Sunday, October 16, 2011

KUASA SEDIKIT-DIKIT, LAMA-LAMA JADI BUKIT

Perumpamaan indah yang sering didengari dan sering dijadikan semangat atau motivasi untuk dalam usaha mengapai sesuatu. Senang untuk difahamkan tentang perumpamaan tersebut tapi apa yang kebanyakkan berlaku sebenarnya?

1.Cepat Kaya - Menyertai pelbagai skim cepat kaya. Program yang kedengaran seperti agak bagus yang membolehkan kita boleh mendapat pulangan hanya dalam beberapa minggu. "Too good to be True" ? Atau dengan mendapatkan khidmat si Ah-Long Bukit Beruntung.

Thousand Steps | Gambar : Google

2. Kaya Cepat - Sama dengan cepat kaya? Tidak, apa yang cuba disampaikan berkaitan mereka yang menceburi pelbagai usaha dalam perniagaan. Buka perniagaan dan dalam masa 3minggu sudah gulung tikar. Sebab yang paling logik kerana tiada keuntungan. Ataupun, tuduh rakan perkongsiaan tidak jujur dan sebagainya.

3. Tiada Duit simpanan - Kerana terlalu banyak "komitmen"(hutang) sehingga gagal untuk membuat simpanan kewangan. Apa yang diperolehi hujung bulan hanyalah seperti untuk menutup lubang.

Ini antara contoh perkara yang banyak berlaku. Melakukan sesuatu, namun ingin juga mendapatkan pulangan dengan kadar segera. Melainkan hujan ringgit turun dari langit memungkinkan seseorang menjadi jutawan sekelip mata atau dengan berkerja bersilang kaki dan kerja selesai.

RANCANG, MASA DAN KONSISTEN

Merancang dengan baik, bahagikan masa dan konsisten adalah antara faktor yang seharusnya diambil kira dalam mengapai apa jua objektif. Jika hanya ingin mendapatkan sesuatu dengan cepat dan untung ianya tidak mungkin berlaku sekelip mata.

Dalam membayar hutang contohnya. Seperti satu blog yang saya sendiri baca. Katanya,  ramai berpendapat dengan melangsaikan hutang yang besar(jumlah dan interest) dahulu kemudian melangsaikan hutang yang kecil adalah lebih baik bagi mengurangkan bebanan faedah. Namun mengikut cadangan dalam blog tersebut, adalah baik untuk melangsaikan dulu hutang-hutang yang kecil dan kemudian perlahan menghabiskan hutang yang lebih besar.

Kenapa? Kerana dengan langsainya hutang yang kecil, ianya membuatkan kita untuk lebih bermotivasi dan fokus dalam melangsaikan hutang yang lebih besar. Seperti juga dalam kita menjawab kertas soalan, ramai yang akan memilih menjawab soalan objektif dahulu berbanding subjektif. Kerana logiknya, kita akan memilih yang senang untuk lebih fokus dalam menjawab soalan subjektf kelak.

Konsisten dalam dalam melakukan tugasan sememangnya perlu. Ini mengelakkan kita daripada mengumpul tugasan. Kerja sememangnya tidak akan langsai dan tidak mungkin habis (sampai bila-bila). Justeru, setelah menerima tugasan yang datang, langsaikan dengan kadar segera.

Bawah adalah bebeapa perkara yang saya sendiri terfikir sebelum anda sendiri boleh menyerlahkan kreativiti sendiri seperti ;

1. Menyimpan Duit - Memulakan menyimpan daripada gaji bulanan sebanyak mungkin RM50/sebulan. Nilai sedikit namun, ia mampu memupuk minat untuk menyimpan. Mungkin selepas setahun kemudian menyimpan pula lebih banyak sedikit.

2. Kurang Mesra - Terkadang ada yang menyebut kita adalah manusia kurang mesra. Mulakan setiap hari untuk mungkin 5minit untuk bercakap atau bergaul dengan sesiapa. Mungkin dengan ini persepsi orang terhadap kita akan berubah. Atau mungkin menambah baik cara pergaulan kita sendiri.

3. Rutin kesihatan - Menjadikan satu amalan kesihatan menjadi amalan biasa. Mungkin dengan berjogging sekali seminggu. Bagi yang mungkin ingin menurunkan berat badan, memang amat sukar untuk mendapatkan keputusan tersebut. Namun, amalan yang konsisten bakal membawa kepada keputusan yang baik.

KUASA

Memulakan sesuatu langkah sememangnya amat sukar pada permulaan. Tapi, setelah memulakan sesuatu tidak haruslah mengharapkan sesuatu yang segera. Sedangkan Mee Manggi pun memerlukan 2 minit untuk disediakan. Dalam mencapai sesuatu objektif, amalkan budaya sedikit-sedikit untuk mencapai sesuatu yang lebih besar.

Punyai sesuatu untuk digapai? Cubalah melakukan dengan memulakan langkah pertama dan tidak bergegas mencapainya. Gapai dengan sedikit-sedikit dan tambah kekuatan dalam masa menempuh apa saja halangan.
Insya-allah akan berjaya.

Selamat mencuba.

"A THOUSAND MILES START WITH THE FIRST STEP"

p/s : Tidak perlu bergesa-gesa. 

6 comments:

  1. mau konsisten..kdg2 rasanya payah amat..
    tp akan terus berusaha~

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. bukan senang nak senang. bukan susah nak susah.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank. Betul Tu..mmeg Senang nak susah. ^^

      Delete

Terima kasih atas komen anda.