Saturday, October 8, 2011

BUGET 2012 | UMUR BERSARA WAJIB 60 TAHUN

Semalam 7 Oktober 2011, telah berkumandang cadangan untuk perbelanjaan negara melalui buget 2012 yang diumumkan oleh Perdana Menteri. Segala persoalan dan penantian telah pun terlerai dengan pengumuman tersebut.

Pasti ada yang menarik nafas lega dan tidak kurang juga yang akan merasa tersiih dan tidak bersetuju dengan pembentangan buget tersebut. Penjawat awam terutamanya sering tertunggu kenaikkan gaji masing-masing. Lalu, dengan pengumuman tersebut, ramai yag menarik nafas lega apabila dibentangkan tentang kenaikkan gaji tahunan meningkat.

Skim gaji baru telah ditukarkan daripda SSM kepada SPBA. Penjawat awam juga sekali mendapat berita baik apabila telah diberikan lagi bonus setengah bulan gaji yang akan diberikan pada bulan disembar tahun ini. Had umur baru bersara wajib juga telah bertambah daripada umur 58tahun kepada had umur baru kepada 60tahun.

HAD UMUR 60 TAHUN

Inilah yang ditunggu oleh saya sendiri selain kenaikkan gaji dan pemberian bonus daripada pihak kerajaan. Ini adalah kerana kenaikkan atas penyelarasan kenaikkan tahunan gaji dan pemberian bonus telah pun dijangkakan.

Penambahan penjawat awam kepada 60tahun kurang dipersetujui pada pandangan. Sememangnya jika melihat kepada kebaikkan sememangnya akan ramai yang menyebut tentang pengalaman dan keupayaan mereka dalam memberikan pandangan bernas.

Berbincang dengan teman sekerja menyatakan tidak setuju dengan kenaikkan tersebut menyebabkan saya sendiri dikatakan bercakap atas dasar "jiwa muda" dan ada juga pendapat mengatakan orang-orang yang berumur berkeliaran sebab tidak mempunyai kerja?

Ini mungkin kebaikkan dengan peningkatan tersebut, namun jika saya sendiri dikatakan berkata hanya kerana jiwa muda, disini mungkin beberapa masalah yang sebenarnya mungkin tidak nampak yang bakal akan berlaku jika tidak diambil tindakan serius kelak.

a. Jika dikatakan ramai warga yang beumur berkeliaran sebab tidak mempunyai kerja, tapi adakah golongan belia yang mempunyai kelayakan tidak berkeliaran kerana kecewa dalam mendapatan peluang kerjaan yang semakin sukar? Berapa lama mereka akan menanti untuk terbukanya peluang untuk mereka?

b. Semakin ramai yang akan mempunyai masalah hutang. Apa kaitan umur persaraan meningkat dengan hutang. Tidak dinafikan sektor kewangan lebih selasa menjadikan umur persaraan pegawai kerajaan untuk memberikan memanjangkan pemberian pinjaman.

Justeru, inilah salah satu faktor yang akan menjerumuskan pegawai kerajaan untuk menambahkan hutang. Jika pendapatan ini tidak betul, apakah saya salah jika saya katakan pegawai kerajaan paling ramai berhutang?

c. Produktiviti, sering saya sendiri tidak bersetuju tentang perkara ini. Kerana sistem kesihatan yang makin baik di Malaysia menjadi sokongan? Justeru, masih produktifa kita jika pada masa yang telah sampai tidak lagi mampu mengunakan teknologi yang ada pada masa terssebut? Pernahkan anda melalui situasi, ada pegawai yang memberi alasan mereka tidak mahu mengunakan komputer kerana sudah berumur(tua).

BUDAYA

Tidak saya nafikan pengalaman berkerja adalah salah satu yang baik untuk dikongsi dan dijadikan pertunjuk arah kepada golongan yang muda. Namun, alangkan baiknya jika semua yang berumur mampu menyayangi golongan yang mula menjejakkan kaki dalam alam kerja penuh duri.

Tapi, sedihnya apa yang selalu berlaku adalah budaya yang "membuli" kerana ketinggian pengalaman dan tutup pintu kepada cadangan dan pandangan baru. Tidak mempersetujui arah yang dicipta oleh angin baru atas alasan kerana tidak mempunyai sumber pengalaman? Budaya begini, sememangnya sudah wujuda lama.

Budaya ini jika tidak ditranformasikan, bakal melambatkan pencapaian ke arah Negara maju kerana susahnya keluar kita sendiri daripada takuk yang dicipta sekian lama.

p/s : Tepuk dada, tanya selera...

8 comments:

  1. pi kerja pakai tongkat la nanti... hoho...

    ReplyDelete
  2. setujuk...aku sokong ko....tgk negara2 barat...orang muda2 pun boleh jadi leader yang baek jugak...:)

    ReplyDelete
  3. pencen kan ada.... anak dah besar..... taggungan dah kurang (hope so)

    ReplyDelete
  4. kene jaga kesihatan betul2 dari sekarang..bila umo 60 tahun nnt masih bertenaga mcm org muda.hoyeh!~ ;p

    ReplyDelete
  5. Wah wajib sara umur 60 thun,, hmm ok ke tu? huhu.. Adekah bajet ni d katakn rkyt d dhulukn? -_-"

    ReplyDelete
  6. Yang telah pilih bersara awal umur 56 thn adakah dipertimbangkan?

    ReplyDelete
  7. @Anonymous : Yap, sebab seperti biasa kita akan diberikan pilihan (option). Silalah membuat pilihan tepat untuk diri. Insyallah

    ReplyDelete
  8. cmne la produktivti nt
    hmmm...cm den smpai mati la hdup kt sek.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.