Sunday, January 1, 2012

1 JANUARI 2012

Salam dan Hi semua.

Pejam celik dah berlalu tahun 2011. Tapi, itulah adat alam merentasi masa. Tiada yang akan kekal selamanya kecuali Allah s.w.t.

Harapkan dalam tahun baru semuanya akan menjadi lebih baik daripada tahun 2011. Seperti juga telah saya katakan dalam entri tahun lepas (nampak lama, tapi sebenarnya hanya selang beberapa hari sahaja ), Tiada gunanya berazam baru andai setiap azam hanya menjadi sebuah azam tanpa ada keazaman untuk mengapainya.

Adakah ada kegagalan dan terus mengalah dalam mengejar azam?

Kata pujangga, setiap kegagalan hanyalah satu resepi daripada kejayaan. Justeru dengan gagalnya azam lepas tidak bermaksud untuk berundur dari terus mengapainya. Munasabah diri dan perbaiki cara dan perbetulkan kelemahan, insya-allah akan berjaya. 

Seperti juga kita dan saya sendiri. Banyak lagi perkara yang boleh digapai dan diperbaiki. Tapi yang pasti, ingin memperbaiki gaya penulisan blog dan mungkin mengubah sedikit penampilannya kepada yang semestinya nampak cantik, kemas dan mengagumkan. Sentiasa akan diperbaiki dari masa ke semasa. Akan terus menimba ilmu dalam perkara tersebut.

Jadi, sekali lagi dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan

"SELAMAT TAHUN 2012" 
selamat maju dan berjaya.

p/s :
Adakah anda mempunyai tip-tip ingin di kongsi berkenaan atau laman-laman kejayaan yang baik untuk dikongsi. Tinggalkan dalam ruang komen untuk berkongsi dan manfaat bersama.

9 comments:

  1. selamat tahun baru...maaf LM kurang fhm apa yg kamu tny diruang komen td.psl shoutmix ke?esok dah mula kena byr klu nak terus guna..hehe.sbb tu saya kata hr ni last kalau nak jerit kat blog saya.

    ReplyDelete
  2. yg shout mix tu..bley bertukar pada fibox :
    http://kelamkabut20.blogspot.com/2011/12/tutorial-fiboxbeta.html

    ^^

    ReplyDelete
  3. yg Taliff maksudkan, "laman-laman kejayaan yang baik untuk dikongsi"..laman2 kejayaan lam soal berblog ke laman kejayaan lam kehidupan..sbb lam entry Taliff ada ckp pasal nak perbaiki penampilan blog..ampun, blurr sket..hehe

    ReplyDelete
  4. ow ya..selamat tahun baru diucapkan..smoga tercapai sgl cita2 & senyum2 selalu hendaknya~ =)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.