Saturday, December 24, 2011

HO..HO..HO..MERRY CHRISTMAS AND "BIENVENUE" 2012 !! MIM DAN SATU KEGILAAN ??

Salam dan Selamat Sejahtera,

Mungkin sudah agak lama Blog I-Think-Of ditinggalkan, walau bagaimanapun ia tidak pernah dilupakan. Bukan kerana tidak punya idea atau apa-apa untuk letakkan atas kertas maya ini. Tapi, hanya kerana satu perkara...Mim Besar.

"MIM" BESAR & PERKARA BARU??

Mim Besar? Perumpamaan yang agak sinis bagi yang makan cili sos terasa kepedasannya (termasuk sendiri). MALAS itulah si MIM besar. Kata pepatah yang sudah dimodenkan , Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Macam-macamlah kerenah dan bunyinya.

Keyboard rosak lah , mouse kena makan kucing lah, monitor tak LED lah ( sekarang ramai yang telah beralih kepada monitor tersebut kerana keterangan dan imej hampir nyata yang amat cantik dan memuaskan hati yang memandang ) dan macam-macam lagi alasan yang sewaktu dengannya.



Namun, walaupun kurang berblogging tidak semestinya hanya duduk-duduk dan goyang kepala. Banyak aktiviti yang dilakukan. Tapi, yang menghairankan, aktiviti tersebut tidak pernah dilakukan dalam sepanjang kehidupan sendiri, jauh dari rutin biasa. Antaranya perkara baru itu seperti menanam 2 jenis cili dibelakang rumah dan bermain dart!

Asalkan jangan perkara-kara luar tabi'e macam cerita panas pelajar kahwin sama jenis di luar negara yang sedang hangat. Jauhkanlah kerana cerita-cerita lama zaman rasul-rasul dan nabi-nabi banyak mengajar dan memberi peringatan. Leka dan Lupa,  "We Have Being Warned"

KEGILAAN ATAU PERINGATAN
2012

Masih ingat dengan ayat terakhir di atas? . . . .

"You Have being Warned". Kata-kata yang anda dengar jika menonton movie 2012. Telahan Tamadan Maya mengatakan "Kiamat" akan berlaku pada bulan disember 2012. Kemelesetan Ekonomi, Bencana Alam dan musnahnya kehidupan manusia seperti musnahnya dinasor di muka bumi mengikut kajian. 


Diakhir cerita masih tinggal beberapa kerat manusia, haiwan yang diselamatkan dan bahan-bahan sejarah di atas satu kapal besar sepertinya sebuah kapal besar Kisah Nabi Noh s.a.

Ramai rakyat di barat sekarang telah melakukan persiapan untuk menghadapi 2012. Mereka menyediakan makanan dan air untuk keluarga yang boleh bertahan selama 2 hingga 4 tahun. Berlatih untuk mempertahankan diri, membina terowong rumah bawah tanah dan belajar bercucuk tanam. Bagi mereka untuk hidup dalam menghadapi bencana 2012 adalah satu kewajipan untuk terus kekal di muka bumi.

Harus diingat untuk kesedaran saya dan semua, sebagai umat Islam dan mempunyai panduan Al-Quran dan Sunnah, seharusnya kita mencari ilmu dan pelbagai pendapat tentang perkara tersebut bukan hanya terus percaya. Jadikan ianya satu peringatan dan bukan satu kegilaan yang boleh menyesatkan kelak. 

Tidak semua cerita itu salah dan TIDAK semua cerita itu benar.

Berjaga kerana fitnah boleh tersebar dengan pelbagai cara. Tidak salah berjaga-jaga tapi harus dengan asas alasan agama. Akal punyai kekuatan untuk mentelaah yang benar dan bathil. Justeru lengkapi diri dengan segala macam ilmu dunia yang sememangnya tidak pernah kering dan sedia untuk disimpan.

"We Have Being Warned!" 

MERRY CHRISTMAS & SELAMAT TAHUN BARU

Ho..ho..ho...

Jadi apapun, dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT CHRISTMAS kepada penganut christian, kepada semua rakan-rakan seperjuangan dan semua manusia di muka bumi ini. Wish you all, all the best!

Tidak Juga lupa Selamat Tahun Baru 2012. BIENVENUE 2012!!! Apa maksud Bienvenue?? "Google translate" lah...(tips : bahasa francis)

Mengucapkan selamat maju dan berjaya kepada semua. Kalau maju tak berjaya susah juga bukan?

Salam

p/s : Azam Baru? <-- Pertanyaan lapuk yang tidak pernah putus dari seorang ke seorang. ( Pada pendapat saya, yang sebetulnya adalah memperbaiki segala yang telah ada...bukan roboh dan bina semula...betul ? )

5 comments:

  1. Samat tahun baru Talif~ =)
    n welcome back.. ;)

    ReplyDelete
  2. salam kenal,,sukses yahh dengan postingan nya

    ReplyDelete
  3. Happy new year 2012...byee 2011..Merry Christmas (duit pokai habis)...AZAM ?? err..nak jd pro dlm bidang fotografi disamping kukuhkan kewangan..azam ke nie ??..:)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.