Thursday, February 2, 2012

BAGAIMANA BERJAYA DENGAN SEORANG MENTOR

Peribahasa menyebut "Berkawan Dengan Penjual Minyak Wangi, Kita akan turut Wangi". Peribahasa ini digunakan untuk mengingatkan kita untuk memilih kawan dalam menjalani kehidupan seharian. Perumpamaan ini, memang ada benarnya.

Ikut Jejak Mentor Gambar : Google

Dengan memilih kawan, kita akan sekali - sekala, terikut terikut dengan perwatakan mahupaun cara mereka. Jika baik caranya, serba-serbi baiklah hala tuju kita. Jika tersalah caranya, kita akan terjebak sama andai bersama lalai dan terleka. Seorang juga mentor boleh menentukan hala tuju kita dan bagaimana?

Sepanjang pemerhatian saya, mereka yang berjaya ada puncanya atas pengaruh keazaman sendiri dan juga ada kerana  seseorang atau kata lain mentor atau idola mereka. Tidak terlepas kepada mereka yang kecundang, antaranya juga kerana perkara yang sama. Tapi siapakah seorang mentor? Apakah peranan mentor kepada diri kita? Bagaimana kita boleh berjaya kerana mereka?

Tidak semestinya seorang yang dibayar gaji atau ditetapkan,dipilih adalah mentor kita. Pandangan saya, mentor adalah sesiapa yang memberi tunjuk ajar atau guru dalam kita melakukan sesuatu. Sama ada dalam sesuatu langkah mula atau pun dalam proses kita melakukan suatu perkara. Orang yang kita minati atau idola juga mentor. Sama ada Ibu Bapa, rakan-rakan, "Boss" atau sesiapa pun. Semua boleh menjadi mentor kepada kita.

Bagaimana kita boleh berjaya dengan seorang mentor? Dengan bertanya kepada mereka sama ada mereka mahu menjadi mentor kita secara merta? Mungkin sedikit memalukan. Tapi, mungki mereka boleh menjadi mentor kita dengan beberapa langkah berikut ;
  • 1. Pelajari Cara - Seperti saya katakan tadi, ada yang berjaya kerana azam dan mengikut mentor. Jadi pelajari cara mereka. Pelajari cara mereka berfikir dan cara mereka dalam mengambil tindakan. Dengan ini, kita akan lebih memahami bagaimana mereka boleh sampai ke satu tahap yang kita juga inginkan. Ikut jalan yang mereka lalui untuk sampai ke tempat yang sama mereka duduki sekarang.
  • 2. Timba Pengalaman - Timba pengalaman dengan menimba pengalaman mereka. Jadikan pengalaman yang mereka lalui menjadi sebahagian pengalaman dalam kita mencorak kejayaan sendiri. Kebaikkannya, kita tidak akan jatuh ke tempat yang mereka pernah mereka jatuh dan gagal. Ini kerana kita sudah mengetahui dan boleh mengelakkannya.
  • 3. Jadi Rakan - Jadikan mereka rakan jika berkesempatan.Kenapa? kerana menjadikan mereka rakan memberikan ruang yang lebih luas untuk kita mengongsikan pengalaman antara sama yang lain. Justeru, dengan ini dapat kita meminta bantuan dalam memberi cadangan atau menyelesaikan masalah. Sukar untuk menjadikan mereka rakan? 
  • Cubalah ajak mereka sekali sekali pergi minum pagi atau makan malam bersama untuk sedikit sembang ringkas. Percayalah semakin mereka selesa, semakin senang mereka kongsikan sesuatu :)
  • 4. Merendah Diri - Ini penting! Kerana dalam mengejar ilmu, rendah diri membolehkan kita untuk mempelajari apa yang disampaikan oleh mentor dengan lebih baik.Pengalaman juga ilmu dan ianya memang amat susah untuk dicari dan didapati. Terkadang ego kita merasakan kita lebih baik daripada seseorang, namun adakah apa yang kita alami sama dengan mereka? Selidik kelainan daripada inti pengalaman yang mereka beri untuk peningkatan diri. Ada hikmahnya.

Peranan mentor dalam kita merancang kejayaan untuk sendiri amat penting dan berharga. Mereka dapat mengubah siapa manusia yang akan kita jadi suatu hari kelak. Walaupun hanya berkesempatan untuk mempelajari cara mereka, cukup bernilai untuk memberi kita semangat dan idea dalam meneruskan perjalanan yang mungkin jauh dan amat berliku.

Walaupun tidak semua pengalaman dapat dikongsikan, yakinlah ia memadai dan cukup banyak pelajaran yang tersirat di dalamnya.

p/s : Kita boleh menjadikan sesiapa sahaja blogger hebat "otai" sebagai mentor untuk mengikut jejak langkah mereka dan berjaya juga dalam dunia blogging. :-)

Soalan : Siapakah Mentor dalam hidup anda sekarang dan apakah yang anda pelajari daripada mereka untuk berjaya? kongsikan cerita anda dengan menulis diruang komen.

8 comments:

  1. Mentor saya, ialah ibubapa saya! Yup, they're the best mentor ever after Rasulullah.. Apa yg saya belajar daripada abah saya, ialah utk berfikiran positif dan optimis sepanjang masa... Laptop kena curi, handphone kena curi, kereta kena pecah masuk, ayah saya tetap cool and steady walaupun byk kerjanya dan nombor telefon orang yg penting2 dah hilang..

    Ummi saya? Seorang yang lemah lembut.. Jarang marah kami.. Bayangkanlah kalau ummi saya tu suka marah-marah, tentu kami membesar menjadi mereka yg memberontak..

    Ummi dan abah saya adalah yang terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nice....mereka memang terbaik untuk kita. saya pun sama, tanpa mereka mungkin arah hidup tidak seperti yang ada sekarang.

      Delete
  2. Replies
    1. Terbaik, kerana otakmu akan mengawal siapakah yang akan patut menjadi pendorong dan pengajar mu :)

      Delete
  3. emm..mentorku adelah Rasullullah SAW.. bersamalah kita berselawat sebanyak - banykanya..

    yuk:)

    mentor yang lain - Kong Ming @ Zhuge Liang, Lui Bei, Sima Yi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yutaka! Lama tak nampak....Ya Baginda mentor terbaik ita semua. Welcome back :)

      Delete
  4. Ketam Jalan SengetFebruary 4, 2012 at 5:38 PM

    mentor terbaik saya ialah RUKUN NEGARA kot hahaha...selain itu ibu dan bapa yg membimbing saya semenjak lahir hingga kini.

    ReplyDelete
  5. Bro gambar tu gua tak nampak mentor pun. saya Nampak itik. Kena ikut itik ke? hahaha....
    nice info bro. keep it up

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.