Saturday, January 28, 2012

TWITTER | CARA MENGGUNAKAN TWITTER

Twitter? itulah pertanyaan saya sendiri ketika mula-mula ditanyakan adakah mempunyai akaun tersebut. Dengan kepantasan teknologi maklumat sekarang, teknologi perhubungan juga tidak ketinggalan. Itulah sebabnya pelbagai media sosial muncul, dimana ianya membolehkan kita berhubung bukan hanya menggunakan telefon namun melalui talian internet.

Twitter sebuah media Sosial | Gambar : Google

Bermula hanya dengan  "bercakap" melalui talian "chatting", meletakkan gambar dan status diri seperti Myspace dan Friendster. Sekarang beralih kepada kegemaran hampir seluruh manusia diseluruh dunia iaitu Facebook dan Twitter. Tambahan kini Google juga mengeluarkan produk media sosial mereka yang dinamakan Google+. Semuanya adalah media sosial yang boleh kita gunakan untuk berhubung antara rakan, keluarga mahupun menambah kenalan dari seluruh dunia.

Twitter

Logo terkenalnya adalah seekor burung yang berwarna kebiruan dan namanya seperti didapati daripada bunyi "tweet tweet" seekor burung. Dalam tahun 2011, pengguna twitter telah pun mencecah seramai 300juta pengguna aktif di seluruh dunia dan ia semakin berkembang. Twitter pada asalanya diilhamkan oleh Jack Dorsey pada tahun 2006. Twitter juga kini dipanggil "SMS internet". [wikipedia]

Twitter membolehkan kita berhubung dan   mengetahui tentang status terkini sesuatu yang kita minati. Sama ada sukan, muzik, forum, artis, tempat dan apa sahaja sesuai dengan mottonya. "Follow yours interest"

Cara Mengunakan Fungsi Twitter

Twitter mempunyai beberapa fungsi aplikasi yang mudah. Pada mulanya, mungkin anda akan sedikit keliru namun percayalah ianya mudah. Sini saya akan menerangkan beberapa fungsi asas dan sedikit cara menggunakan Twitter.

1. tweets - Membolehkan kita mengirim dan menayangkan apa yang anda fikirkan hanya sebanyak 140 huruf dalam sesuatu perenggan untuk   dikongsi. Tapi bahan yang anda kongsikan hanya boleh dibaca oleh pengikut anda dan bukan orang lain.

2. Simbol "@" - huruf "@" adalah merujuk kepada seseorang atau sesuatu. Contohnya, jika anda menaip sesuatu dan meletakkan @AbdoolMuttallif didalam perenggan tersebut maka secara automatik pengikut anda dan saya akan menerima pesanan anda. Simbol "@" disebut "mention" atau "connect" dalam twitter.

3. Simbol "#" - Dipanggil hashtag. Segala perkara yang anda kongsikan akan ditayangkan kepada pengikut anda dan akan juga ditayangkan di satu laman atau sebuah kumpulan mereka yang mempunyai hashtag yang sama.
Contoh: Jika anda menulis sesuatu dan meletakkan #motivasi, apa yang anda kongsikan turut akan dibaca oleh mereka yang mempunyai hastag "#motivasi".

4. Retweet - Jika anda mengemari kiriman seseorang dan ingin berkongsi kiriman tersebut kepada semua pengikut. Mudah hanya tekan butang retweet dan ianya akan dikongsikan kepada semua pengikut anda. singkatan Retweet dalam twitter adalah RT.

5. Direct Message - Pesanan anda kepada seseorang dalam Twitter. Pesanan hanya akan dapat dibaca oleh penerima dan tidak akan ditayangkan kepada mana-mana pengikut anda. Gunakan D atau DM untuk mengunakan direct message. Contoh " DM @AbdoolMuttallif Berapa banyak anak kucing anda?"

6. Trending / Trends - Sebuah papan carta yang menayangkan perkara yang sedang hangat diperkatakan. Maksudnya, perkara tersebut banyak dibahaskan atau dibincangkan diseluruh dunia atau mana-mana tempat pilihan anda. Ianya akan menyenaraikan 10 perkara semasa yang paling hebat diperkatakan.

Twitter dan Perniagaan

Pesanan atau perkongsian dalam twitter akan diterima serta merta. Walaupun hanya dengan kekangan 140 huruf sahaja yang dibenarkan, namun terdapat syarikat gergasi yang menggunakan Twitter untuk promosi produk mereka kepada pengguna. Microsoft, MTV dan Paramounts Pictures antara contoh syarikat yang menggunakannya. Di Malaysia antara yang saya ketahui ialah RapidKL di @MyRapidKL. 

Jadi, ideanya Twitter disebalik menjadi bahan untuk berkomunikasi antara rakan dan keluarga, ianya boleh digunakan untuk promosi dan  mengembangkan perniagaan anda.

Dengan menggunakan Twitter, anda juga boleh meninggalkan alamat URL untuk mempromosikan sesuatu atau gambar untuk dikongsi dan dijejaki. Alamat URL terlalu panjang? Jangan khuatir,  kerana twitter akan memendekkan alamat tersebut secara automatik atau anda boleh menggunakan bitly untuk melakukannya.

Bagi blogger, ada boleh mendapatkan pembaca anda dengan "tweets" alamat url anda di dalam Twitter. Jika  anda bertuah, akan ada yang akan "retweet" alamat tersebut dan nah! anda punyai traffik ke blog anda.

@AbdoolMuttallif

Saya sendiri sudah mempunyai akaun twitter dan masih baru dalam menggunakannya. Masih banyak lagi yang perlu dipelajari tapi percayalah Twitter amat mudah digunakan. Menarik apabila pelbagai perkongsian dapat dilakukan hanya dengan 140 huruf. Insya-allah, mungkin suatu hari akan dapat cara terbaik menggunakannya.

Belum punyai Twitter
Cabar diri anda untuk menggunakannya dan lihat apa yang anda boleh perolehi dalam 30hari. Mungkin banyak kebaikan untuk anda dan teruskannya atau jika ianya tidak memberi apa-apa, tinggalkan sahaja.

Sudah punyai Twitter
Tinggalkan alamat anda dalam ruangan komen atau ikut saya di Twitter di @AbdoolMuttallif atau tekan butang follow di sidebar. Jumpa anda di Twitter.

Soalan : Macam mana pengalaman anda setelah menggunakan Twitter? Adakah Anda ingin mencuba mengunakannya? Ingin berkongsi, klik sini untuk komen

28 comments:

  1. Erm saya pun sebenarnya masih x thu nk guna twitter. Mls nk guna sebab dh ada akaun fb. hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh...cubalah...mungkin sesuai untuk Azekzk...

      Delete
  2. cool..baru blajar td..even da lama ada akaun twitter ni,hahhahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nice..keep it up^^ Jangan lupa add :)

      Delete
  3. wlaupon dh lma ada twitter ni,msih jga tak pndai guna,,,hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aik...hahaha..Cuba sikit-sikit..insya-allah dapat.

      Delete
  4. Aku bebal sungguh kalau hal berkaitan twitter..hahaha kena explore dulu baru guna..

    ReplyDelete
  5. ada twitter tapi jarang2 login hehe

    ReplyDelete
  6. blom ada & blom fikir utk ada dlm masa terdekat~ ^^

    ReplyDelete
  7. aku ada dah accaunt... tapi haram... jahil... terbiar begitu je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...tapi sebenarnya pengunaannya mudah...cuba lagi.

      Delete
  8. heeeeeeeee.. kite br je ada twitter.. ehhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow! Tahniah! harap dapat memeriahkan Twitter Malaysia! :)

      Delete
  9. entry yg tbe pd mse tg sgt tepat....hehe
    tQ!

    ReplyDelete
  10. fuhh mas xterbuka hati nak join twitter ni.cukup fb je kut.kang banyak sgt laman social,mahu heng kepala.hihi

    ReplyDelete
  11. weet weet!hukhuk.twiter makhluk paling mudah.luahkan ape nk luahkan dlm hati. n tmpt stalk org jgk.huhu.
    eh. talif! retweet tu tekan jekan retweet yg ade.and just retweet ayat yg di RT je.slalu tgk at Timeline org lain dy retweet ayat org len then dy leh bls and last ayt ade 'RT'.
    camne eh nak buat cmtu? puas da pikiaq cmna caranya. xkan gune reply kot =='

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau guna android/BB/Iphone dia kita Tekan Retweet dan suruh kita select Reweet/Quote/cancel...

      Kalau Pilih retweet dia akan keluar RT je,
      Tapi, Kalau kita pilih Quote, kita akan dapat isi ayat kita sendiri dalam RT tersebut..macam Cik syana tanya tu,

      Tapi, sepamjang saya menggunakan komputer tak boleh pulak, itu yang menghairankan, mungkin ada function yang kita kena setting. Nanti saya akan cuba dalaminya.

      Delete
  12. oh cmtu ke.baru tau. menjeleskn betul lah xbleh gune lappy.haishh.
    tengs jwb dgn pntas ;P nak tanye org xtau nak tye sape.nasib bek trnmpk entry ni. nanti kalau da tau btau syaa okeh!^^

    ReplyDelete
  13. camne nak letak link twitter kat blog macam kat blog ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba seperti yang saya komen di bloh yaya. Selamat mencuba

      Delete
  14. camne nak rt dan reply tweet org len dlm masa yg same? contohnye, dia akan jadi camni "@AbdoolMuttallif Assalamualaikum" Waalaikummusalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuma tekan RT. Tapi jika Aizan Shazlin gunakan flatform twitter.com tidak mungkin dapat untuk taip reply (quote) seperti yang Aizan nak.

      Saya cadangan Aizan untuk install aplikasi twitter daripada pihak ke-3 contohnya Hootsuite. Akan dapat taip(RT/Reply) seperti yang Aizan inginkan.

      Delete
    2. Thanks, info nie benar2 membantu sy. Thanks skali lagi sbb sudi reply soalan sy.

      Delete
  15. Artikel yg bagus nii..
    Thanks.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.