Thursday, June 30, 2011

SERTAI BN YOUTH JOB FAIR 2011 | PAMERAN KERJAYA KEDAH | JULY 1-3

Salam dan Selamat sejahtera

Pada 1-3 Julai 2011, Pemuda BN dengan kerjasama pihak kerajaan akan sekali lagi melangsungkan pameran kerja 2011 "BN YOUTH JOB FAIR 2011" di Sungai Petani, Kedah 2011 pada 1,2 dan 3 Julai 2011. Pameran tersebut akan dilangsungkan di Institut Kemahiran Mara, Jln Badlishah. Pameran akan dimulakan dari jam 11.30pagi sehingga 7.00 malam.

Selepas kejayaan menarik 500,000 pengunjung ke program "BN Youth Job Fair 2011" di Kuala Lumpur pada Mac lepas. Program ini akan memberi peluang kepada rakyat negeri Kedah untuk mencari pekerjaan.

Sasaran untuk pameran kerjaya kali ini menyasarkan 100,000 pengunjung dari Kedah, Penang, Perak dan Perlis. Pameran kerjaya BN Youth Fair, Kedah akan menyajikan 7,000 peluang pekerjaan yang disediakan oleh pelbagai majikan. Sebanyak 120 majikan dari Kedah dan Kuala lumpur akan terlibat dalam pameran tersebut.

Untuk keterangan lanjut klik pautan dibawah atau hubungi 03-22614700


p/s : Selamat Berjaya!

Wednesday, June 29, 2011

MALAYSIA VS TAIWAN | KEPUTUSAN PERLAWANAN 29 JUN 2011 | PENJARING GOL | PERLAWANAN PUSINGAN KEDUA

Salam dan Selamat Sejahtera.

Malaysia pada perlawanan kedua pusingan pertama kelayakan piala dunia Brasil 2014 telah berjaya mengalahkan Taiwan dengan 2-1.

MALAYSIA VS TAIWAN [ 2 - 1 ]

Gol Malaysia dijaringkan oleh Syafiq Rahim pada minit ke-28 dan Gol kedua pula dijaringkan oleh pemain pertahanan Aidil melalui tandukan pada minit ke-54.

Manakala jaringan gol untuk pasukan Taiwan pula dijaringkan oleh Chew Po Liang melalui lerengan mudah pada 76minit perlawanan.

MALAYSIA VS TAIWAN | KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014 | DEBARAN KEPUTUSAN MALAM INI!

Salam dan selamat sejahtera terutamanya kepada peminat bola sepak tanah air.

Seperti yang kita telah ketahui, Malaysia telah pun berjaya melayakkan diri dalam pusingan kelayakan Piala Dunia Brasil 2014. Satu perkembangan sukan bola sepak yang sememangnya ditunggu oleh
peminat skuad Harimau Malaya selama ini.

Malam Ini bakal menyaksikan, pertarungan kelayakan pusingan pertama antara Malaysia vs Taiwan yang akan berlangsung di Stadium Nasional. Mana-mana pasukan yang menang malam ini, akan mara seterusnya ke dalam pusingan kedua dan menentang Singapura.

Di atas kertas, dengan ranking Malaysia pada tangga ke 143 dunia, manakala Taiwan pula pada kedudukan ke 160, ditambah pula bermain ditempat sendiri akan memberi sedikit kelebihan kepada Malaysia. Namun, itu hanya di atas kertas kerana apa sahaja boleh berlaku. Dengan kecederaan penjaga gol utama Malaysia, Kairul Fahmi, diharap tidak akan mencacatkan persembahan pasukan.

Logo Piala Dunia Brasil 2014

Berikan sokongan padu anda untuk pasukan Harimau Malaya, Malam Ini!

p/s : Perlawanan Boleh Disaksikan Live

Tuesday, June 28, 2011

PERHIMPUNAN BERSIH | LYNAS | VIDEO SEKS | MUSANG BERBULU AYAM

Salam dan Selamat sejahtera

Peribahasa Melayu, "Musang Berbulu Ayam". Seharusnya mesti anda semua sudah tahu bukan. Kalau tidak marilah Ito ajarkan apakah maksud Musang Berbulu Ayam tadi.

Tapi sebelum itu, untuk pemahaman yang lebih jelas dan tepat pada maksudnya, kenapa mesti musang berbulu ayam? Sedangkan Si Musang sudah punyai bulu sendiri? Tak malu kah si musang kepada ayam kerana mengunakan bulu binatang lain?

AGIHAN PENDAPATAN ASN 2 | 5.50 SEN SEUNIT

Salam dan Selamat Sejahtera

Berakhir tarikh kewangan pada 30 Jun 2011, ASN 2 telah mengagihkan dividen sebanyak 5.50 sen seunit. Agihan pendapatan ASN 2 adalah seperti yang diumumkan oleh Syarikat Pemodalan Malaysia Berhad(PNB). Kenaikan sebanyak 0.30sen daripada tarikh berakhir kewangan pada tahun 2010.

Pengagihan tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM10.8 juta yang akan diterima oleh 8,832 pemegang unit tersebut yang melanggan sebanyak 196 juta unit ASN2. Jumlah pulangan ASN 2 adalah sebanyak 19.27%.

Untuk pengagihan pendapatan ASN2 akan ditanggungkan sementara sehingga 30 Jun 2011, untuk membolehkan urusan pengiraan pendapatan. Pemegang unit ASN2 boleh mengemaskinikan buku pelaburan di pejabat ASNB dan ejen-ejen ASNB diseluruh negara mulai 1 Julai 2011. Pengagihan pendapatan akan dikreditkan dalam akaun pelaburan masing-masing secara automatik kepada pemegang unit di ASN2.

Untuk pemegang unit ASN2 yang melanggan menerusi KWSP(Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), pembayaran pengagihan akan dikreditkan terus kedalam akaun pelaburan berkenaan.


p/s : Menyimpan untuk masa hadapan. :P

SITI NURHALIZA BAKAL CHAT SECARA LANGSUNG DENGAN PENGGUNA YAHOO!

Salam dan selamat sejahtera

Esok 29 Jun 2011, pengguna Yahoo! boleh ber'chatting' atau berbual secara langsung dengan diva pop Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza dalam segmen "Question Time".

Siti Nurhaliza akan bersama peminatnya di Yahoo! secara langsung selama 1jam bermula dari jam 11.00am. Ini adalah peluang bagi peminat beliau yang sentiasa mengikuti kerjaya dan pencapaian beliau untuk bertemu secara langsung dalam talian dan mengajukan soalan.

Datuk Siti Nurhaliza yang mempunyai hampir 400,000 peminat di facebook, mengatakan beliau amat tidak sabar untuk bertemu dengan para peminatnya. Segmen ini dijangkakan bakal menarik jumlah pengguna yang besar berdasarkan statusnya sebagai seorang diva di Malaysia.

Soalan yang diajukan kepada Datuk Siti bolehlah dibuat dalam Bahasa English mahupun Bahasa Malaysia. Disarankan juga, soalan hendaklah ringkas, berada dalam topik perbualan dan releven untuk mendapat peluang yang tinggi dipilih dan dijawab dalam sesi tersebut.

Segmen "Question Time" Yahoo! adalah landasan untuk merapatkan hubungan antara seseorang selebriti dengan peminat mereka di Malaysia.

Monday, June 27, 2011

KERANA TIDAK MANDI 37 TAHUN! TERIMA KASIH KERANA BUSUKKAN AKU! BUSUK!

Salam dan Selamat Sejahtera

Ya! Kerana tidak mandi 37 tahun! Busuk telah membusukkan saya! Tapi memang benar, si Busuk
telah datang membawa geng bas sekolahnya yang busuk-busuk datang ke laman saya. Membuatkan saya menjadi seram sejuk, sakai, tak keruan dan tak percaya kerananya. Busuk betul! Apa kes? apa hal
? apa sebab? Siapa busuk?

Do yo Smell what the BUSUK is Cooking?


Al-Kisahnya, seperti biasa saya apabila membuka komputer dengan mengunakan berukband yang taklah seberapa laju seperti yang digembar gemburkan dalam radio, surat khabar mahupun TV, terus memasuki ruangan maya ini.

ASIA INFRASTRUCTURE 2011 | REGISTER | E-BROCURE

Salam dan Selamat Sejahtera

Asia Infrastructure will showcase the complete range of services, technology, equipment and supplies for infrastructure development including;






  • Civil design / contractors / engineering
  • Civil construction, machinery & engineering equipment for building and construction of road, bridge, port, rail, tunnel, airport, housing, industrial park and landscaping.
  • Finance and Banking
  • Merchant, Investment Banks & Institutional Investors
  • Power Generation & Electricity Supply
  • Technology and Equipment for Power generation, distribution, Transmission, electrical installation
  • Telecommunications, mobile and information providers
  • Technologies & Solutions for communications, IT, Multimedia, broadcasting
  • Port / Airport / Transportation and logistics Provider
  • Water & sewerage supply and management
  • Waste management
  • Technologies and Solutions

On 5 - 7 of July 2011, Asia Infrastructure Development Exibition and Conference will be held at Borneo Convention Center, Kuching.

The registeration can be made online and save RM20/US5 on admission ticket.

Click link below for online registeration



E-Brochure

Click link For e-brochure for Asia Infrastructure Development Exibition and Conference



For any inquiries and Detail, Contact the organizer at

AMD Exhibitions Sdn Bhd
Suite 1701, 17th Floor Plaza Permata(IGB Plaza)
6, Jalan Kampar Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel : (603) 4045 4993
Fax : (603) 4045 4989
Email : support@ambexpo.com

Sunday, June 26, 2011

MACAM-MACAM JAK! 37 TAHUN TIDAK MANDI!

Salam dan Selamat Sejahtera.

37 Tahun tidak mandi! Itulah pencapaian yang telah dilakukan oleh seorang lelaki di India bernama Kailash Singh. Pencapaian ter"bau" yang diakui oleh orang-orang terdekat mahupun jiran-jirannya. Beliau adalah, Kailash Singh, seorang yang mungkin merupakan orang yang paling busuk di dunia dengan pencapaian tersebut.

Selapas berkahwin, Kailash yang kini berumur 65
, tidak langsung berniat untuk mandi mahupun memotong janggut beliau yang dipelihara sejak 1974. Beliau menerangkan perbuatan beliau tersebut adalah kerana mengikut nasihat seorang pendita. Beliau akan dianugerahkan anak lelaki dan waris lelaki yang amat berharga dengan mengikuti nasihat tersebut.

Walaupun mengikut kepercayaan pendita tersebut, namun para jiran percaya, ajaran yang menjadi ikutan beliau adalah satu kegagalan dimana dia mendapat 7 orang anak perempuan(dalam kepercayaan mereka, anak lelaki adalah lebih diutamakan dan penting.)

KELUARGA DAN JIRAN-JIRAN

Kailash menghabiskan hari-harinya dengan bersama lembu dalam keadaan cuaca yang mencecah 47'c. Tambahan, beliau hanya membersihkan diri beliau dengan bermandikan api setiap malam dengan merokok, berdoa kepada Dewa Shiva dan menari disekeliling unggun api.

Saturday, June 25, 2011

VIDEO MAHARAJA LAWAK FINAL | KEPUTUSAN FINAL

Salam dan Selamat Sejahtera

Pertandingan Maharaja Lawak Final, telah pun berlangsung semalam dengan menampilkan finalis daripada 3 kumpulan dan 1 solo.

Finalis untuk program tersebut adalah Jozan, Sepah, Jambu manakala perserta perseorangan adalah Nabil.

Tonton video untuk persembahan final maharaja lawak final (minggu ke 13) daripada perserta finalis dan juga keputusan pertandingan akhir tersebut.

SAKSIKAN!



Friday, June 24, 2011

BAKAL JUARA MAHARAJALAWAK 2011 | PERATUSAN SMS SEMASA | RAMALAN

Salam dan salam sejahtera kalian.

Malam ini akan menyaksikan pentas pertandingan akhir Pertandingan yang paling hebat di Malaysia. Bukan pertandingan sukan, bukan pertandingan
nyanyian, bukan pertandingan lari 100meter
berganti juga bukan pertandingan mewarna kanak-
kanak bawah umur 10tahun, tapi ianya adalah pertandingan akhir FINAL Maharaja Lawak 2011.

Final Maharaja Lawak 2011, akan dilangsungkan di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor. Setelah 12 minggu bersiaran di dalam astro, rancangan ini telah menjadi kegilaan ramai masyarakat di Malaysia.

Pemenang untuk rancangan Maharaja Lawak yang julung-julung kali diadakan akan mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM300,00 Juara, RM200,000 untuk naib juara dan tempat ketiga mendapat RM100, 000. Antara Finalis Yang akan berentap dalam pertandingan
akhir ML ini adalah kumpulan Jozan, Sepah, Jambu dan satu-satunya peserta solo Nabil.

Proses pengundian adalah berdasarkan 50% daripada SMS dan 50% adalah daripada pihak juri. Seperti yang telah kita ketahui Juri tetap untuk pertandingan Maharaja Lawak kali ini adalah Mohd Idham sebagai ketua Juri, Saiful Apek dan Mamat Khalid.

SMS TERKINI

KEPUTUSAN PERLAWANAN MALAYSIA VS LEBANON | 23 JUN 2011

Berikut adalah keputusan penuh Malaysia Menentang Lebanon bagi kelayakan bola sepak olimpik di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

MALAYSIA vs LEBONAN [ 2 - 1 ]

Penjaring untuk pasukan Malaysia adalah Mohd Irfan Fazali hanya pada minit ke-8 dan gol ke-2 menyusul pada minit ke-41 oleh Wan Zack Haikal Wan Nor.

Lebonan membalas Jaringan pada minit ke-64 melalui Chandie Atie.

Pemain Malaysia Gary Steven Robbart telah dilayangkan kad kuning kedua dan menyebabkan pemain Malaysia terpaksa bermain dengan bertahan namun masih mampu mempersembahkan pemainan baik dengan 10 orang di atas padang sehingga wisel penamat.

p/s : Tahniah Malaysia! Bangga!

Thursday, June 23, 2011

SEBUAH CERITA PANAS | 18SX | 18SG | 18PA | U

Salam dan Selamat Sejahtera.

Rekayasanya {dot} {dot} {dot}...Hanyalah sebuah cerita yang Panas. Saksikan..

Cerita Panas | 18SG | Seram Ganas

Kringggg!!! Terbangun...menguap-guap dulu...Sedap betul dapat bangun dan memperolehi tidur yang cukup. Mana tidaknya, tidur lewat kerana terleka menonton pertandingan bola sepak final yang panas antara pasukan Mancis Unik menentang Barsicola.

Best gila, terbaik,tip-top, memang meraung. Terbayang kalaulah berada di Stadium Wembuy Belah, Seronok! Sambil menyaksikan pertandingan hebat dua pasukan raksasa Gorgon.

ALAMAK!! Jam dah 10 minit dekat pukul 8.00!! Terlupa dengan kerja! Asyik berkhayal dengan perlawanan bola semalam! Mampus! Ini boleh buat BOSS Panas...alamak alamak~~~Cepat, Cepat, Cepat~~~Mandi singkat, Rambut ala-ala saja sikat, sarapan singkap, ambil beg, masuk kereta dan pecut asal sempat!!

KERJA KOSONG (VACANCIES ) DI SARAWAK (JUN 2011) | KUCHING | SIBU | BINTULU | MIRI

Salam dan Selamat sejahtera

Disini penulis ingin menyenaraikan kerja - kerja kosong yang terdapat di seluruh Sarawak seperti di Kuching, Sibu, Bintulu, Miri dan mungkin juga diseluruh tempat-tempat lain seperti yang diiklan kan dalam akbar-akbar tempatan di Sarawak.

Tarikh tutup juga adalah bergantung seperti yang diiklankan.

Untuk pencari kerja, semoga ianya bermanfaat, selamat mencuba dan selamat maju jaya.


Kerja Kosong untuk JUN 2011

Wednesday, June 22, 2011

FAEDAH COKLAT | EBOOK CARA MEMBUAT COKLAT SENDIRI

Salam dan Selamat Sejahtera

Membuat coklat sendiri dirumah adalah mungkin salah satu hobi para suri rumah sekarang. Disamping untuk mengisi masa terluang dan memberikan senyuman manis dibibir suami(suami tak pergi merayap tempat lain dah), anak-anak(duduk tunggu mak buat coklet) dan saudara mara(ramai-ramai datang ziarah), kini membuat coklat dari rumah adalah juga salah satu sumber pendapatan dari rumah.

Siapa yang tidak gemarkan coklet. Bendalir yang berwarna coklat yang penuh dengan kemanisan yang membuatkan hati si pemakan menjadi riang. Kerana kemanisan , kanak-kanak amat mengemarinya. Coklat juga kini banyak digunakan didalam majlis-majlis keraian seperti majlis pertunangan dan perkahwinan. Coklat bukan hanya untuk jamuan makanan. Namun Ianya juga dijadikan sebagai minuman.

Siapa gemarkan coklat angkat kucing kesayangan anda sekarang. :) Coklat juga sering dijadikan sebagai pemberian kepada orang lain. Kenapa mesti coklat? Senang, kerana rasanya yang pasti tidak akan mengecewakan penerimanya.

WORDLESS WEDNESDAY DIPRAKTIKKAN DI DUNIA REALITI | INI AKAN BERLAKU

Salam dan salam Sejahtera

Yeah! Do Something Crazy, Its Wednesday!

Sebenarnya, Ito pun tidak mengetahui apakah
sebenarnya "wordless wednesday". Apakah ianya satu segmen? Satu Forum? Satu yang perkara yang harus blogger lakukan? atau hari-hari untuk memberikan entri bergambar? atau errr...wordless

Let picture do the talking

Tetapi, setelah menerjah ke dalam entri rakan-rakan mengaitankan "wordless wednesday", ramai yang membuat entri mereka dengan mengunakan hanya gambar-gambar yang menceritakan segala 1001 macam tanggapan di dalam kepala si pembaca. Pelbagai andaian yang dilemparkan di dalam ruangan komen oleh para blogger.

Sehingga sekarang Ito terfikir...berfikir...memfikir... seterusnya...
hah! Baik juga memikirkan sesuatu "out of the blox". Biarkan "Wordless Wednesday" dengan ayat yang tidak terucapkan.

Tuesday, June 21, 2011

TIDAK SEMBUNYIKAN KAHWIN LAIN | INSENTIF UNTUK SUAMI

Salam dan Salam Sejahtera

Kerajaan PAS Kelantan, hari ini mencadangkan untuk memberi insentif kepada suami yang berkahwin lain dan tidak menyembunyikannya daripada isteri.

Insentif Ini mengikut ketua Pengerusi Jawatan Kuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri mengatakan insentif ini akan diberikan kepada suami untuk mengalakkan si suami tidak menyembunyikan perkahwinan daripada isteri dan ahli keluarga lain.

Cadangan tersebut telah mendapat sambutan baik daripada kerajaan negeri kerana masih ramai para suami yang menyembunyikan perkahwinan mereka.


MACAM-MACAM JAK! (VIDEO) KUNGFU BIKER-MOTOSIKAL BERLANGGAR LORI NAMUN TERSELAMAT DENGAN GAYA KUNGFU !

Salam dan Salam Sejahtera

Pernah menonton Kungfu Panda 2 ? Best? Cantik tertarik kau memang wachaaaa terbaik. Tapi Entri Ini tiada kaitan langsung dengan Filem Kungfu Panda 2. Ini sebenarnya berkaitan dengan satu video di Youtube yang mendapat hits sebanyak lebih daripada 1 juta penonton.

VIDEO YOUTUBE

Dalam video tersebut menayangkan satu rakaman CCTV tentang satu kejadian kemalangan di antara sebuah motosikal dengan sebuah lori. Pemandu motosikal tersebut dengan kelajuan tinggi telah melanggar belakang lori muatan 1 tan yang telah mengakibatkannya melayang dan berpusing diudara seolah-olah gaya kungfu. Setelah beberapa ketika lelaki yang terlibat didalam kemalangan tersebut kembali ke tempat kejadian dengan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Walaupun telah melayang tinggi diudara dengan dan berpusing, penunggang tersebut menampakkan reaksi beliau tidak mengalami apa-apa kecederaan walaupun motosikal beliau telah hancur teruk.

Saksikan VIDEO KUNGFU BIKER, dan anda pasti tertawan. :P (macam bunyi iklan).
[Klik pautan dibawah untuk menonton video tersebut]

Monday, June 20, 2011

MACAM-MACAM JAK! EMPANGAN DIKERINGKAN SELEPAS DIKENCING SEORANG LELAKI


Seorang lelaki bernama Joshua Seater,21, telah ditangkap di dalam rakaman kamera CCTV apabila beliau sedang kencing ke dalam sebuah tasik di Oregon, US. Perbuatan beliau telah mengakibatkan 30 juta liter air di tasik tersebut terpaksa dikeringkan.

Tetapi menurut seorang pakar kesihatan , kejadian tersebut tidak akan menyebabkan apa-
apa masalah kepada penduduk di Portland yang mengunakan air daripada empangan tersebut. Tetapi, David Shaff, seorang Biro Air Portland berkeran dan mempertahankan keputusan beliau untuk mengeringkan tasik tersebut.

[sumber : dailychilli.com]


BONUS UNTUK KAKITANGAN AWAM | CUEPACS

Salam dan Selamat Sejahtera.

CUEPACS atau Kongress Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Sektor Awam telah meminta kerajaan untuk mempertimbangkan memberi bonus untuk kakitangan awam dalam pembentangan bajet ke 2012 pada oktober kelak.

Mengikut pengerusinya, setelah 2 tahun, penjawat awam hanya mendapat wang pemberian saguhati daripada kerajaan yang berjumlah RM1,000. Mereka berharap kali ini, kerajaan boleh mempertimbangkan untuk memberi imbuhan yang lebih baik.

CUEPACS juga berharap kerajaan dapat mempertimbangkan untuk menaikkan elaun sara
hidup pihak penjawat awam seleruh negara.
Nilai COLA sekarang sudah digunakan selama 8 tahun dahulu.


CUEPACS memohon elaun cola dinaikkan dari RM80 kepada RM300 sebulan dan berharap perkara tersebut dapat dipertimbangkan.

HARI TIADA BEG PLASTIK TAPI MENJUALNYA! ADA BETUL TAK?

Salam dah selamat sejahtera.


Pernah dengar tentang hari untuk tidak mengunakan plastik di pasar-pasar raya atau gedung-gedung membeli belah? Hari di mana anda pergi ke pasar raya dan mengunakan beg kitar semula sendiri untuk membawa barangan yang dibeli.

Dah tahu? Mungkin ditempat berbeza caranya agak berbeza, tapi ini dilakukan ditempat ito. Semata-mata untuk mengurangkan dan menyokong pengurangan pengunaan plastik
di atas muka bumi ini. Baik bukan?

Tapi apa pulak sekiranya anda tidak mempunyai beg kitar semula tersebut dan telah memborong sakan barangan di pasar raya? Bagaimana hendak membawanya? tidak mungkin nak bawa satu persatu? atau pun lagi 'sakai' suruhkan cashier dan sesiapa saja berhampiran untuk membawa barangan kita ke kereta.

Sunday, June 19, 2011

TERIMA KASIH! AWARD UNTUK FOLLOWER 333 !

Salam dan Salam sejahtera semua.

Semalam sebenarnya bilangan follower Ito dah pun mencecah no 333(taklah banyak sangat.. :P). Jadi, sememangnya sudah terniat dalam hati untuk memberi sedikit penghargaan kepada follower kepada no 333.

Follower yang dikatakan adalah yang memperkenalkan dirinya sebagai Ir Firdaus dalam blogsphere. Mungkin telah sampai ke blog Ito dengan perahu layar blogwalking namun telah dengan jayanya mendarat dan mendaftar menjadi ahli dewan seantero I think Of.

Saturday, June 18, 2011

VIDEO MAHARAJA LAWAK MINGGU KE 12 | PENYINGKIRAN

Saksikan Video MaharajaLawak minggu Ke-12 pada 17 Jun 2011 daripada Kumpulan Sepah, R2, Jozan, Jambu dan Nabil.


MACAM-MACAM JAK! PANGGANG ANAK ANJING HIDUP-HIDUP



Gambar tersebut di atas telah dimasukkan di dalam satu forum online di China. Menunjukkan seorang wanita sedang memanggang anak anjing hidup mengunakan pemegang besi. Ianya telah dinyatakan di dalam forum bahawa wanita tersebut tengah memanggang anak anjing tersebut di sebuah market berhampiran Guangzhou, China.

Wanita tersebut telah memanggang di kawasan terbuka dan mengambil perhatian orang sekeliling termasuk kanak-kanak.

Namun penyebaran luas gambar tersebut telah membangkitkan kemarahan golongan Netizens ( orang yang berpolitik dalam talian) . Golongan tersebut berpendapat bahawa, tangkapan dan hukuman perlu dijatuhkan kepada wanita tersebut. Ada juga mengatakan, perbuatan tersebut tidak patut dilakukan secara sangat terbuka jika inginkan daging anjing.

Menurut sesetengah orang, Daging anjing dipercayai mempunyai ciri perubatan atau untuk menaikkan nafsu syahwat lelaki.

[sumber : dailychili.com]

p/s : Panggang Anjing vs Buang Bayi ? Mana lebih kejam?

Friday, June 17, 2011

KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA PREMIER 2011 | 17 JUN 2011

Berikut adalah keputusan perlawanan liga premier malaysia yang berlangsung pada 17 Jun 2011.

Sarawak vs PKNS [ 1 - 0 ]
Pulau Pinang vs SDM Kepala Batas [ 4 - 2 ]
Muar vs PDRM [ 1 - 3 ]
Sime Darby vs PDRM [ 0 - 0 ]


Perlawanan Seterusnya 18 Jun 2011

Harimau Muda II vs Johor [ 0 - 2 ] UPDATED!

Perlawanan 24 Jun 2011

Pos Malaysia vs ATM [ 1 - 3] UPDATED!

TELEVISYEN MEMENDEKKAN USIA?

Salam dan salam sejahtera.

Menonton TV boleh memendekkan usia? Tapi banyak cerita yang best-best sekarang bukan? Nora Elena..satu episod tak tinggal, Maharajalawak..2,3kali ulang tengok, English Premier League, sanggup bersengkang mata!.

Walaupun Astro telah ura-uranya ingin menaikkan harga perkhidmatan, hampir tidak mungkin kita akan memberhentikan perkhidmatan siaran Astro tersebut bukan? Tapi, adakah anda akan mengurangkan masa untuk menonton TV selepas mengetahui kajian ini? YA? TIDAK?

Televisyen memendekkan Nyawa? [sumber gambar : Google]

Satu penyelidikan selama 40 tahun oleh para penyelidik US telah mengatakan risiko untuk menghadapi diabetis, penyaking jantung dan mati lebih awal adalah kerana masa yang diambil untuk menonton Televisyen(TV). Ini adalah penemuan daripada para saintis Sekolah Kesihatan Awam Harvard yang telah diumumkan pada 15 Jun baru-baru ini.


Menonton TV lebih daripada 2 jam sehari akan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit diabetes dan kegagalan jantung. Manakala, menonton lebih daripada 3jam sehari akan menyebabkan kematian awal!

Setiap penambahan 2jam sehari pula akan menyebabkan peningkatan sebanyak 20% untuk menghadapi diabetes peringkat 2, 15% peningkatan kepada penyakit kardiovascular yang boleh atau tidak membawa maut dan 13% peningkatan kepada semua penyebab kematian. Walaubagaimana pun, peratus kepada semua penyebab kematian akan terus meningkat apabila menonton TV lebih daripada 3jam sehari dan akan terus bertambah bergantung kepada masa yang diambil untuk menonton.

Di USA, Eropah dan Australia, mereka menonton TV selama 5jam, 4jam dan 5jam masing-masing dalam masa terluang mereka. Namun, perlakuan ini juga berlaku diseluruh dunia, menurut penyelidik.

Dr Hu, professor di Harvard mengatakan untuk mengurangkan risiko tersebut adalah senang, kurangkan menonton TV. Kita tidak sepatutnya hanya fokus untuk mengadakan aktiviti-aktiviti fizikal tetapi juga perlu mengurangkan kelakuan menonton TV secara berpanjangan.


Jadi, menonton TV secara berterusan boleh meningkatkan risiko penyakit diabetes, penyakit jantung dan boleh menyebabkan kematian awal! Ini menurut penyelidikan dan kajian. Tapi TV sekarang sudah makin besar dan canggih-canggih belaka. Ada yang SD, HD dan sekarang dah sampai tahap 3D. Makin tinggikah risiko penyakit kepada kita? Alamak~~~

Mengurangkan menonton TV juga sememangnya adalah langkah baik. Banyakkan aktiviti yang mengeluarkan toksin dalam badan dengan berpeluh. Betul tidak? Tapi, tengok TV seronok ape, arghhhhh...susah nak pilih ni... :P

p/s : Ajal maut ditangan Allah. :P Peace! Jangan Pilih Jalan Maut Sudah.

Thursday, June 16, 2011

VIDEO HACKER ANONYMOUS | JENIS PENGODAM | BERSEDIAKAH LAMAN WEB MALAYSIA ? | WE HAVE BEEN WARNED!

Salam dan selamat sejahtera.

Isu pengodam atau hacker adalah salah isu yang hangat kita dengar sekarang. Kumpulan yang mengelarkan diri mereka "Anonymous" kini sedang menyerang laman-laman portal kerajaan dan laman sesawang di Malaysia. Sejak daripada 14 jun lepas beberapa laman web kerajaan Malaysia sudah pun di serang.

Antara Isu yang timbul dan telah menarik minat kumpulan hacker "Anonymous" untuk datang menyerang adalah berikutan tindakan kerajaan Malaysia menyekat 10 laman web dimana ianya adalah tempat untuk berkongsi file atau lebih senang laman web yang menyimpan data untuk dimuat turun.

Anonymous [sumber: Google]

10 laman web untuk muat turun yang disekat adalah;

1. warez-bb.org
2. thepiratedbay.org
3. movie2k.to
4. megavideo.com
5. putlocker.com
6. depositfiles.com
7. duckload.com
8. fileserve.com
9. filetube.com
10. megaupload.com

Selepas beberapa ketika kumpulan pengodam tersebut menjalankan operasi mengodam, mereka telah mengeluarkan satu video rakaman suara di Youtube dan telah mengatakan, mereka tidak setuju dengan tindakan dan langkah Malaysia untuk menyekat laman web di dalam dan di luar negara.

Mereka juga mengatakan penggunaan internet sepatutnya digunakan dengan bebas tanpa kekangan daripada pihak kerajaan.

Dengar rakaman suara amaran
"Anonymous"


"Greeting Malaysia"
"This act of this censorship are again excusable"
"The internet is here for freedom without government interference"
"We are Anonymous"
"We do not Forgive, we do not Forget, Expect Us"

Bunyi yang amat suspen bukan? tapi mereka tidak hanya berkata. Expect Us!

BERSEDIAKAH PORTAL KERAJAAN?

Pagi tadi, Ito sempat menonton satu rancangan di TV3 yang membincangkan juga ISU hacker atau pengodam. Dengan siri serangan ke atas laman-laman penting kerajaan, bolehkah kerajaan menangani serangan tersebut? Namun, apa yang penting dan masih terlekat di kepala Ito sehingga kini adalah bersediakah Malaysia dengan serangan cyber tersebut?

Seketika tadi, Ito sambil-sambil mencuba membuka laman web www.malaysia.gov.my, namun tidak dapat memasukinya. Mungkin laman web tersebut tengah ditutup atau kerja-kerja pembaikkan tengah dilakukan selepas serangan. Tapi, menurut tetamu yang membincangkan tentang keselamatan cyber pagi tadi, beliau mengatakan portal kerajaan di muka hadapan sepatutnya tidak ditutup dan didedahkan kepada serangan. Pindahkan data-data ketempat lain dan biarkan "front page" untuk diserang.

Kenapa patut didedahkan?

Tujuannya sebenarnya adalah untuk mencuba sekuat manakah kekuatan firewall/pertahanan portal semua agensi kerajaan. Serangan cyber kali ini sudah diberitahu lebih awal, bahawa mereka akan datang menyerang, dengan amaran tersebut, kita masih lagi boleh mengambil langkah berjaga-jaga. Tetapi, secara logiknya kumpulan ini boleh menyerang pada bila-bila masa portal kerajaan tanpa memberi apa-apa kata atau amaran! Betul?

Jadi, sekiranya kita tidak mencuba untuk berhadapan dengan serangan tersebut dan hanya mengambil langkah mengelak seperti menutup portal adakah di lain kali kita sempat untuk menutup portal apabila pengodam sudah pun menembusi firewall tersebut. Ada Logik bukan? Fikirkan...fikirkan...

Antara cadangan tetamu tersebut, sebelum laman web dilancarkan, pastikan ianya digodam dahulu oleh kita sendiri untuk memastikan kekebalan pertahanan lam web tersebut. Laman web juga adalah satu daripada tempat data-data negara dikumpul, jadi apa salahnya mengambil tindakan awal bukan, kerana data Ito juga berada di sana...aiyo yo yo~~~

Jenis - Jenis Hacker@ Pengodam

Setelah terdengar perbincangan mereka, hari ini baru Ito mengetahui bahawa hacker atau pengodam mempunyai kod atau garisan mereka sendiri. Terdapat 2 jenis pengodam di dunia dan ianya ialah

1/ Black Hat
2/ white Hat(topi kelabu)

Menurut tetamu tersebut, pengodam black hat adalah mereka yang melakukan serangan seperti "Anonymous" dan White Hat adalah mereka yang tidak melakukan serangan dan pengodam yang baik-baik(baru tahu :P). Namun dalam serangan yang berlaku seperti ini di negara kita, di sinilah peranan white hat untuk membantu negara untuk mengekang ancaman serangan tersebut dengan mengodam si pengodam black hat.

Ito bukanlah seorang pakar dalam internet atau sewaktu dengannya, namun haruslah kita gembira atau berduka apabila negara diserang sebegini rupa? "Anonymous" hanya menyerang untuk menyatakan ketidakpuasan hati atas tindakan kerajaan, terfikir pula hacker yang datang mencuri data-data dan apa saja rahsia sulit Malaysia demi kepentingan atau lebih teruk peperangan. Bersediakah Ito? Bersediakan Kita? Bersediakah Semua?

WE HAVE BEEN WARNED!!

Info : Kumpulan "Anonymous" tersebut telah menyerang pelbagai laman kerajaan, syarikat diseluruh negera atas faktor ketidakpuasan hati mereka. Antaranya Tunisia dan Sony.

p/s : Tiada kaitan dengan cerita 2012. :P

Wednesday, June 15, 2011

SEDEKAH WALAUPUN RM1, RUGI! RUGI! RUGI!

Salam dan salam sejahtera semua.

Sedekah secara mudahnya memberi maksud memberi sesuatu berupa apa saja kepada orang lain. Semakin ringkasnya bolehlah dikelaskan sebagai "memberi". Tapi pernah tak anda mengalami situasi begini sebelum anda memberi sedekah daripada peminta sedekah?

- Peminta sedekah kelihatan sihat, namun masih meminta ditepi-tepi jalan?
- Peminta sedekah membawa anak-anaknya bersama semasa meminta?
- Mengunakan sebaiknya ketidakupayaan mereka untuk meminta?
- Terdapat seorang buta yang akan dibawa oleh sama ada abang/adik/kakak untuk meminta?

Dengan seperti senarai di atas, boleh tak anda lihat kebanyakkan perbuatan mereka yang meminta tersebut membuat keadaan mereka seperti mereka amat memerlukan sesuatu. Mereka juga sebolah-bolehnya membuat anda melihat mereka dan jatuh kesian seterusnya anda memberi sesuatu kepada mereka.

Terdapat keadaan yang merungsingkan apabila peminta ini datang kepada kita dan merayu-rayu meminta. Seperti keadaan kita tengah bergelak ketawan bersama rakan, tengah makan sedap-sedap dan baru lepas keluar duit dari bank dan alamak nak bagi balik kepada mereka
. Ahhh! Rugi! nak bagi Pulak...Pernah terlintas? Terfikir, terasa...



Tangan Memberi lebih baik daripada menerima [Sumber : Google]

Kadang- kadang terfikir pula kita yang mereka ini sebenarnya masih mampu untuk mengunakan tenaga mereka untuk menjana hasil untuk sesuap nasi dan lauk. Tapi, apa sebab mereka masih memilih untuk hanya meminta. Apapun, Ito tidak pula ingin mengulas kenapa mereka terus menerus melakukan kerja tersebut.

MAGIC SEDEKAH

Apa yang ingin katakan disini, Ito amat percaya bersedekah itu mempunyai "magic" atau kuasa luar biasa lebih kuat daripada magic harry potter. :P. Sedekah adakalanya Ito bayangkan sebagai payung untuk pintu rezeki, ianya tidak mengalir terus tapi bakal terbuka dan digunakan apabila ianya amat diperlukan.

Mari kita bayangkan sesuatu yang mungkin akan terjadi kepada kita atau pernah terjadi kepada kita.

Kita selalu memberi RM1 kepada mereka yang meminta kepada mereka yang temui ditepi-tepi jalan. Bukan semua, tapi kepada mereka yang anda rasakan untuk memberinya. Dengan hati ikhlas anda terus memberi dan mengharapkan kesejahteraan hidup untuk mereka. Terus berlalu dan melakukan kerja harian anda. Beberapa selang kemudian anda melakukan kerja yang sama, hanya RM1! Tak pulak pernah lebih...

Tapi, suatu hari anda mengalami kesempitan kewangan, bukan kerana hutang Along. Hanya kerana keadaan yang amat memaksa. Dalam pada masa yang sama, kereta rosak, rumah bocor, bayar sana, bayar sini, semua memerlukan wang...kawan pulak mintak tolong hal-hal kecemasan menyebabkan kewangan anda semakin menyusut dan akhirnya...Makan catu, minum catu, nak enjoy? tak payahlah beranggan....No Money, No Talk!

Suatu hari, durian runtuh menimpa. Kawan-kawan asyik datang mengajak makan kehulu-ke hilir. Sudah nama rezeki jangan pulak ditolak. Masuk pulak tuntutan wang yang anda sudah sekian lama buat kepada syarikat. Kawan lain pula datang membayar hutang-hutang lama setelah sekian lama tersimpan dan hampir terlupa. Dapur kering tapi perut tak pernah lapar! Sehingga anda merasa perjalanan hidup anda sangat ringan walaupun duit dalam beg duit hampir kosong. Dalam bank, tak payahlah cerita...tiada apa-apa.

BERKAT SEDEKAH

Adakah ini kerana sedekah RM1 yang anda lakukan? adakah kerana hati ikhlas ketika memberi?. Pernah tak kita terfikir, pemberian yang kita lakukan sebelum ini kepada mereka yang meminta dan balasanya mereka mendoakan sesuatu yang baik untuk kesejahteraan hidup kita?. Doa mereka pula telah sampai kerana keterbukaan dan keikhlasan hati kita. Berkat sedekah dinampakkan di dunia, tidak menunggu akhirat. Tapi, harus di ingat kerja-kerja baik tidak akan berhenti mengalir kebaikkan nya didunia tapi hingga akhirat.

Walaupun RM1, memberi dengan hati yang baik, adakah nilainya sama RM1 disisi Allah swt? Fikirkan

Jangan hanya menyimpan rezeki dalam beg duit sendiri walaupun RM1. Peminta yang kita lihat adalah sebenarnya rezeki terbuka Allah berikan kepada kita, hanya menunggu untuk kita sendiri untuk mengambilnya. Jangan rugikan diri hanya dengan RM1. Kalau dapat lebih, lebih besarlah faedahnya, terpulang kepada keikhlasan. Memberi bukan kerana nama tapi atas nama Allah!

Akhir kata;

"Sedekah tidak akan membuatkan kita miskin, tapi sebenarnya tengah menuju kekayaan"

p/s : Ini sebenarnya cerita benar seorang kawan yang menceritakan pengalaman beliau kepada Ito. Tabik Spring!

KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA SUPER 2011 | 14 JUN 2011

Berikut adalah keputusan Liga Super yang telah berlangsung pada 14 Jun 2011.


Terengganu vs PBDKT T-Team [ 3 - 2 ]
Kelantan vs Perak [ 1 - 0 ]
Johor FC vs Pahang [ 2 - 1 ]
Selangor vs Felda united [ 2 - 1 ]
Kedah vs Negeri Sembilan [ 1 - 1 ]
Perlis vs Sabah [ 0 - 1 ]

Keputusan Perlawanan Liga Super 26 Jun 2011

Pahang vs Harimau Muda [ 0 - 2 ] updated!

Monday, June 13, 2011

SINARAN MATAHARI UNTUK MENINGKATKAN KUALITI SPERMA LELAKI

Salam dan Selamat sejahtera.

Ingin dikongsikan sedikit info berkaitan kebaikan sinaran matahari kepada sperma lelaki. Mengikut kajian, sinaran matahari dikatakan memberi vitamin D yang boleh meningkatkan kualiti sperma seorang lelaki dan menjadi ianya lebih berkeupayaan.

[Kredit Google]

Satu kajian telah dijalankan dengan 340 orang lelaki dan penemuannya, hasil daripada badan yang terdedah kepada matahari menyebabkan peningkatan kualiti sperma. Sperma dikatakan berenang dengan lebih baik ke arah telur dengan kelajuan yang baik.

Para penyelidik daripada Universiti Copenhagen telah menguji kualiti sperma daripada 300 lelaki yang terpilih dengan rawak dan analisis terperinci dijalankan di dalam makmal. dalam masa yang sama kandungan vitamin D didalam tubuh lelaki yang terpilih diuji melalui ujian darah. Hampir setengah daripada mereka didapati tidak mempunyai kandungan vitamin D yang mencukupi, dikaitan dengan kekurangan pendedahan kepada pancaran matahari.

Matahari adalah adalah sumber terbesar untuk Vitamin D. Dimana ianya membantu dalam menetapkan kandungan kalsium, posforus untuk menyihatkan tulang. Tambahan sperma yang sihat dikalangan lelaki dengan kekurangan vitamin D sangat rendah jika dibandingkan dengan sperma yang biasa.

Menurut Dr. Martin Blomberg fungi Vitamin D dengan fungsi sperma , "Vitamin D,secara positifnya amat berkaitrapat dengan kebolehan sperma"

>> Sumber : www.dailymail.co.uk <<

p/s : Para Lelaki, Jom kita ke pantai, lari-lari baywatch sambil berjemur sampai terbako!!
Soley Soley ~ ~ ~

Sunday, June 12, 2011

MEJA BULAT 1MALAYSIA | ISU DIBINCANGKAN | BERIKAN PANDANGAN, CADANGAN DAN KOMEN ANDA

Salam dan Salam sejahtera semua.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak mengajak rakyat-rakyat negara Ini untuk menyertai Meja Bulat 1Malaysia yang akan beliau kendalikan di laman blog beliau di www.1malaysia.com.com. Perbincangan meja bulat tersebut akan dimulakan pada hari Isnin, 14 Jun 2011.

sumber : 1malaysia.com.my

Tujuan pelancaran untuk Perbincangan meja bulatan online tersebut adalah untuk rakyat mengemukakan komen, cadangan dan pandagan yang membina demi untuk meningkatkan taraf hidup. Perbincangan meja bulat online ini juga adalah untuk membincangkan apa saja isu yang ditimbulkan supaya ianya lebih fokus kepada satu-satu topik sahaja.

Dengan mengunakan perbincangan meja bulat Online ini, menurut Perdana Menteri, ianya adalah untuk memperbaharui konsep lama yang digunakan. Perbincangan meja bulat ini akan melibatkan pelbagai pakar dalam bidang masing-masing (SMEX) termasuk mereka yang berpengkalan di luar negara sebagai pengantara.

Antara SMEX yang dijemput untuk terlibat dalam perbincangan meja bulat ini adalah tokoh korporat Tan Sri Tony Fernandes, pakar bidang kreativiti Tan Sri Lim Kok Wing, jurulatih bola sepak kebangsaan Datuk K. Rajagopal, selebriti, pemuzik dan jaguh sukan negara.

SMEX akan meyampaikan beberapa isu, berkongsi masa dan pengalaman mereka untuk membantu menyusun idea dan seterusnya menyampaikan sorotan utama perbincangan kepada Perdana Menteri untuk didalami, dipertimbangkan untuk dilaksanakan.

Bidang yang akan dibincangkan adalah seperti ekonomi, perpaduan nasional, kesihatan, penyertaan beliau dan juga sukan negara. Perbincangan pertama untuk perbincangan meja bulat tersebut adalah "Memupuk Gaya Hidup Sihat diperingkat Sekolah" dan akan dikendalikan oleh Sarbegeth Singh bekas pemain bola sepak kebangsaan.

Anda sebagai Rakyat Malaysia Mempunyai Idea Bernah dalam mana-mana Isu yang dibangkitkan? "Sertai Meja Bulat Online 1Malaysia" dan curahkan idea anda yang mungkin tidak nampak dan amat terpencil tapi sebenarnya memberikan masalah besar kepada anda, masyarat dan negara.

sumber : 1malaysia.com.my

Klik Pautan untuk ke laman web pribadi dan blog Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak.



Monopoli Demograpi
Faktor Usia, gender dan keperluan bakal memonopoli?

Berikutan perbincangan diadakan melalui Online dan semua rakyat Malaysia adalah dijemput untuk menyertai perbincangan meja bulat tersebut, perbincangan akan lebih tertumpu kepada monopoli mana-mana demografi penguna internet dan mereka yang akan memberi komen tersebut.

Boleh dikatakan, Jika Entry atau isu yang disampaikan dan cuba dibincangkan adalah berkaitan dengan kanak-kanan seperti entry pertama yang akan dilancarkan esok, mungkin ini akan menjurus ibu bapa, para guru dan mungkin anak sekolah yang sudah celik IT itu sendiri untuk menyertai.

Jika Isu melibatkan Tentang soal pekerjaan, kewangan dan masalah pengangguran, ini akan lebih menarik minat para remaja yang pada pandangan Ito sudah pun celik IT dan amat kehadapan dalam bidang tersebut. Rakyat akan lebih tertumpu kepada masalah akar umbi masing-masing. Tidak terlepas juga faktor gender yang akan menjadi faktor utama dalam perbincangan meja bulat tersebut!

Sampaikan Pandangan, Cadangan dan Komen

Namun, itulah yang dinamakan meja bulat 1Malaysia, semua rakyat(Satu Malaysia) diajak untuk menyertainya. mungkin ada antara kita disini yang sudah sekian lama memendam sesuatu untuk diluahkan kepada Perdana Menteri walaupun ianya melalui tapisan SMEX.

Kalau sudah Idea bernas, tiada salah untuk menyalurkan idea kepada blog tersebut. Jalan dan ruang sudah dibuka untuk sampai kepada Perdana Menteri. Jangan lepaskan peluang tersebut untuk memberi pandangan dan cadangan kerana ia adalah medium yang baik untuk menyalurkan apa yang kita pendamkan sekian lama.

Bukannya dengan mengadakan Perhimpunan Jalanan!
Meluahkan ketidakpuasan dengan meraih perhatian?
Tanpa memberi apa-apa jalan penyelesaian?
Jom Sama fikirkan.
Saluran Sudah diberikan, huh, apa lagi, gunakan!
Ayat macam membuat sajak bukan? :P

Hey, siapa pernah terfikir untuk menulis sesuatu dan ianya boleh mengubah negara? Bertambah bangga apabila cadangan dan pandangan dapat membantu rakyat lain. Betul tidak?
Inilah masa, peluang dan peluang anda untuk memberi apa saja yang sudah ada dalam kepala.

p/s : Berbincang dengan etika dan susun cara, bukan ikut hati dan rasa. Peace!

KEPUTUSAN FINAL PIALA FA | TERENGGANU VS KELANTAN | JARINGAN | PEMAIN TERBAIK PERLAWANAN

Berikut adalah keputusan perlawanan final piala f.a pada 11 Jun 2011.

KEPUTUSAN PENUH

TERENGGANU [2 - 1] KELANTAN

Jaringan:
Minit 79 : Nurul Azwan Roya[Kelantan]
Minit 88 : Daudsu Jamaludin[Terengganu, gol sendiri]
Minit 109 : Ahmad Nordin Alias[Terengganu]

Minit permainan : 120minit(90minit + 30minit Masa Tambahan)

Pemain terbaik perlawanan : Marzuki Yusuf[Terengganu]


Saksikan Video Gol Untuk Final Piala F.A 2011 | Terengganu Vs Kelantan







P/s : Tahniah buat Terengganu kerana tidak pernah mengalah walaupun
sehingga akhir!

Saturday, June 11, 2011

KELANTAN VS TERENGGANU | FINAL PIALA FA | 11 JUN 2011 | JARINGAN DAN SIAPA BAKAL JUARA

salam dan selamat sejahtera...

malam ini, malaysia bakal menyaksikan pertandingan hebat final piala
f.a antara dua pasukan yang juga menunjukkan prestasi baik di dalam
liga super malaysia tahun 2011. Pasukan tersebut adalah pasukan
kelantan melawan terengganu di stadium bukit, kuala lumpur.
Ito bar saja dalam perjalanan melalui perkarangan stadium tempat dua
pasukan tersebut untuk berada malam ini. Keadaan adalah sangat sesak
dengan penyokong kedua-dua pasukan sudah pun berada di perkarangan
stadium. Penuh semangat!

Dengan perlawanan besar begini nescaya banyak andaian dan ramalan yang
akan timbul. Pendapat ito, dengan perlawanan lepas dalam liga super,
pasukan kelantan telah pun mengalahkan terengganu. Dengan penyerang
kelantan adalah penjaring terbanyak setakat ini, kelantan pasti
mempertaruhkan tanggungjawab tersebu kepada penyerang mereka.

Namun, setelah kekalahan yang dialami yang lepas, tidak mungkin
terengganu akan mengunakan taktik yang sama, betul? Barisan pertahanan
mereka pasti akan diperkuatkan untuk mengekang serangan the red
warrior.

Ramalan ito, pertandingan akan menyaksikan kelantan menyerang lebih
awal untuk mengunakan kelebihan awal mereka, namun terengganu akan
mengunakan penekanan counter attack untuk mengejutkan pasukan
kelantan. Rasa-rasanya pasukan kelantan akan memenangi piala f.a untuk
kali ini. Namun, dalam bola, apa saja yang di ramal atas kertas hanya
akan dapat dijawab di atas padang selamat 90minit pertarungan. Ito
juga pasukan tersebut akan menunjukkan kelas tersendiri malam ini.

Gudlck untuk kelantan dan terengganu!

P/s : masih menulis menggunakan hp kerana terlupa nak bawa komputer riba !

Friday, June 10, 2011

PERCUBAAN PERTAMA | MAIL2BLOGGER

Salam dan hi
rasanya ada yang sudah mengetahui apa itu mail2blogger ini. Atau ada
yang tertanya apa yang saya merepak tentang aplikasi ini. Namun sebelum
saya terangkan secara ringkas, entry ini telah ditulis dan publish
mengunakan email dan handphone sahaja. opsss....jangan lupa internet.
dunia benar di dalam poket sekarang.
oklah, secara ringkasnya mail2blogger adalah satu aplikasi yang
terdapat dalam setting blogspot. ianya membolehkan pemiliknya membuat
entri mengunakan email. menghantar email tersebut ke dalam blogspot
dan publish.
hari ini sebenarnya saya melakukan satu percubaan untuk membuat benda
baru. seperti kata saya sebelum ini, buat sesuatu benda baru untuk
keceriaan...tak rugi mencuba, cuma perlukan sedikit masa dan
pengorbanan...hasilnya sendiri akan menuainya kelak.
p/s : tak dapat nak taip panjang...payah pulak bila taip guna
handphone...salam

Thursday, June 9, 2011

PENINGKATAN TRAFFIK BLOG MENDADAK! | TERIMA KASIH KEPADA . . .

Salam dan Hi

Hari ini, blog traffic Ito naik mendadak! Fulamak, apa cerita? apa kes? apa semua ini? Macam mana boleh berlaku peningkatan traffik yang secara tiba-tiba ini. Setahu Ito, tak pulak ada membuat entry berkenaan apa-apa dengan yang "world trending" dalam twitter, tak pulak hebat dalam SEO(sikit-sikit, bolehlah).

[Sumber : Google]

Terfikir lagi, tak pulak Ito membuat entry yang maha hebat dan membuat segala macam yang boleh menarik mana-mana pembaca sekali gus datang ke belog si merah yang ala-ala semut merah kecik yang korang bolehlah pijak-pijak kalau kena gigit. :P

Masih tak berpuas hati, tercari-cari dari mana sumber sebenar. Akhirnya hah! Jumpa! Yeah! Jumpa! Ito rasa sakai pulak dapat traffic banyak-banyak. Al-maklumlah, semua orang borak pasal traffik hari-hari. Polis Traffik, Lampu Traffik dan Traffik Jem! Errrr. . . . .

Itu dia, rupa-rupanya, Ito telah diletakkan dalam satu bloglist untuk seorang blogger yang entry nya adalah berkaitan tentang isu-isu dalam surat khabar. Traffik beliau? Rasanya agak deras! Dengan traffik yang tak henti berkunjung macam kapal terbang yang terbang turun di Kuala Lumpur International Airport, ada jugak yang ter"mendarat" dekat Kuala Terpencil I-Think-Of Airport :P. Terima Kasih Banyak-banyak.

Dengan menamakan header beliau .::A A N S::. , atau nama panjang nya, Anak- Anak Negeri Sembilan, menyebut blog beliau/mereka sebagai portal "rojak" dan entry hanya "copy+paste.
Admin untuk belog tersebut adalah errrrr....seekor kambing? (dah letak gambar kambing^^).


TERIMA KASIH DAUN KELADI

Ito dengan ini, rasa rendah diri ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada beliau yang punya blog facebookans.blogspot.com. Kerana dengan kesempatan yang telah diberikan dimana, blog Ito ditempatkan dalam 25 orang bloglist tersebut membuatkan traffik blog merah ini juga mendapat manfaat sama! Terima Kasih!
(ucapan penuh emosi...sila baca macam dapat award! haha)


Bukti-Bukti Kapal Terbang Landing Di i-think-of.blogspot.com

Sumber : [Blogger Stats] untuk hari ini sehingga pukul 6.

Klik sini untuk pergi ke tempat facebookans.blogspot.com

81 datang dari referring site, 40 google dan lain-lain hasil komen dan blogwalking. Namun, kalau nak diceritakan, blog Ito sehari hanya ada tak sampai seratus orang pelawat pun. Sebab, itulah sakai, langsi tak ingat. Sakai Jap. hua hua hua~~

Tapi apa pun entry ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada saudara, saudari empunya kepada blog yang murah hati tersebut. Kalau esok dah tak ada dalam bloglist? Macam mana? Tak apa, terlalu bergantung kepada nasib orang akan menyebabkan nasib sendiri bergantung, Setuju? Bukan sombong, tapi itu kenyataan.

"Musuh Jangan dicari, Rezeki jangan Ditolak"

p/s : Entry pasal senyum awal-awal pagi beri berkat kot^^. Cubalah Cubalah

BELAJAR BUAT BENDA BARU, HIDUP LEBIH CERIA

As'salam dan Hi buat korang yang amat ceria dan penuh keriangan kanak-kanak Rebina!
(cara menyapa yang baru, setiap kali Salam dan Hi je :P )

"Buatlah benda baru, kalau boleh setiap hari, Hidup anda pasti Ceria!" Dr. Motivasi, Fadzilah Kamsah. Hah, sapa tak kenal beliau, betul tak? Terdengar motivasi yang meransang minda ITO pulak hari ini, lagi sekali di Riuh Pagi Era.

Sebenarnya ITO sangatlah menyukai ceramah-ceramah Dr. Fadzilah Kamsah ni, ceramah beliau yang kita dengar walaupun pendek boleh meransang semangat bangun tidur yang malas-malas gitu.

Dr. Fazilah Kamsah [sumber : Google]

Perasan tak, kalau korang mendengar Dr. Fadzilah berceramah walaupun melalui corong radio kita dapat merasai "keriangan" beliau berceramah. Betul tak? Betul tak? Mungkin semasa beliau meyampaikan ceramah, Dr. Fadzilah dimukanya akan tersenyum membuatkan suaranya nampak ceria dan gembira setiap hari.

Senyuman, Senyum, Senyum...Benda Baru Menceriakan Hari

Benda Baru...Benda Baru...Benda Baru....apa nak buat kat office benda-benda baru, asyik benda yang sama saja bukan. Si A, buat kerja A saja Hari-hari, Kerja B, buat kerja B hari-hari.

Hey, siapa kata benda baru tidak boleh dibuat melalui kerja yang kita buat. Betul? Kita pun boleh ubah apa saja untuk diperbaharui. Seperti yang dikatakan oleh Dr. Fadzillah, senyum dan tegur semua yang kita jumpa hari-hari. Tips ringkas tetapi sebenarnya banyak memberi makna.

Ucapan selamat pagi kepada sesiapa saja orang pejabat yang kita jumpa. kita menjadi orang yang pertama untuk mengucapkan selamat pagi. Walaupun orang dekat meja sebelah, ucapkan selamat pagi. Kita menjadi insan ceria pertama awal pagi yang memberi teguran kepada rakan-rakan pejabat, pelanggan mahupun makcik tukang masak kedai sebelah. :P Opsss, jangan dilupa tegur dengan SENYUMAN manis. Buatkan hari orang lain ceria, kita pun akan ceria.

Betul, bayangkan kalau muka masam macam ikan masin kena panggang datang pejabat pepagi, jangan kata nak tegur orang, orang pun takut nak tegur kitalah gamaknya. Mana tidak, tak pasal-pasal awal pagi kena penyepak laju. Bayangkan, korang menyapa sesiapa saja dengan muka masam....bunyi selamat pagi pun berkarat....Ngeri...ngeriii....


Antara Cadangan kepada yang teringin nak Cuba Buat Benda Baru
  • Kerja Harian Angkat Panggilan Telefon - Cubalah angkat motosikal ker, Kereta ker atau Bas yang dinaiki untuk pergi ke Tempat kerja atau ke mana-manalah. Cuba Try...Cuba cuba
  • Kerja Harian Hantar surat - Cuba hantarkan lembu ke destinasinya atau nak lebih "grand", cuba mintak boss carikkan tempat yang jauh seperti, Afrika untuk menghantar surat mengunakan motosikal! Wow! Impressive!
  • Kerja Harian Menaip Surat dan Kertas Kerja - Cuba fikirkan untuk mencipta satu alat atau mesin yang kita sebut sahaja secara automatik dah boleh taip dan print sendiri. Fuhhh!! Tak payah pegang Mouse dan Keyboard Dah!
Cubalah...cubalah....cubalah.... :P

Jadi, cubalah perbaharui kehidupan anda. Bukan secara drastik, tetapi dengan cara yang mudah dan senang. Cuba fikirkan sesuatu yang baru untuk keluar dari rutin harian sendiri. Kalau paling susah pun, cubalah seperti yang disarankan oleh Dr. Fadzillah, tegur sesiapa saja dan paling penting senyum. Ikhlas dan Ceria.

p/s : Nak pergi panjat gunung kinabalu...buat benda baru :P
p/s lagi : Hey, ubah cara penulisan blog, apa macam? ada feel tak?

Wednesday, June 8, 2011

FUNGSI MENGECAM WAJAH SECARA DIAM,PENGGUNA FACEBOOK KINI TAHU IDENTITI ANDA!

Sekali lagi cerita pasal facebook. Entri sebelum ini mengenai facebook boleh mempengaruhi emosi rakan-rakan dengan "wall post" kita. Tak Baca lagi? Klik > Sini <.

Laman sosial popular Facebook kini boleh mengecam anda dan menanda (menge"tag") secara automatik dengan teknologi pengecaman paras rupa atau wajah. Fungsi ini, telah digunakan diseluruh Amerika dan dikebanyakan negara menurut lama blog Facebook.



Fungsi tetapan baru FB [sumber : dailymail.co.uk]

Teknologi ini adalah untuk mempercepatkan proses untuk menanda rakan dan kenalan di dalam gambar yang telah dihantar di dalam Facebook.Jadi, jika rakan akan menandakan anda dalam satu gambar, facebook akan mencari seluruh gambar dalam akaun rakan anda dan secara automatik menandakan seluruh gambar. Gambar yang telah ditag akan muncul didalam akaun berserta akaun rakan facebook.


MACAM-MACAM JAK! BEREMOSI DALAM FACEBOOK DAN APA KAITAN DENGAN EMOSI ORANG LAIN?


Salam dan Hi.

Emosi dalam facebook? sapa yang tak pernah buat? Angkat Tiang Rumah korang sebelah, cepat!

Macam mana beremosi dalam facebook? Rasanya korang pun tahun macam mana.

Situasi Emosi #1 dalam facebook
-Owwww, Senangnya dalam Hati...baru balik dari tonton wayang dengan yang tercinta tengok "Nur Elena" (Nur Kasih + Nora Elena)....Best doe ~~~

Situasi Emosi #2 dalam facebook
-Dem! Dem! Beratur nak beli tiket "Nur Elena" Bukan main panjang, Boleh Pulak mamat poyo tu potong barisan aku! dem! #$@$$^&(*)_*&&^(mengarut). Marah Sangat dah ni! Grrrrrr

Situasi Emosi #3 dalam facebook
-Tolong, Sedih sangat ni... :(. Terasa si dia menipu~~ahhh, ketahuan dirinya mencurang... :( Tuhan, please help me~~Tak dapat tengok "Nur Elena" bersamanya~~

Facebook medium meluah perasaan? Sumber[dailychilli.com]

Cak! apa korang rasa? rasa terharu? marah sekali? sedih terikut-ikut? ada? tak ada?

Ini ceritanya, sebuah kajian telah dilakukan di USA dan telah dilaporkan "emosi" boleh mencambang dikalangan penguna laman sosial.

Kini perasaan atau emosi semakin banyak didedahkan ke dalam laman-laman sosial dan ianya seperti "berjangkit" kepada penguna-penguna lain.

Kramer(saintis Amerika), menyelidik hampir 1 juta penguna bahasa english dan kawan mereka yang berada di negara-negara yang berbeza di dalam laman sosial(facebook). Beliau telah menyimpulkan bahawa, Status yang diperbaharui "status update" oleh seseorang adalah faktor yang mempengaruhi emosi kawan-kawan nya.

Kramer menemui, orang yang mengunakan ayat atau perkataan dengan mengikut perasaan, contonnya(Gembira,peluk, cium, sakit) dalam facebook statusnya, akan membangkitkan emosi yang sama dalam "postings" rakan-rakannya.


Itu mengikut kajian Saintis tersebut. Bagi ITO pulak terkadang postings dalam facebook macam "opssss....terlebih suda" membuatkan emosi jadi lain. Ehh, macam betul pulakkan, maksud ITO emosi yang berbeza. Maaf kalau nak katakan yang kekadang status yang dekat "what do you thinking of" FB tu sangat membuatkan kita tak senang nak baca, betul tak?

p/s : Macam mana pulak dengan Berbelog? Penulisan seseorang pun boleh membuatkan kita terikut ikut perasaan penulisnya. Betul tak Encik Yutaka? ha ha ha

PORTAL 1MALAYSIA PENGGUNA BIJAK | 1MPB PORTAL

Pengguna di Malaysia Kini, boleh memeriksa dan membandingkan harga untuk produk yang di jual di 1,255 kedai jualan di seluruh negara dengan hanya mengunakan portal 1Malaysia Pengguna Bijak(1MPB).


Harga barangan akan diperhatikan dan dikemaskini setiap hari oleh 1,200 pegawai pemerhati dari Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

"Ini adalah untuk memastikan semua kedai jualan yang terlibat untuk memastikan harga jualan mereka adalah berpatutan", kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Senarai harga yang terlibat mengandungi, 355 produk penguna yang dijual di 10 Pasaraya utama, 100 produk yang dijual di 404 pasaraya, 50 produk yang dijual di 360 pasar basah dan 100 produk di kedai runcit 24jam.

Produk yang dimasukkan adalah seperti telur, ayam, daging, dan sayuran. Termasuk juga tepung, beras, gula dan lain-lain keperluan seperti sabun, diapers dan ubat gigi.

Laman tersebut telah dibina dengan kos mencecah RM1.4juta.

Pengguna juga boleh mengutarakan rungutan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia melalui portal 1MPB tersebut. Daripada portal tersebut juga, pengguna boleh mendapatkan informasi terkini tentang perubahan harga kepada produk-produk penguna.


Untuk melayari portal tersebut, Sila Klik Pautan dibawah


p/s : nak tengok berapa penting nya pengguna? Mari kita ke Beat Garden

Tuesday, June 7, 2011

BUNUH DIRI, SELESAI MASALAH | HUTANG RM500 JADI RM5000 | ADINDA EVANS? EHH??

Salam dan Hi

Bunuh Diri! selesailah masalah di dunia ini. Huh? Logik ke? Betul ke? tak takut hukum karma ke?(ade pulak hukum karma eh... :)) tak percaya takdir ke? Takde tuhan ke?

Masalah apa yang besar sangat sampai nak bunuh diri? "What The Problematika" sangat ke? tak dapat diuraikan masalah-masalah yang membelenggu bak rantai duri ? Berat mana tekanan semasa tu?


[kredit google]

Apa Cerita? Apa Kes? Apa Semua ini? Apa kejadah nak bunuh diri?

Itu yang Ito terfikirkan sepanjang pagi ini, sambil-sambil menunggang kereta hitam, 1.2 kuasa tenuk ITO, melungsuri jalan yang tak sesak, sehingga ke pejabat. Hujan lebat dari awal pagi menambahkan lagi mata yang MIM-ALIF-LAM-SHIN(malas)(sendiri malas, salahkan mata, yer tak?). :P. Namun telinga pulak gigih mendengar satu cerita benar mengaitkan tentang seorang yang cuba membunuh diri dalam segmen di Riuh Pagi, Era.

Ceritanya ?

DJ Radio Era, Aznil telah menerima satu SMS dari pendengar yang telah menamakan diri sebagai Mr. A. SMS beliau telah dihantar kepada krew Riuh Pagi, Era dengan menyatakan hasrat beliau untuk membunuh diri kerana satu masalah besar yang dihadapi. Dengan nada terkejut dan heran, Aznil dengan tindakan pantas telah menelefon Mr. A dan memberikan
nasihat kepada beliau. Ini adalah antara dialog(dalam telefon) antara Aznil dan Mr. A(ini adalah antara dialog yang ITO masih samar-samar ingat dan mungkin ada kesilapan, haraf maaf)

Segmen Riuh Pagi Era

Aznil : Mr. A, saya ada menerima SMS awak, kenapa boleh jadi macam nie?

Mr. A : Saya nak bunuh diri Bang Aznil. Saya dah tak sanggup (menangis). Saya nak minum clorox ni.


Aznil terus memujuk untuk mendapatkan Mr. A menceritakan hal sebenar. Dan akhirnya,

Aznil : Apa yang dah berlaku? Cuba cerita sikit dekat Bang Aznil.

Mr. A : Bang Aznil, saya berhutang dengan A-long. Mereka ada call saya cakap nak bunuh keluarga saya jika saya tidak dapat "settle" kan hutang saya hujung bulan ini. Saya tak sanggup Bang Aznil.


Aznil [kredit Google]

Aznil : Sabar, Sabar...Berapa banyak Hutang Awak dekat Along tu? Sehingga Awak nak bunuh Diri?

Mr. A : RM5,000 bang~~(menangis lagi)

Aznil : Jadi Mr. A, Nyawa awak bernilai 5,000 saja? Hanya kerana 5,000 awak nak putuskan nyawa awak? begitu?

Mr. A : Saya dah tak sanggup Bang. Lebih baik saya mati!

Aznil : Sabar, nyawa tidak bernilai 5,00o dik. Sabar. Mintaklah bantuan IbuBapa, keluarga dan Rakan-rakan awak.

Mr. A : Semua orang dah tak nak bantu saya, Ibu saya pun tak nak bantu saya, keluarga, rakan semua tak nak bantu. (terus menangis)

Aznil terus memujuk Mr. A dan menenangkan Mr. A

Aznil : Adik, tidak kah adik percaya dengan Masa depan? Tidak kah adik percaya esok masih ada peluang buat adik? Kalau diberi peluang Esok dan adik berjaya menyelesaikan masalah ini? adik sendiri akan ketawa dengan tindakan adik ini. Tidak kah adik percaya?

Mr. A : Saya percaya Abang Aznil, tapi saya tak tahu nak buat macam mana lagi. Kalau saya tak bayar, Along akan bunuh keluarga saya. Tapi takder orang nak tolong saya bang.(Semakin tenang)

Aznil : Ada, macam ini adik. Adik lupakan niat untuk bunuh diri tu. Sekarang adik pergi buat laporan polis. adik pergi sekarang

Mr. A : Tapi abang, Along ugut jangan buat laporan polis.(nada gelisah)

Aznil : Sekarang Adik pergi buat laporan polis jugak. Ini masalah Adik dan Along. bukan Masalah Keluarga. dapatkan perlindungan pihak Polis. Biar pihak polis lindungi seluruh keluarga awak dan selepas tu, awak selesaikan masalah awak itu. Itu aje.

Mr. A : Kalau macam tu, baiklah Bang. Saya pergi sekarang

Aznil : Awak pergi sekarang, buat laporan polis.

Mr. A : Baiklah.

-end-

Mr. A Ditemu ramah Di Studio Era, dalam Segman Riuh Pagi Era.

Itu adalah antara dialog antara Aznil dan Mr. A yang ITO terdengar pagi tadi. Di sini, ingin ITO ucapakan syabas terdahulu kepada aznil kerana telah berjaya membuat tindakan baik dan bijak menasihati Mr. A daripada meneruskan niat beliau. Syabas!

Namun, itu adalah perbualan rakaman antara Aznil dan Mr. A dan hari ini, Mr. A telah dijemput ke studio era untuk ditemu ramah oleh Krew Pagi Era dan telah menceritakan bahawa beliau hanya memimjam sebanyak RM500 tetapi telah menjadi RM5,000 untuk diselesaikan!

Aznil sempat menanyakan, kenapa Mr. A menghantar SMS kepada riuh pagi Era dan tidak mendapatkan pertolongan lain. Mr. A telah menyatakan yang orang lain sudah tidak mahu lagi membantu beliau dan hanya berharap kepada Aznil untuk meluah sebelum meneruskan niat beliau. Ibu beliau sendiri sudah tidak mahu menolong katanya.

- - - I Think OF - - -

Nasib baik tak bunuh diri, yer tak? Tapi apa yang penting di sini, BUNUH DIRI bukanlah satu jalan yang patut di fikirkan dan terlintas sekali pun. ISLAM mengharamkan perbuatan ini sama sekali. Namun, segala amalan dan agama di dunia sekali pun tidak membenarkan bunuh diri kepada penganutnya. Nyawa tidak dapat dinilai dengan apa saja yang ada di muka bumi, apatah lagi kepada yang melibatkan kebendaan.

Fikirkan yang terbaik, apa saja cara yang boleh membantu. Kita pula sebagai teman rapat dan ahli keluarga, janganlah pulak meminggirkan seseorang ketika mereka amat memerlukan bantuan. Seperti pengakuan Mr. A, di atas, fikirkan apa akan jadi kalau Aznil tidak mahu melayan beliau dan tidak memberi cadangan yang baik, ada tidak kemungkinan dia akan bunuh diri kerana tekanan tersebut?

Hutang Tak Untong

Tidak disangkal proses meminjam adalah mudah dengan Along. Hanya dengan beberapa dokumen. ok Siap! bolehlah "langsi-langsi" dengan duit pinjaman tu. Lepas itu, dengan faedah dan segala macam caj yang tersembunyi, bayaran balik akan menjadi berlipat kali ganda dalam masa yang amat singkat, akhirnya tidak mampu untuk melangsaikan. Mati pendapatan, mati akal, mati minda, akhirnya pilih Jalan Mati. Mati Looo~~~

"Lu langsi, Lu mati!"

Pelbagai nasihat sudah digembar gemburkan oleh pelbagai pihak. Namun, masih ada yang terjerat dan terikat?

"Jerat tidak pernah LUPAKAN rusa" betul tak?

Apa-apa pun, seperti yang selalu ITO katakan, kita ada akal untuk memilih jalan yang terbaik. Fikir fikirkan. Think Of it!

Adinda Evans ? Ehh?? Apa pulak kes nya?

Hey, mana tidak nya, kena hambur macam-macam dalam satu hari hampir 1000 komen (ada nasihat, ada kutuk hancur, ada jugak promote link promosi<--terbaik!!), siap ada Facebook Fan page dia, risau pulak ITO yang dia terfikir nak bunuh diri masa itu.
Tekanan Owhhh!!! Tapi, dia tak buat perkara tu. :)
Tak ada kaitan pun dengan dia, cuma ITO terfikir sahaja. Ok!

p/s : Mati Syahid, hadiah di Jamin Syurga.
p/s lagi : Maaf Entry Panjang Berjela~~~ :)