Saturday, January 14, 2012

FIKIR SEJENAK

Selepas mengharungi satu perjalanan yang agak jauh dan memenatkan, tapi perlu diselesaikan mengikut rangka masa yang telah pun ditetapkan.

Kita akan mengambil keputusan untuk berhenti mungkin untuk melepaskan lelah, minum dan mungkin untuk menunaikan sedikit hajat besar atau kecil. Kemudian perjalanan kembali diteruskan dengan satu lompatan tenaga yang baru.


Berfikir Sejenak | image : Ihsan Google

Begitu juga proses berfikir. Seharian otak akan digunakan untuk menentukan apa saja pilihan untuk membuat keputusan. Sebagai contoh, mencari dan memilih pemadam keatas kesalahan menulis dengan menggunakan pensil juga melalui proses berfikir. Tidak mungkin kesalahan dengan menggunakan pen akan memilih pemadam sebagai jalan penyelesaian bukan?


Sebarang keputusan boleh dipengaruhi oleh pelbagai keadaan yang mungkin diri sendiri tidak sedari. Keputusan pada ketika marah mungkin tidak sama dengan keputusan yang diambil ketika tenang. Dimana keputusan pada ketika marah mungkin lebih drastik.

Sesuatu keputusan adalah disebabkan oleh pelbagai pengaruh seperti;

1/ Perasaan
2/ Keadaan sekeliling
3/ Pendapat orang lain
4/ Pengalaman dan;
5/ Keadaan sendiri

Risiko Keputusan

Justeru, pernah tidak terfikir untuk mengambil sedikit masa untuk memikirkan sesuatu, memberi sedikit penilaian dan akhirnya memberi keputusan.

Setiap keputusan yang diambil sememangnya mempunyai risiko. Besar atau kecil risiko terpulang dengan situasi semasa. Bayangkan jika terdapat satu keadaan yang amat memerlukan dan kritikal namun keputusan yang diambil telah mendatangkan risiko yang tinggi.

Barang kemungkinan kerana risiko tersebut, ianya akan menyebabkan sesuatu keputusan menjadi keputusan yang salah dan gagal. Puncanya kerana terburu-buru dalam memilih jalan penyelesaian.

Ini dialami oleh setiap orang termasuk saya sendiri. Apabila difikirkan semula, akan terlintas dan tertanya kenapa keputusan yang telah diambil pada sesuatu hal adalah tidak tepat, sedangkan pernah mempunyai pengalaman dalam masalah-masalah tersebut. Kenapa tidak sebelum itu, berfikir sejenak sebelum melakukan keputusan?

Kenapa Fikir Sejenak

Bayangkan jika saya tidak memilih untuk melakukan keputusan drastik tapi sebaliknya memilih untuk memikirkan sejenak cara-cara penyelesaian terhadap masalah masalah yang dihadapi, maka keputusan yang diambil akan menjadi lebih adil dan kurang risiko(tidak menimbulkan masalah yang lain).

Pak Pandir pun, jika memikirkan sejenak segala tindakan yang diambil, mungkin tidak akan melakukan tindakan yang salah. Mungkin juga bukan?

Jadi, dalam perlakuan seharian, berhenti seketika dan fikirkan sejenak apa-apa kemungkinan sama ada kesan, risiko mahupun baik atau buruk sesuatu perlakuan atau tindakan. Setiap perkara memerlukan keputusan tetapi jangan terburu-buru memutuskan sesuatu.

Fikir sejenak. Berfikir sejenak akan menenangkan jiwa. Fikiran yang tenang dan jiwa yang tenang akan memberikan jawapan yang baik dan mungkin lebih waras. Bukan hanya dalam membuat keputusan, tetapi dengan berfikir sejenak kita akan mampu untuk lebih memahami sesuatu perkara.

Seperti sedang kita sedang membaca. Fikirkan sebentar tentang isi-isi kandungan, tujuan atau objektif sesuatu penulisan. Justeru, kita akan lebih memahaminya. Salah faham juga boleh berlaku andainya tindakan yang dirasakan betul diambil dengan melulu.

Ruang dan Masa

Dengan berfikir sejenak, ia akan memberikan ruang dan masa untuk fikiran menimbang segala macam andaian dan kesan bagi mengambil keputusan yang tepat. Terutamanya dalam mengeluarkan sesuatu kata-kata. Lidah setajam mata pedang. Tersalah hunus mungkin akan melukai mereka yang tidak patut atau membinasakan diri sendiri.

"Terlajak Perahu Boleh diundur, Terlajak kata.....???" fikirkan!

Pilih yang munasabah dengan bertenang dan berfikir sejenak.

Soalan : Pernah anda berfikir sejenak untuk melakukan sesuatu dan apakah kesannya? Ingin berkongsi, kongsikan pengalaman anda dengan menulis dalam ruangan komen. Terima Kasih.

15 comments:

  1. think first and dont speak too fast :D..
    entry yg bgus..

    ReplyDelete
  2. sometimes i said everything i want without thinking..I know its bad so i improve myself and Alhamdulillah..now i'm a better person.. =)
    nice entry ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank Original CikTeddy. It goes to me as well. But, every time i would remember that, "Think First Before Talk", it would bring my daily life better.

      Delete
  3. Pemikiran adalah lombong emas bagi setiap manusia dan tiada cara yang lebih baik daripada berfikir sejenak sebelum membuat keputusan atau melakukan sesuatu. Pengalaman saya mengikuti pertandingan catur adalah salah satu contoh terbaik untuk menyatakan bahawa berfikir sejenak itu adalah penting apatah lagi dalam kehidupan seharian.

    saya juga pernah terbaca bahawa CoRT Cognitive Research Trust iaitu salah satu teknik berfikir yang telah diperkenalkan oleh Dr Edward de Bono antaranya ialah:-

    "PMI" ( Plus , Minus , Interesting )bertujuan memaksa seseorang berhenti dan berfikir sejenak sebelum cepat-cepat membuat keputusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yap, banyak kebaikan yang diperolehi daripada bertenang dan berfikir dengan waras.

      Delete
  4. sy skrg byk berfikir & menilai dlm usaha mencari uma sewa..ada jumpa tempat yg sumenye da best,jarak dgn sekolah, facilities, environment, security.. sekali si penyewa ckp kdg2 pakwe dtg lepak kat rumah..adeyh..byk masa dihabiskan lam pencarian & byk pakai otak menilai baik buruk setiap kesputusan..penat..tp utk jangka masa yg lama, perlu berkorban & meneruskan pencarian~ ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kena berfikir kerana setiap sesuatu ada risikonya...tinggal kita saja untuk menilainya

      Delete

Terima kasih atas komen anda.