Tuesday, May 31, 2011

MACAM-MACAM JAK! | VIDEO LAWAK GILA-GILA JEPUN

Salam dan Hi buat korang...

Agak-agaknya korang pernah tengok video-video ni dalam Youtube. Pernah?
Kalau tak pernah, layan kerana korang pasti terpecah perut menonton.

Jepun memang terkenal dengan idea kreatif, berani mencuba dan Idea fantasi gila-gila yang sememangnya kita ketahui meraka akan mencari apa saja cara untuk merealisasikannya. Macam mana pula dengan idea-idea men"jahanam"kan orang lain? Korang tengok video prank ini dan pasti tidak akan menyesal !

P/s : Please Don't Do This At Home!

Please fasten your seat belt and have a nice trip!

Jepun Prank Video 1



Jepun Prank Video 2



Jepun Prank Video 3



Minta maaf atas kekaburan atau video yang tidak beberapa jelas. Enjoy!

SELAMAT HARI GAWAI 2011!

Salam dan Hi korang sekalian.


Selamat Hari Gawai Ito ingin ucapkan kepada semua rakan-rakan yang berada diluar sana, samada berada di Sarawak, di Sabah, di Semenanjung mahupun diseluruh dunia. Happy Gawai dude!.

SELAMAT HARI GAWAI 2011
Ngayu Guru,Gerai Nyamai!

p/s : Untuk yang berada di Sabah dan Sarawak dan bercuti, andreee andree Yibaa Yibaa!! CUTi! Kita Enjoy!! huhuhu (cuti dari hari Rabu sampai ahad :))


SEMAKAN KEPUTUSAN BIASISWA PERGURUAN PERSEKUTUAN PROGRAM IJAZAH PERTAMA 2011 | 31 MEI 2011

untuk SEMAKAN ONLINE KEPUTUSAN BIASISWA PERGURUAN PERSEKUTUAN PROGRAM IJAZAH PERTAMA di institusi pengajian tinggi awam bagi tahun 2011

sila klik pautan dibawah untuk membuat semakan

Monday, May 30, 2011

TARIF ELEKTRIK NAIK | BERKUATKUASA 1 JUN 2011


Tarif elektrik telah dinaikkan sebanyak 2.23sen kilowatt sejam atau 7.12% kepada 33.54sen kw sen sejam daripada 31.31sen sejam. Ianya berkuatkuasa pada hari Rabu, 1 Jun 2011. Ini adalah sebahagian daripada proses rasionalisali subsidi yang sedang dilaksanakan. Pengumuman telah dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Mohamed Yackop dan Menteri Tenaga, Tenaga Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin.

Sebab kenaikan adalah disebabkan oleh peningkatan Gas Asli untuk sektor tenaga.

PUTRAJAYA 30 Mei - Sebagai sebahagian daripada proses rasionalisasi subsidi yang sedang dilaksanakan,kerajaan hari ini mengumumkan purata tarif elektrik akan dinaikkansebanyak 2.23 sen kilowatt sejam atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen kw sejam daripada 31.31 sen kw sejam, berkuat kuasa Rabu ini, 1 Jun.Bagaimanapun, langkah berkenaan tidak akan menjejaskan kira-kira 75 peratus penduduk yang menggunakan kurang daripada 300 kw sebulan.Pengumuman berkenaan dibuat pada sidang akhbar bersama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Tenaga, Tenaga Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin. Mereka berkata kenaikan 7.12 peratus itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga. - Bernama


Sumber : > Utusan Malaysia <

INFO KENAIKAN TARIF ELEKTRIK

Kos untuk pengunaan Elektrik dibawah RM20, tetap akan diberi percuma kepada para pengguna. Dengan kenaikan Ini, ia hanya memberi kesan minimun kepada inflasi negara iaitu sebanyak 0.72%. Berikut Adalah maklumat penstrukturan semula tarif elektrik yang telah diumumkan.

  1. Tarif asas sebanyak 2% yang dipohon oleh TNB diluluskan. Semakan diperlukan untuk menampung kos pembekalan elektrik dan membolehkan TNB mempertingkatkan pelaburan dalam penyediaan infastruktur yang lebih baik.
  2. Kadar diskaun untuk waktu puncak dinaikkan bagi storan tenaga termal dari 1.5sen kwj kepada 3.5sen kwj
  3. Diskaun 10% kepada institusi pendidikan yang dibiayai sebahagian oleh kerajaan.
  4. Syarikat rawatan dan pengagihan air diletakkan dibawah tarif industri.
  5. Taraf khas pertanian yang diperkenalkan pada 2006, dikekalkan
  6. Kutipan tambahan 1% daripada bil bulanan disumbangkan kepada Dana Tenaga Boleh Baharu. Kutipan tidak termasuk pengguna yang menggunakan dibawah 300kwj sebulan.
*Kenaikkan adalah untuk di Semenanjung Malaysia Sahaja


MACAM-MACAM JAK! | WANITA TIDAK MAHU TINGGALKAN KATIL BEKAS BOS UNTUK MENUNTUT GAJI

China, seorang perempuan yang berumur lingkungan 30'an telah membuat keputusan untuk tidak meninggalkan katil bekas bos tempat beliau berkerja.

I tunggu sini, sampai U bayar gaji I

Ini adalah kerana beliau menuntut gajinya yang tertunggak selama 2 bulan sebanyak 4,200yuen(RM1,954). Wanita yang dikenali sebagai Zhang Wenqing yang pernah bekerja bebrapa bulan dikedai makanan Xu(bekas Bos).

"Mereka mempunyai hubungan yang luar biasa, selepas isteri Xu balik dari kampung pada hujung tahun tadi, selepas itu Zhang berhenti kerja di premis Xu" Kata jiran mereka.

Isteri Xu akan tinggal bersamanya tapi telah pulang kekampung untuk bebrapa ketika. Zhang pula muncul apabila isteri Zu pulang ke kampung.

Zhang telah membuat pengakuan dia mempunyai hubungan sulit dengan Xu. Dia ingin menuntut tunggakan gajinya dan ingin meminta maaf kepada isteri Xu kerana mempunyai hubungan bersama suaminya.


Zhang Diseret keluar dari rumah

Namun, Xu menafikan dakwaan Zhang dan meminta bantuan pihak polis dan tuan tanah untuk mengusir Zhang keluar dari rumahnya.

Sumber > dailychilli.com <

p/s : Alamak! kalau tertunggak bayar bil api,bil air, mampus kalau syarikat-syarikat api dengan air pergi tidur dekat rumah mintak tunggakkan dilangsaikan.

Sunday, May 29, 2011

KEPUTUSAN MENTOR MUSIM 5 | JUARA | JUARA SEGMEN UJIBAKAT PILIHAN

Mentor musim ke Lima baru sahaja selasai melabuhkan tirainya. Persembahan yang agak mantap daripada kesemua finalis untuk musim ke-5 ini.

Mentor Musim ke-5 ini telah dimenangi oleh


-JUARA-
Salma / Erra Fazira
Jumlah Markah = 85 markah
[Markah Juriawam = 16]


-Tempat ke 2-
Shiha / Datuk sharifah Aini
Jumlah markah = 63 markah
[Markah juriawam = 17]


-Tempat 3-
Iqa / Edry
Jumlah markah = 56 Markah
[Markah juriawam = 20]


Salma walaupun telah mendapat undian yang terrendah dari juri awam telah terpilih menjadi juara dengan markah terkumpul [Juriawam,Juri Profesional dan SMS] sebanyak 85markah, diikuti oleh Shiha, 63markah dan 56markah untuk Iqa.
Juara untuk Mentor 5, membawa pulang hadiah RM100,00 seorang [Mentor & Protege] berserta sebuah kereta chevrolet untuk protege. Tempat kedua, RM30,000 seorang dan sebuah motosikal dan RM10,000 seorang untuk tempat ketiga.

Segmen Uji Bakat Pilihan

Manakala untuk segmen uji bakat pilihan pula, ia direbut antara Khasri dan Nurshila.Khasri dan Nurshila membawa lagu Mimpi dipatuk Ular dan Oh dimana masing-masing dengan segmen tersebut dimenangi oleh Nursila dengan hadiah wang tunai RM1000. Pemenang untuk segmen ini telah diputuskan oleh ketiga-tiga juri pada malam final tersebut.

"TUNJUK AJAR KU SIFU"

p/s : Rasa-rasanya Khasri lebih layak menang untuk segmen pilihan kerana persembahan yang menghiburkan. Betul tak?

LIVE STREAM | TONTON ONLINE | SINGLE TERBARU FINALIS MENTOR 5

Malam Ini, TV3 akan mempersembahkan Final Mentor 5 ! Finalis Mentor 5 adalah protege IQA, protege Salma dan protege Shiha yang akan beradu suara untuk merebut takhta sebagai Juara Mentor Musim Ke-5 ! Meraka akan mempertaruhkan segala ilmu yang ditelah diturunkan oleh mentor masing-masing dan mengunakan sebaiknya kepercayaan yang telah diberikan. Setiap orang protege akan mendendangkan lagu saduran "cover version", duet dengan diikuti lagu single terbaru mereka.

Single Terbaru Finalis Mentor 5

Shiha - Bila Bertemu mu
Salma - Aku permata
Iqa - Dipenghujungnya

Ingin dengar single terbaru mereka, sila klik pautan dibawah


Siapakah bakal Bergelar Juara Mentor 5?

FINALE MENTOR 5
AHAD, 29 MEI 2011
9 MALAM, TV3

Saksikan!

Untuk menontok Live, Sila Klik Pautan dibawah


p/s :Selamat berjaya kepada semua Protege!

VIDEO GOL | KEPUTUSAN PERLAWANAN FINAL LIGA JUARA-JUARA 2011 | BARCELONA VS MANCHESTER UNITED

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan Final Liga Juara -Juara antara Barcelona vs Manchester United pada 29 May 2011 di Stadium Wembely




BARCELONA [3] - [1] MANCHESTER UNITED

Penjaring Gol
Barcelona - Manchester United

Pedro[27'][assist by Xavi]
Rooney[32'][assist by Giggs]
L.Messi[54'][assist by Iniesta]
Villa[70'][assist by Busquets]

Video Gol Barcelona vs Manchester United Final Piala Juara-Juara 2010/2011

Pedro's Barcelona First Goal!

Rooney's Fast Replying Goal!



L. Messi's Sleek Goal!

David Villa's Curling Goal!


Info

Possession - Barcelona [60%] - [40%] Manchester United
Corner - Barcelona [4] - [0] Mancester United
Shots On Target - Barcelona [7] - [2] Mancester United
Shots Wide - Barcelona [5] - [2] Manchester United
Fouls - Barcelona [3] - [13] Manchester United
Offside - Barcelona [1] - [4] Manchester United

Referee
V. Kassai


CONGRATULATION BARCELONA!
KINGS OF EUROPE!

Saturday, May 28, 2011

KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA SUPER 2011 | 28 MEI 2011

Berikut adalah keputusan perlawanan Liga super yang telah berlangsung pada
28 Mei 2011.

Harimau Muda vs Sabah [ 2 - 0 ]
Terengganu vs Kedah [ 0 - 1 ]
Perak vs PBDKT T-Team [ 2 - 0 ]
Kelantan vs Pahang [ 1 - 0 ]
Perlis vs Felda United [ 0 - 1 ]
Kuala Lumpur vs Johor FC [1 - 2 ]
Selangor vs Negeri sembilan [ 2 - 0 ]

BARCELONA VS MAN UTD | KESEBELASAN UTAMA | RAMALAN SI SOTONG

Perlawanan Final UEFA Champion League, Barcelona dan Manchester united adalah perkara utama untuk peminat-peminat bola sepak di seluruh dunia hari ini. Perlawanan yang telah dijadualkan pada hari ini 28 May 2011, akan bermula pada pukul 20:45, stadium Wembley England. Bersamaan 29 May 2011, pukul 2.45am, Ahad waktu Malaysia.



Kedua pasukan tersebut telah pun memenangi lawan masing-masing pada perlawanan separuh akhir dengan Man Utd mengalahkan Schalke 04 dengan aggregate (6-2). Barcelona pula mengalahkan lawan seterunya di La Liga,Real Madrid dengan aggregate (4-2) untuk mara ke final.

United yang telah mara di final untuk kejohanan liga juara-juara ini memiliki kelebihan kerana final akan berlangsung di England. Namun, kedua pasukan tersebut mempunyai misi yang sama iaitu untuk melengkapi musim hebat mereka. United telah memenangi Liga Premier English walaupun ditentang hebat oleh Arsenal dan Chelsea dengan Man City menjadi antara kuasa baru liga tersebut. Barcelona juga telah memenangi liga La Liga dengan menewaskan pencabar terdekat mereka Real Madrid.

Kata Jurulatih

Sir Alex Ferguson | Manchester United

Beliau berjanji bahawa perlawanan final ini tidak akan ada menjadi punca untuk kekalahan. Beliau juga mengatakan bahawa pasukan MU kali ini adalah lebih sempurna tanpa kehadiran Ronaldo. Beliau telah membuat andaian bahawa perlawanan antara Man united dan Barcelona untuk final ini adalah yang terbaik. Namun dengan yakinnya mengatakan Man Utd akan
memenangi kejuaraan liga juara-juara kali ini walaupun telah dilabelkan sebagai "underdogs" berhadapan
dengan pasukan Barcelona yang lebih perkasa. "Untuk pemain United ianya mudah dimana mereka haruslah
percaya pada diri sendiri dan pasukan" kata Ferguson.

Joseph Guardiola | Barcelona

"Bila kamu mempunyai dua pasukan yang bermain
secara menyerang dan ingin menang, kamu boleh menjangkakan perlawanan yang hebat dalam dunia"
kata Guardiola.Untuk menang dalam jangka masa yang panjang,melakukan dua, tiga kali perubahan untuk
memperbaharui pasukan juga untuk menang, itu adalah bagus. Kami perlu melakukan sesuatu yang berbeza dari final 2009 dari segi kekuatan pada
peringkat berbeza setiap perlawanan.




KESEBELASAN UTAMA

Berikut adalah barisan utama yang akan dijangkakan untuk pasukan Barcelona
dan Man. United. Namun ini akan terpulang kepada keputusan akhir jurulatih masing-masing bagi pemilihan kesebelasan utama pasukan Manchester dan Barcelona.


MANCHESTER UNITED
Formasi : 4-4-2
[Van Der Sar,Fabio,Ferdinand,Vidic,Evra,Valencia,Carrick,Park,Chicarito,Rooney]
BARCELONA
Formasi : 4-3-3
[Valdes,Alves,Pique,Puyol,Masherano,Xavi,iniesta,Busquets,Pedro,Messi,Villa]

>Sumber :dailymail.co.uk<

Dalam perlawanan tersebut, semestinya Manchester akan mengambil berat tentang kuasa tengah Barcelona yang dipimpin oleh Messi,Xavi dan Iniesta. Bagaimana pun Barcelona tidak boleh berpeluk tubuh kerana serangan balas united dan pemain yang pasti akan dijaga adalah Rooney dan Chicarito.

RAMALAN FINAL LIGA JUARA - JUARA 2011
Tidak dapat diketepikan jika terdapat perlawanan besar seperti ini, banyak ramalan akan dilakukan. Kita tengok apa kata mereka

Graeme Souness : Menjangkakan Barcelona akan menang final UEFA. Ini kerana adanya Messi yang menjadi tunjang belakang Barcelona.

Samuel Eto'o(pemain Milan): Mengharapkan perlawanan yang serba baik dan
cantik dari kedua-dua pasukan. Beliau adalah penjaring pertama (sebelum berpindah ke Milan) semasa final 2009 antara United vs Barcelona yang dimenangi mereka 2-0.

Jack Wilshere(Pemain Arsenal) : Menjangkakan Ferguson mempunyai pelan B
dimana beliau boleh menukar formasi dari 4-4-2 kepada 3-4-3. Barcelona juga pada 20 minit terakhir akan kepenatan.

> Sumber :uefa.com <

Ramalan IKER Si Sotong

Ramalan Sotong kini menjadi sangat popular selepas ramalan yang dilakukan oleh Paul Si Sotong dalam Piala Dunia yang dimenangi oleh Sepanyol. Namun, ini adalah sotong lain iaitu Iker Si Sotong Pula. Iker Si Sotong telah memilih "underdogs" Man. utd untuk memenangi Final Liga Juara-Juara 2010/2011 ini dengan memakan sardin yang terdapat pada tiub yang disediakan dan dilekatkan dengan lambang Man utd dan Barcelona.

Pendapat ITO, mungkin si sotong Iker lebih suka memilih Lambang lain selain Barcelona kerana namanya. Iker adalah seperti nama penjaga gol Real Madrid, Iker Casillas(dah kata musuh yer tak? :P).
Apa Pun tunggu saja keputusan perlawanan.

Kamu :YA KAMU! Apa kata Kamu ?? Komen jew...:P

Ingin menonton perlawanan akhir aksi Final Liga Juara -Juara Manchester United vs Barcelona dari screen komputer anda?


p/s : GoodLuck untuk kedua-dua pasukan!

LIVE STREAM | TONTON ONLINE | MAN UTD VS BARCELONA

Live Streaming Online | Tonton secara online

Manchester United vs Barcelona
Kick Off : 2.45 am
Date : 29 May 2011
Waktu Malaysia


Live TV : Ustream

selamat menonton

23 TANDA ORANG YANG MENCINTAI KAMU. . .

Salam dan Hi buat korang, sambil jalan-jalan dalam dunia maya hari ini aku terjumpa satu artikel yang menarik tentang keadaan atau perlakuan orang yang mencintai kamu, atau aku katakan "angau".Jadi, pernah terlaku atau terlintas keadaan tersebut kepada kamu? atau kita sendiri tidak pernah tersedar yang ianya sedang berlaku?

Nak tahu tanda-tanda mereka yang mencintai kamu?



TANDA ORANG YANG MENCINTAI KAMU. . .


VIDEO MAHARAJA LAWAK MINGGU KE 9 | PENYINGKIRAN

Berikut adalah video Maharaja Lawak minggu ke 9, Nabil, Jozan, Sepah, R2, Sepah, Jambu dan Balas. Disertakan, juga video penyingkiran untuk minggu tersebut.


KUMPULAN R2


KUMPULAN JAMBU


KUMPULAN JOZAN


NABIL


KUMPULAN BALAS


KUMPULAN SEPAH


PENYINGKIRAN

Selamat Menonton

Friday, May 27, 2011

JESSIE J - PRICE TAG | LIRIK | KLIP VIDEO



JESSI J - PRICE TAG | Lirik


Okay, Coconut man, Moon Heads and Pea
You ready
Seems like everybody's got a price,
I wonder how they sleep at night.
When the sale comes first,
And the truth comes second,
Just stop, for a minute and Smile

Why is everybody so serious
Acting so damn mysterious
Got your shades on your eyes
And your heels so high
That you can't even have a good time

[Chorus]
Everybody look to their left (yeah)
Everybody look to their right (ha)
Can you feel that (yeah)
We're paying with love tonight
It's not about the money, money, money
We don't need your money, money, money
We just wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag
Ain't about the (uh) Cha-Chang Cha-Chang.
Aint about the (yeah) Ba-Blang Ba-Blang
Wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag.

Okay!
We need to take it back in time,
When music made us all unite
And it wasn't low blows and video hoes,
Am I the only one getting tired
Why is everybody so obsessed
Money can't buy us happiness
Can we all slow down and enjoy right now
Guarantee we'll be feeling Alright.

[B.o.B]
Yeah yeah
Well, keep the price tag
And take the cash back
Just give me six strings and a half stACK.
And you can keep the cars
Leave me the garage
And all I..
Yes all I need are keys and guitars
And its with in 30 seconds I'm leaving to Mars
Yeah we leaping across these undefeatable odds
Its like this man, you can't put a price on the life
We do this for the love so we fight and sacrifice everynight
So we aint gon stumble and fall never
Waiting to see this in the sign of defeat uh uh
So we gon keep everyone moving their feet
So bring back the beat and then everyone sing

[Jessie J -Outro]
Yeah, yeah
Oo-oooh
Forget about the price tag.

Jessie J - Klip Video



p/s : It Not About Money! Money! Money!

Thursday, May 26, 2011

SECRET RESIPE(SR) SANGKAL PENGUNAAN TEPUNG MENGANDUNGI UNSUR BABI

Berikutan isu tepung untuk membuat kek di Secret Recipe dikatakan mengandungi unsur babi, Eksekutif Halal daripada Secret Recipe, Wan Zawani bt. Wan Ahmad telah mengeluarkan kenyataan maklum balas untuk menyangkal dakwaan tersebut. Menurut beliau dalam kenyataan di facebook, syarikat Secret Recipe mengunakan segala ramuan halal dan mendapat pengiktirafan halal dari badan yang diiktiraf JAKIM.

Beliau Juga menyatakan sesiapa yang terdapat sebarang kemusykilan berhubung perkara tersebut,silalah berhubung terus kepada beliau ditalian 03-78034891.


Antara kenyataan yang telah dikeluarkan adalah;

1. Perkataan "Secret Recipe" yang digunakan oleh Syarikat Puratos merupakan "Generic Name" atau nama umum yang diguna pakai oleh pihaknya dan tiada kaitan langsung dengan "Secret Recipe".
2. Jelas daripada laman Web JAKIM, dua produk yang disenarai diatas walaupun mempunyai perkataan "Secret Recipe" tetapi semata-mata untuk pengunaan nama produk sahaja, lebih-lebih lagi jenama yang ditunjukkan adalah "Puratos" sepertri mana yang dihasilkan oleh Puratos Malaysia Sdn Bhd.
3. Syarikat Secret Recipe tidak menempah dan mengunakan bahan-bahan ramuan yang dinyatakan.

Untuk kenyataan Rasmi Syarikat Secret Recipe. Sila klik pautan dibawah;


p/s : Kenyataan balas yang cepat dan baik dari Syarikat SR. Sekarang tiadalah was-was lagi untuk ke SR. Gunakan tanpa was-was.

Sumber : Facebook

SEMAKAN TARIF ELEKTRIK AKAN DIPUTUSKAN JUMAAT | 27 MEI 2011

Semakan untuk tarik elektrik akan diputuskan oleh Majlis Ekononi Negara Jumaat ini. Menurut Datuk Seri Peter Chin, kabinet telah mengarahkan Majlis Ekonomi negara untuk meneliti perkara tersebut.

Mesyuarat akan diadakan pada hari jumaat, 27 Mei dan menentukan sama ada tarif baru akan diperkenalkan. Mesyuarat akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najid Tun Razak yang juga Menteri Kewangan dan termasuk 12 ahli.

-keratan akhbar-

PUTRAJAYA: The National Economic Council will decide Friday on any revision to the electricity tariff.

Energy, Green Technology and Water Minister Datuk Seri Peter Chinsaid the Cabinet had on Wednesday directed the council to deliberate on the matter.

"The Cabinet left it to the council to make the final decision.

"There will be a meeting on Friday and the council will decide whether we will finally introduce a new tariff," he told newsmen after launching the 'Dare to Dream Challenge' at the Limkokwing University in Cyberjaya here Thursday.

The competition is in conjunction with the 2011 International Greentech and Eco Products Exhibition and Conference Malaysia (iGEM).

The council panel is chaired by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, who is also the Finance Minister, and comprises 12 members, including senior Cabinet ministers such as Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin and Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

On Wednesday, the Government announced that the prices of RON95 petrol, diesel and liquefied petroleum gas will remain at present rates.

P/s : Kenaikan untuk kemajuan seperti iklan dalam TV. Peace!

Wednesday, May 25, 2011

KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA SUPER 2011 | 25 MEI 2011

Berikut adalah keputusan perlawanan bagi perlawanan liga super 2011 pada 23 Mei 2011 dan jadual perlawanan seterusnya.
Keputusan Perlawanan Liga Super Malaysia, 2011
25 Mei 2011

Sabah vs Felda United [ 2 - 1 ]
Kelantan vs PBDKT T-Team [ 1 - 2 ]
Johor FC vs Kedah [ 0 - 1 ]
Terengganu vs Pahang [ 5 - 0 ]
Selangor vs Harimau Muda [ 1 - 2 ]
Perlis vs Perak [ 1 - 2 ]
Kuala Lumpur vs Negeri Sembilan [ 1 - 1 ]

Perlawanan Liga Super seterusnya adalah dijadualkan pada 28 Mei 2011 dan perlawanan adalah seperti berikut

Harimau Muda vs Sabah
Terengganu vs Kedah
Perak vs PBDKT T-Team
Kelantan vs Pahang
Perlis vs Felda United
Kuala Lumpur vs Johor FC
Selangor vs Negeri Sembilan

HARGA MINYAK RON95 DIKEKALKAN

Harga minyak RON95 dikekalkan pada harga RM1.90 seliter buat masa sekarang. Harga bagi minyak diesel dan gas petroleum cecair juga dikekalkan. Itu adalah keputusan terbaru kabinet hari ini (25 mei).

Namun Datuk Ismail Sabri Yaakob mengatakan jangka masa untuk keputusan itu tidak ditetapkan. Pada masa sama, kajian rasionalisasi sunsidi akan terus dijalankan secara menyeluruh berikutan kenaikan harga minyak dan gas di pasaran global.

PUTRAJAYA 25 Mei - Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak menaikan harga minyak RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) buat masa ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat.

"Kerajaan tidak tetapkan jangka masa berapa lama harga ini akan dikekalkan tapi buat masa sekarang keputusan kerajaan ialah mengekalkan pemberian subsidi terhadap bahan bakar ini.

"Namun, pada masa yang sama kerajaan akan tetap meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga minyak dan gas di pasaran global," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. - Utusan

Tuesday, May 24, 2011

TAMBAHAN CUTI UMUM UNTUK HARI RAYA 2011

Berikutan kemungkinan pertindihan Hari perayaan puasa dengan Hari Kemerdekaan Negara 2011, justeru cuti umum tambahan telah diumumkan.

Sekiranya hari raya pertama jatuh pada 30 Ogos 2011, maka hari khamis, 1 September 2011 akan diumumkan sebagai cuti umum.

Tapi sekiranya hari raya pertama jatuh pada 31 Ogos 2011, maka 2 September 2011(Jumaat) akan diumumkan sebagai cuti umum.

-Keratan Akhbar-

KUALA LUMPUR: Kerajaan membuat keputusan untuk mengumumkan cuti umum tambahan menjelang hari raya puasa tahun ini kerana ia dijangka jatuh bersamaan dengan sambutan hari kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan ketika mengumumkan demikian berkata, bagaimanapun, tarikh sebenar cuti umum tambahan itu akan bergantung kepada pengumuman tarikh hari raya yang akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu sebagaimana lazimnya. Sekiranya hari raya pertama jatuh pada Selasa 30 Ogos yang juga bermakna hari raya kedua akan bersamaan dengan sambutan hari kemerdekaan negara pada Rabu, 31 Ogos, maka hari Khamis, 1 September akan diisytiharkan sebagai hari cuti umum tambahan, kata Sidek dalam satu kenyataan, Selasa.

Bagaimanapun, sekiranya hari raya pertama jatuh pada Rabu, 31 Ogos yang juga bersamaan dengan cuti umum sambutan ulang tahun kemerdekaan negara, maka hari raya kedua akan jatuh pada 1 September dan ini bermakna 2 September akan diumumkan sebagai hari cuti umum tambahan.

Sumber > mStar <

p/s : Gunakan cuti sebaiknya