Monday, February 6, 2012

7 CARA MENCARI IDEA UNTUK ENTRI BLOG

Blogger selalunya bersedia untuk menampilkan apa sahaja yang bernas dalam dunia penulisan laman blog mereka. Bersemangat dan bersedia untuk menghuraikan dengan seni tersendiri dan gaya tersendiri yang memukau. Setiap masa mengharapkan laman blog anda seperti kedai pisang goreng panas yang setiap hari dikunjungi ramai.


Percambahan Idea | Gambar : Google

Seronok bukan, ramai orang banyak masyuk. Tetapi apa terjadi jika bahan-bahan pisang goreng habis? Mahupun tong gas sudah habis? Mana nak cari ganti? Tahu tidak di mana kedai untuk membeli gantian? Kalau tidak tahu alamatnya tutuplah kedai. Kecewa bukan?

Begitu juga idea berblog, terkadang kita akan berasa kecewa apabila tidak dapat memberikan apa saja yang terbaru kepada para pendatang laman kita. Pada suatu ketika, terasa idea yang begitu banyak melimpah ruah, ada saja yang ingin dibincangkan. Tetapi tidak mampu berbuat apa setelah ingin bermula. Idea kering.

Jadi di sini, saya ingin berikan sedikit panduan yang mungkin boleh menjadi panduan dan tunjuk arah untuk memenuhkan lagi idea yang kian surut dalam kepala.

7 CARA MENCARI IDEA UNTUK ENTRI BLOG

1.  Baca, membaca dan yang terbaca

Sumber idea yang paling utama. Cuba baca apa sahaja yang mungkin berkaitan dengan arus blog anda seperti entry telah saya post sebelum ini. Jika arus blog anda berkaitan internet, baca yang berkaitan teknologi tersebut. Berkaitan sukan, baca yang berkaitan sukan, jika peribadi? Baca blog atau artikel berkaitan keperibadiaan. Pasti nanti, ada "kata kunci yang bakal anda temui".

Terdapat banyak sumber bahan bacaan yang boleh diperolehi. Surat khabar, majalah dan hey, siapa sangka papan iklan tepi jalan yang anda terbaca pun boleh menjadi bahan anda :P

Sudah terlalu susah untuk mendapatkan bahan? Google sahaja untuk membaca.

2. Manipulasikan Formspring

Pengunjung ke laman anda, tidak mungkin tiada satu pun yang mengajukan soalan dengan kotak formspring anda. Mungkin soalan mereka berkaitan dengan apa sahaja yang mereka ingin tahu. Jangan jawab terus, gunakan soalan tersebut sebagai entri dan olah mengikut seni penulisan anda. Disamping dapat mengeluarkan idea untuk entri baru, disini juga anda dapat menghargai tetamu anda. Mungkin mereka akan kembali semula dan terus menjadi pembaca setia.

3. Berforum Online

Langkah berforum adalah salah satu langkah yang berkesan untuk mendapatkan pelawat atau traffik daripada 'backlink' yang kita tinggalkan. Dalam berforum ramai yang akan memberikan idea tertentu tentang sesuatu perkara. Anda gunakan ruang kosong atau sesuatu yang anda rasakan perlu ditambah dalam perbincangan tersebut sebagai idea anda.

Sampaikan lanjutan pendapat dalam blog anda dengan 'backlick' ditinggalkan di forum. Disamping entri baru, dapat juga traffik yang anda tunggu.

4. Pengajaran, pengalaman, suasana sekeliling dengan diri anda

"Hari ini, tengah berjalan-jalan di pantai. Terlihat perempuan cantik ditepi pantai dengan mengunakan telefon bimbitnya. Ops! Terjatuh dalam ke dalam air tapi dengan gaya slumber mengambil balik dan sambung bersembang sakan!. Itulah telefon baru yang pernah aku review ini, telefon jenama Norkia.Mot.Sam yang tahan lasak dan hangat dipasaran !", agak mengagumkan...ingin mengetahui secara lanjut, klik link untuk mengetahui..."

Itu antara perkara yang saya fikirkan tentang cerita sendiri disokong oleh entri yang terdapat dalam blog teknologi gadget anda. Ianya nampak seperti entri anda dikitar semula "recycle" tetapi, apa salahnya untuk mengulang ilmu atau pengetahuan sebagai tatapan dan faedah orang lain? Mungkin entri ringkas tapi berjaya "menjual" entri anda yang sudah sedia ada. Serampang dua mata. :)

5. Cuba sesuatu baru dan ajarkan semula

Cuba carikan sesuatu yang baru dan kemudian ajarkan semula. Jadikan ia sebahagian yang berguna kepada traffik. Contohnya tentang menambahbaik blog atau tentang pengetahuan anda yang mungkin traffik anda tidak mengetahuinya. Sebagai contoh klik sini. Pernah tidak anda mengetahui tentang memuat turun youtube dengan cara yang telah anda baca tadi?

Ajarkan pengetahuan atau kemahiran anda dengan membentangkannya sebagai tutorial. Biarlah sekali sekala terkeluar landasan, tetapi jadikan juga blog anda berguna dan pasti traffik anda pasti suka.


6. Video dan Gambar yang membawa maksud seribu satu makna

Sekali lagi berikan video atau gambar apa sahaja yang mungkin pelawat anda tidak terfikirkan. Video yang berkaitan dengan arus blog anda, video lawak, lagu dan banyak lagi. Boleh juga tampalkan gambar yang indah diseluruh alam, gambar pelik, gambar tentang keajaiban, tentang gambar yang memberi seribu makna(banyak dilakukan blogger pada Wordless Wednesday) dan ajak pembaca anda untuk sama- sama berfikir.


7. Entri Komen berkaitan entri blogger lain

Agak pelik ideanya bukan? Tetapi, saya tidak dapat nafikan bahawa ketika idea di kepala tengah kekeringan dan tidak mampu menulis, pastinya ada yang akan ber"blogwalking" atau membaca entri dan memberi komen kepada blogger lain. Kenapa tidak bukan?

Ini adalah merupakan kesinambungan kepada apa yang difikirkan oleh para blogger lain. Sekiranya anda berminat, panjangkan idea mereka tetapi jangan pula meniru apa yang mereka tulis bulat-bulat dan berikan pandangan anda. Kemudian buatan pautan kepada tuan blog, disamping dapat merapatkan silaturahim sekali lagi traffik menjelang tiba. :P


BONUS!!! Jika masih tidak mampu mencari idea untuk entri

Janganlah mencuba terlalu susah untuk sesuatu, jika masih lagi tidak mampu untuk melakukannya, saya cadangkan sahaja anda untuk terus berehat dan lupakan seketika blog. Kerana mencuba dengan terlalu susah, mungkin penulisan akan menjadi tidak teratur atau serabut dengan memaksa. Minda segar membolehkan tahap kualiti penulisan yang lebih dihargai.

Bagi mengelakkan idea bernas anda hilang begitu saja, tuliskan dulu atas notepad atau drafkan dulu didalam blog. Inilah tabung keselamatan untuk entri apabila tiba kekeringan idea kelak.

Mungkin banyak lagi idea diluar sana yang boleh dipraktikkan disamping apa yang disenarai, silalah tambah untuk pelajaran kita bersama dan ianya amat dialu-alukan.

p/s : Idea tambahan kepada 7 idea diatas...

8. Tuliskan Entri berkaitan cara-cara untuk mencari idea entri blog :)

Soalan : Bagaimana anda mencari Idea Blog Anda? Kongsikan Bersama dengan meninggalkannya di Ruangan komen.

17 comments:

  1. kalau takde idea....mmg berhabuk la blog. saya bukan blogger tegar...=]

    ReplyDelete
  2. bila punya cerita utk dkongsi
    maka TH akan menulis

    ReplyDelete
  3. Kebanyakkan idea saya datang dari apa yang saya belajar dan saya faham. Lagi satu, rajin-rajin baca/tengok berita. lepas tu buat ulasan kat blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengulas tentang isu semasa boleh dijadikan bahan dalam penulisan blog.

      Delete
  4. salam ziarah..
    kekadang idea datang dari soalan, dari pertanyaan..
    menyedari banyak perkara yg khalayak sering tersilap faham, di situlah kita cuba menerangkan =)

    ReplyDelete
  5. wat masa ni tak de masalah lagi kering idea nak wat entry.tapi paling frust banyak bahan mas dah siap,hilang..coz netbook kene format balik.adoii rugi2.hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh..tak apa, boleh lagi dapat idea-idea baru nanti. Mungkin yang lebih bagus :)

      Delete
  6. no 4 selalu saya praktis kan. terima kasih tambah info :D

    ReplyDelete
  7. huhu.. boleh cuba cara ni.. saya pun pun pernah kering idea, natijahnya memang tak update lah blog gamaknya.. o_O

    ReplyDelete
  8. sy mmg jarang update blog sbb x kejar traffic tu sume..( seminggu sekali je )..jd x pernah ada masalah kekeringan idea~ ^^

    ReplyDelete
  9. tak ada satu pun teknik di atas yang aku gunakan... sekian...

    ReplyDelete
  10. sy plak selalunya klu ade idea akan cepat2 simpan dlm notes tepon,,^^,,neway singgah sini dan follow skali,,,nice entry!

    ReplyDelete
  11. Saya sangat suka dengan entri ni..izinkan saya share dengan teman blogger yg lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan :) Semoga bersama mendapat manfaat.

      Delete

Terima kasih atas komen anda.