangun dalam teknologi, tenaga mahir adalah amat diperlukan, sebagai contoh dalam mengendalikan mesin-mesin industri berteknologi tinggi. Tenaga mahir juga seperti mekanik amat diperlukan untuk membaiki mesin-mesin tersebut.

Justeru, jika kita hanya memerlukan tenaga yang datang dari luar untuk mengendali dan menguruskan peralatan tersebut, bermakna kita sendiri telah ketinggalan dalam penghasilan dan mendapatkan kemahiran tersebut.

CITA-CITA, USAHA & KAYA!

Saya sendiri telah menjadi panel dalam satu sesi dialog jemputan pihak Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) (Seminar & Pameran Outreach Pendidikan Vokasional Zon Sarawak, 2011) bersama guru-guru besar Sekolah Menengah Seluruh Sarawak, telah berkenalan dengan Tuan Hj. Bairuddin(PPKS) dan Rahim Mansor (usahawan) yang saya sendiri kagum dengan usaha, pandangan dan cita-cita mereka terhadap pelajar teknikal terutamanya vokasional.

Hanya berpendidikan vokasional, tetapi Tuan Hj. menunjukkan semangat yang tidak pernah luntur untuk terus belajar dan telah memiliki ijazah dan masih terus belajar. Tidak berundur hanya kerana faktor usia. Manakala saudara Rahim Mansor walaupun hanya berpendidikan MLVK, namun tidak juga pernah mengalah hanya kerana beliau berpendidikan Vokasional! Bermula daripada menjadi mekanik dan sekarang telah mempunyai perusahaan sendiri dan kian berkembang.

Mereka tidak pernah mengatakan pelajar vokasional adalah orang yang tidak berjaya. Mereka semua adalah manusia yang "BERPOTENSI" dan hanya perlu digilap untuk menyerlahkan keupayaan mereka. Berikan mereka peluang dan mereka akan tunjukkan. Disinilah pentingnya pendidikan vokasional untuk mengilap bakat dan potensi mereka.

KERJAYA & "SECOND CLASS" ?

Kini, bukan hanya mendapatkan straight "A" dalam kelas akan memungkinkan kita mendapatkan pekerjaan. Daya saing, pengalaman dan kemahiran adalah faktor utama dalam membuatkan diri lebih berdaya saing atau kompetitif.

Tenaga mahir yang memberi sumbangan sebagai pemangkin pembangunan, masih adakah dianggap sebagai Second Class? Tanpa tenaga dan modal tersebut, dapatkan negara membina asas menjadi negara sebuah negara yang berdaya saing dan maju?

Cemerlang dalam kelas tidak 100% menjamin cemerlang dalam Pekerjaan.

p/s : Rezeki ada dimana-mana, tinggal macam mana cara kita untuk mengambilnya.

6 comments:

  1. sebab apa? sebab malaysia punya sistem berorientasikan exam.... bukan amali atau experiece macam kat sesetengah negara luar. kat negara luar kalau drop skolah pon bleh jadi jutawan asalkan ada skill yang mantop. kat mesia kalo result teruk susah nak hidup...

    dulu aku pun nak masuk sekolah teknik tapi dihalang oleh beberapa individu.... kata diorang ni, 'itu sekolah untuk budak yang tak berapa pandai'. Sedihnye dengan pemikiran camni....tapi apa bleh buat kan....

    setuju dengan pandangan ko. rezeki tuhan ada kat mana2...

    ReplyDelete
  2. @RedVixen : Sebab kadang2 guru besar pun anggap sekolah teknik, vokasional nie sekolah yang tak bgs. Nak straight A semua.

    ReplyDelete
  3. hakikatnya, bila dah kerja ni, kalau ada 'kemahiran hidup' lagi untung.. :-)

    ReplyDelete
  4. siyes tanaga mahir amat diperlukan..& mereka patut berbangga dengan apa yg mereka ada..~

    ReplyDelete
  5. @Sal-Ijou : MEssti terus berbangga kerana mereka adalah pemangkin kemajuan negara...

    ReplyDelete
  6. skrg yg pndai atas paper tak tentu leh wat keje..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.