Wednesday, January 25, 2012

5 SEBAB KENAPA PERLU CITA-CITA

Cita-Cita adalah impian. Impian untuk menjadi atau mendapatkan sesuatu yang diingini atau diminati.Masih saya ingat dahulu, ketika masih kanak-kanak pelbagai cita-cita yang disebut ketika diajukan soalan oleh cikgu masing-masing.

Ada yang bercita-cita menjadi seperti ibu bapa mereka, ada yang bercita-cita menjadi idola ikutan hati dan tidak kurang juga terikut-ikut watak televisyen terutamanya watak super-hero.


Genggam Cita-Cita | Photo: Google

Tapi itulah impian dikala sedang berada di bangku sekolah rendah. Mungkin ada yang terlalu mengikut dan memang ada yang tidak realistik. Namun setelah dewasa, masihkah kita punyai satu cita-cita yang realistik yang sudah tersedia dalam hati. Atau masih tidak mempunyai atau mengetahui cita-cita sendiri?

Bercita-cita tidak hanya bermaksud kepada kerjaya kita suatu hari kelak. Bercita-cita juga bermaksud mendapatkan sesuatu yang kita idamkan. Tapi, tahukan kita kenapa bercita-cita sebenarnya amat penting dalam kehidupan?

Tahukah cita-cita penting dalam menentukan hala tuju, motivasi diri dan arah hidup? Benar amat sukar untuk mengapai sesuatu, tapi kita boleh lakukannya dengan kuasa bersabar dan mulakan dengan sedikit-sedikit.

Jadi, saya senaraikan 5 sebab kenapa perlu kita punyai cita-cita.

5 sebab kenapa perlu bercita-cita

1. Tumpuan - Dengan bercita-cita ia akan menjadi satu tumpuan atau fokus dalam mendapatkan sesuatu dlm kehidupan. Seperti sebuah perjalanan, tentunya kita punyai tujuan dan lokasi yang telah telah ditetapkan. Hidup tanpa arah seperti kapal layar hilang layar. Hilang arah dan tujuan.

2. Rancangan- Sudah mempunyai fokus dan objektif? tentunya kita akan dapat merangka pelan atau rancangan untuk mencapainya. Sememangnya merancang penting dalam mencapai sesuatu. Tanpa merancang sebenarnya kita merancang untuk gagal.Tanpa merancang kita tidak akan mengetahui apakah risiko yang akan dihadapi yang sememangnya bakal menjadi halangan kelak. Justeru, dalam mengejar cita-cita, sekaligus ianya mendidik dalam membuat satu rancangan atau pelan tindakan.

3. Kekuatan dan Kelemahan Diri - Dengan bercita-cita, kita akan mengetahui kekuatan dan kelemahan sendiri. Mengetahui kekuatan diri,adalah lebih mudah untuk mengekploitasikan kekuatan tersebut untuk mencapai sesuatu yang diinginkan. Pengetahuan tentang kelemahan diri, membolehkan kita untuk memperbaikinya setiap masa.

4. Sebuah kisah pengembaraan - Sering kita bangga dengan kisah-kisah pengembaraan kita. Memanjat gunung,terjun tebing dan menang sesuatu pertandingan. Namun, dalam mencapai cita-cita, itu juga salah sebuah pengembaraan yang penuh dengan liku dan cabaran. Bukan hanya sengaja untuk menceritakan, namun jadikan ia satu pengajaran yang berguna untuk masa depan kelak. Pengalaman berguna untuk diri sendiri sekaligus untuk orang lain.

5. Peransang - Hidup perlukan ransangan. Dalam apa pun keadaan juga untuk masa hadapan. Dengan tergengam cita-cita dalam tangan, ia akan menjadi sebuah peransang dan motivasi untuk mencapainya. Kita akan mencuba sekuatnya untuk memperoleh apa yang dimahukan bukan? Maka ianya akan mendatangkan satu momentum yang kuat dalam diri untuk terus berusaha dan berusaha.

Saya sendiri mungkin ada juga, pernah berhadapan dengan mereka yang tidak mengetahui apa cita-cita mereka. Mungkin seorang pelajar lepasan SPM, mungkin pelajar universiti dan mungkin juga graduan. Agak menyedihkan, tapi percayalah masih belum terlambat kerana selagi ada masa, selagi itu perjuangan boleh diteruskan.

Nenek Tua Yang Bercita-Cita

Agak keterlaluan jika saya katakan, di Barat usaha dan kejayaan seorang nenek untuk mendapat segulung sijil pelajaran pada umur yang sudah agak lanjut sepertinya sia-sia. Beliau tidak mungkin akan lebih produktif daripada para belia dan agak sukar untuknya mendapat kerja. Tapi kita sering jadikan ianya sebuah cerita kebanggaan dan motivasi bukan. Kenapa?

Kerana beliau mendapat kejayaan dalam mencapai cita-citanya. Dengan kekangan umur yang memungkinkan penurunan daya ingatan, beliau berjaya melepasi kekangan tersebut. Tambahan beliau tidak mengalah dalam mengapai kemahuanya. Selagi masih ada masa, beliau kejar juga impian untuk miliki segulung sijil. Sebuah kisah kejayaan yang membanggakan.

Justeru kita ambil contoh motivasinya, Tanamkan satu cita-cita dalam diri dan usaha untuk mencapainya, lihat macam mana diri kita akan bertindak balas dengan baik dan cuba untuk merancang sesuatu demi mencapainya. Sama ada untuk kerjaya suatu hari kelak atau apa-apa pencapaian atau impian yang ingin kita gapai!

Pasti berjaya.

Soalan : Apakan cita-cita anda dan bagaimana anda mencapainya? Apakah pencapaian membanggakan dalam hidup anda? ingin berkongsi untuk manfaat bersama, tinggalkan dalam ruangan komen.

27 comments:

  1. saya teringin nak keliling dunia. Ini satu cita-cita yg realistik ke???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu cita-cita realistik,ramai yang sudah lakukannya dengan pelbagai cara. Jadi kena rancang cara-cara untuk mengapainya. Good Luck!

      Delete
  2. sy bercita2 utk menjejakkan kaki ke tanah suci dlm usia muda & sy sdg berusaha ke arahnya~ =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cita-cita yang wajib bagi islam yang mempunyai kemampuan. Insya-allah dan Amin.

      Delete
  3. lupa cita cita masa kecik dulu... rasanya nak jadi otomen!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...sekurang-kurangnya ada cita-cita tu.

      Delete
    2. kalau tukang karut nak jadi otomen, cita-cita aku masa kecil pulak nak jadi Robocop..hahaha

      Delete
  4. cita-cita saya memang banyak. salah satu darinya adalah aku nak jadi seorang jurugambar profesional. sekarang ni aku dah plan untuk menambah ilmu dlm bidang ni. setakat ni pencapaian terbaik adalah saya selalu diundang oleh rakan dan keluarga untuk menjadi jurufoto majlis contohnya majlis perkahwinan.semoga dengan cara inilah saya mendapat maklum balas dan dapat memperbaiki mutu serta menambah ilmu dalam seni fotografi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mencuba sesuatu yang baru boleh menimbulkan cita-cita baru dalam diri. Pelajarinya dengan sabar kerana ilmu itu luas.

      Juga, Cita-cita tidak kenal usia untuk mencapainya! Selamat Berjaya! Good Luck!

      Delete
    2. Thanks...harap cita-cita tu menjadi jangan pulak sekadar anggan-anggan jer..

      Delete
    3. Mesti Fokus dan punyai strategi, insya-allah akan berjaya.

      Delete
  5. hmmm..cita-cita..nak jadi peguam..tapi tak tercapai pun..=( tapi sekarang nak bercita-cita nak jadi orang yang boleh berbakti pada ibu bapa..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cita-cita yang diredhai dunia akhirat tu. Nice

      Delete
  6. "aku nak jadi blogger" kata budak dalam gambar tu

    latest entry Tip Untuk Menigkatkan Komen Blog Anda

    ReplyDelete
  7. Cita2 saya, saya nak mempengaruhi orang lain(hal positif), dan bukan orang lain mempengaruhi saya(hal yg negatif)... sedang berusaha menolak pengaruh negatif masyarakat sekeliling..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow, juga satu cita-cita hebat yang jarang didengari. Keep Moving dan selamat berjaya. Good Luck!

      Delete
  8. saye bercita2 nak kumpul duit banyak2! hoyeh!

    dill.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah! Rancang strategi mulai sekarang dan selamat jadi kaya :P

      Delete
  9. setuju! hidup perlu ade tujuan dan matlamat..kalau x, tak tentu arah hidup seorang manusia tu

    ReplyDelete
  10. 5 sebab yang memberi panduan kepada sy... thank u best entry

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gembira bila ianya menjadi perkara berguna. Terima kasih

      Delete
  11. nice blog too bro...sebab dengan citalah manusia akan ada wawasan hidup..

    ReplyDelete
  12. Saya masih bingung dengan cita2 saya. Saya nak ambil jurusan ipa. Saya good dalam hal ipa dan matematika
    Bisakah anda motifasi saya?

    ReplyDelete
  13. waa ini merupakan satu dimensi yg berbeza mengenai impian (dreams) saya pn pernah menulis ttg impians or dreams ini jap... ini link dia

    http://setitisdakwat.wordpress.com/2013/11/30/what-are-dreams-made-of/

    ReplyDelete
  14. saya nak jadi penulis

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.