Sunday, January 8, 2012

SESUATU YANG BARU...CUBALAH!

Pernah terfikir untuk melakukan sesuatu yang baru? Melakukan sesuatu atau aktiviti yang luar dari perkara-perkara rutin atau perkara takuk lama sendiri. Persoalannya, adakah ada keupayaan untuk melakukan sesuatu yang lain daripada biasa mahupun tidak mempunyai idea langsung untuk melakukan sesuatu?


Lakukan Kelainan | Gambar : Ihsan Google

Setiap orang mempunyai impian untuk menambah baik kehidupan sendiri. Manusia, penuh misteri dan tidak akan terjangka keupayaan dan hasil yang boleh dijangkau. Jadi, sebagai salah manusia yang mempunyai keupayaan, adakah kita akan melihat diri sendiri tidak sedikit pun ada kelainan atau lebih tepat kepelbagaian dalam kehidupan sendiri?


Mungkin ramai yang akan mengatakan ianya sukar untuk melakukan sesuatu yang baru. Tapi, tidak salah untuk mencuba. Langkah seribu dimulai dengan langkah pertama. Tapi tidak mungkin akan terus menampakkan hasil sekelip mata. Praktikan amalan sedikit - sedikit lama jadi bukit seperti entri saya yang sebelum ini. Ianya akan menampakkan kuasa kesabaran dalam mencapai sesuatu.

PERKARA BARU?

Apakah perkara baru yang pernah anda lakukan yang sememangnya luar daripada rutin biasa? Sesuatu yang baru dari apa segi perbuatan sekali pun. Adakah dengan mencuba sukan baru? Mencuba menulis sebuah buku? Berbasikal atau menaiki kenderaan awam ke tempat kerja? atau sebagainya. Kongsikan pengalaman anda :-)

Sini, saya ada utarakan beberapa pandangan dan cadangan yang mungkin boleh praktikkan.

1. Menulis - Mula mengembangkan pendapat dan pandangan untuk dibentangkan. Selama ini, asyik kita sendiri membaca penulisan orang lain dan memberi komen. Tapi, mungkin dengan menulis idea, pandangan dan meluahkan cadangan, ianya boleh digunapakai oleh insan lain?

Bermanfaat bukan. Mungkin boleh menulis dalam blog, menjadi penulis jemputan di akhbar-akhbar tempatan atau membuat buku sendiri (boleh mendapat pendapatan sampingan).

2. Mencipta - Masyarakat Maju adalah masyarakat yang bukan hanya menguna, tapi mencipta. Tidak perlulah difikirkan untuk mencipta sesuatu yang sangat besar, tapi kecil-kecilan pun tidak mengapa. Mungkin boleh mencipta sesuatu daripada bahan buang dan sebagainya.

Mencipta basikal bersenam sendiri yang diperbuat daripada basikal terpakai (ciptaannya seperti basikal yang digunakan dalam Gym). Basikal senaman mampu milik untuk semua. :-)

3. Memasak - Mungkin juga dengan memahirkan kemahiran dalam memasak, atau belajar memasak. Resepi sendiri juga boleh dicipta dalam percubaan untuk mendapatkan sesuatu yang baru bukan? Bukan hanya para peserta master chef yang mampu mencipta, anda juga boleh!

Itu hanyalah beberapa cetusan perkara yang jika anda tidak pernah lakukan, cuba lakukannya. Tapi, kenapa perlu melakukan sesuatu yang baru?

KENAPA YANG BARU?

Ini kerana, terkadang kita akan merasa bosan dalam melakukan kerja-kerja harian atau aktiviti yang berulang-ulang. Tidak saya nafikan walaupun sejauh mana kita mengemari sesuatu perkara, kita akan merasa bosan terhadapnya. dalam apa sekali aktiviti sekalipun, jika ianya dilakukan secara berulang.Tidak salah rasanya mencuba sesuatu yang baru. Sesuatu baru dan keluar dari kebiasaan akan menimbulkan keseronokan dan kepuasan kendiri.

Hey! usia tidak akan menjangkau 1000 tahun (hanya dengan izin Allah s.w.t), jadi nikmati masa yang ada untuk mendapatkan pengalaman dan pengetahuan baru. Disamping, mungkin boleh juga mencetus potensi diri yang sebenar. Mungkin juga boleh mendatangkan pulangan!

Tapi, seharusnya lakukanlah sesuatu perkara baru yang mendatangkan manfaat kepada diri sendiri. Jangan pula memilih perkara yang tidak baik dan menghancurkan. Contohnya, pelajar-pelajar universiti yang cuba menunjukkan perasaan dengan baring di atas jalan. Memalukan dan tidak langsung menunjukkan diri sebagai seorang mahasiswa. (Wang belajar pun masih pinjam PTPTN).

KESERONOKAN

Dengan peluang dan kesempatan masa yang ada, gunakan sebaik mungkin untuk kebaikkan sendiri. Cari ilmu dan terus belajar dengan mendapatkan ilmu baru. Disamping ianya akan menyegarkan minat, secara tidak langsung membantu dalam memperbaiki kehidupan harian sendiri.

Mula lakukan "brainstroming" dan memilih aktiviti yang praktikal untuk diri atau minat yang selama ini ada, tapi masih tidak tahun bila untuk memulakannya.Lakukan sekarang! Pengalaman itu tidak akan dapat dilalui dan rasai sampai bila-bila jika tidak ingin mencuba.

Pasti seronok dengan membuatkan diri anda sendiri bangga dengan keupayaan sendiri atau lebih tepat kejayaan anda. Selamat Berjaya!

p/s : Aktivti terbaru saya? Diceritakan dalam gambar. :)


Cili yang disemai.

Cili yang di asingkan didalam beg plastik. Menunggu masa untuk mendapatkan hasil.

Pokok Betik Ranting Bercabang 5.

Hasilnya...Buah Betik, Sedap dan Manis.

Menjadi pekebun belakang rumah separuh masa. :) Cuba dan lihatlah hasilnya.

Soalan : Apakah perkara baru yang anda ingin lakukan yang sememangnya keluar daripada aktiviti biasa anda? Ingin berkongsi, tinggalkan dalam ruangan komen.

11 comments:

  1. bestnye buah betik
    xtvt skg ialah mencari idea tuk membuat kajian sal pendidikan khas.huhuhu

    ReplyDelete
  2. @Titisan Hujan : Selamat Berjaya
    @ Tukang Karut : Tak perlu fikir

    ReplyDelete
  3. Pergi Pasar Naik Kuda,
    Kuda Sigat Ku Beri Namanya,
    Hebat Sungguh Aktiviti Saudara,
    Membuat Hati & Pemikiran Terbuka Sama.

    Aku pun tengah fikir jugalah nak cuba maju dlm sektor pertanian..sekarang ni pun aku dan keluarga ada mengusahakan kebun secara kecil-kecilan spt kebun sawit..kira nak blajar juga cara penanaman cili secara fertigasi/moden.

    ReplyDelete
  4. @Embun Pagi : Terima kasih atas komen. Yap, Tanaman cili cara fertigasi adalah tanaman cili cara moden yang boleh mendatangkan hasil yang banyak.

    Disamping ianya boleh diusahakan di sekitar laman rumah sahaja.

    Kalau Hasil Banyak, Pendapatan pun banyak. Nice.
    Well done Embun Pagi, harapkan anda berjaya!

    Good Luck

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih En. tallif..benih cili awak tu jangan lupa siram..baja tu bagi sikit..nampak kuning daun benih tu, takut nanti jadi pokok cili PONDAN pulak rendang tak berbuah..haha

      Delete
    2. Hey! Terima KAsih Atas Nasihat. Sudah mendapat pengajaran baru hari ini. A'a, Cili nampak sedikit kekuningan. Sudah mencari baja. Harap-harap tak menjadi cili PONDAN kelak.

      Terima Kasih. :)

      Delete
  5. dare to be different~ ^^
    sy pun suka berkebun, lebih2 lagi tanam pokok bunga..tp skang sudah terbatas segalanya, sbb kat kl susah nak bercucuk tanam..huhu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yap, Dare to do Something Different!! Tidak mengapa, mungkin sal boleh bercucuk tanam dalam facebook selepas ini.

      Delete

Terima kasih atas komen anda.